Rabu, Mei 28, 2008

Orang salah, gelabah macam gitu

Ini betul-betul bukan olok-olok. Cobaan ...

Sehari selepas Tun Dr Mahathir mengumumkan pengunduran keahliannya di Alor Setar pada hari Isnin cuti Wesak, satu SMS tersebar:

Sebuah cawangan dengan ahli 420 orang di Bahagian PJ Selatan akan mengadakan Mesyuarat Agong Tergempar untuk bertujuan untuk membubarkan cawangan.

SMS ini bersebarlah keseluruh ahli-ahli UMNO Bahagian PJ Selatan hingga akhirnya sampai ke handphone Dolah sendiri.

Sudahlah malam semalam, hanya 1,300 orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO Selangor yang hadhir dari 3,000 yang sepatutnya datang. Terpaksa menipu dalam syarahan konon laporan Shabery Chik mengatakan ada usaha menggagalkan pertemuan.

Masih tidak faham orang tua ni, orang tidak suka dan tidak payah perlu buat apa-apa usaha pun.

Dolah terpaksa elak dan tidak jawab satu soalan dari Serdang berkenaan bila peralihan kuasa. Yang lain itu semua menyengat saja bercakap dari bawah hingga ada yang baca sajak Mahathir "Melayu Mudah lupa". Macam orang tidak dengar apa yang diucapkannya.

Nasib ada opportunis, Adzman Salleh dari Klang cuba membodek.

Ha ha ha ...

Berbalik cerita SMS itu, Husin dengar Dolah siap talipon terus kepada Ketua Bahagian Kapten Zahar. Menggagau Ketua Bahagian disuruh cari cawangan yang ada keahlian 420 orang. Tidak jumpa pun, kerana tidak ada cawanagn ada ahli tepat-tepat 420 orang.

Ha ha ha ...

Minggu lepas, My KMU mengumumkan di Portal mereka bahawa Tun Dr Mahathir akan balik dari Jepun semalam pukul 5 petang. Maka faham-fahamlah, mesti ada orang perseorangan dan persendirian (maknanya tidak ada sponsor) yang ingin menyambutnya.

Boleh tahan 500-800 orang datang, walaupun polis menahan orang ramai dan akhbar untuk tunggu mauk dan terpaksa tunggu hampir di jalanraya. Tidak apa, demi keselamatan.

Husin dengar-dengar tidak lama selepas MyKMU mengumumkan, bergegas-gegas segera Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan arahan kepada UMNO kawasan-kawasan Subang, Petaling Jaya, Shah ALam, dan lain-lain menghantar cawangan-cawangan menyambut.

Ha ha ha ...

Dikira-kira tidak cukup, berpuloh bas-bas dari Penang dikerah datang. Entah entah, ahli-ahli KEMAS, JASA, BTN, pelajar-pelajar Universiti, Pemuda UMNO, Putera "Rempit" UMNO dan lain-lain dikerah datang.

Dilaporkan KLPos.com, ada 5,000 orang datang tetapi tidak ada pemimpin yang sambut. Ingat sampai 10,000 ...

Ha ha ha ...

Sedapnya, mula-mula diatur untuk balik pukul 7 petang, tetapi ganti pukul 9 malam kerana ada SMS tersebar mengatakan orang Islam Hadhari tidak sembahyang Maghrib sambut pemimpin. Ada pula kata-kata masa berubah menjadi pukul 10.30 malam.

Ha ha ha ...

Di Jepun, Dr Mahathir sibuk dengan pelbagai Majlis ilmu dan setiap kali mendapat standing ovation. Manakala, Pak lah cuma pergi satu Majlis saja. Dia sebenarnya pergi holiday. Kompang dalam sidang akhbar macam-macam kerja hebat. Katanya dah hendak holiday lagi ke Perth?

Duit rakyat buat sambut-sambut pemimpin dan holiday. Bagus lah tu ...

Jeanne dapat award kerana sumbangan kepada pembangunan wanita. Baru setahun kahwin. Penghargaan kerana jadi ketua maid di Putrajaya? Malas nak sebt pasal arwah Endon. Buta ke Jepun ni?

Ha ha ha ...


Turun-turun Dr Mahathir sudah bersuara, tapi Pak Lah berdiam bisu ...

Inilah orang bersalah banyak menggelabah ...

Wow! BENSON & HEDGES Bila ekau nak si-menantu orang nogori (rembau), habis ekau dan gomen ekau solosai.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha... patut la ramai orang nak sangat jadi PM. boleh jalan jalan rupanya.. eh silap.. boleh buat lawatan kerja luar negara.

Tanpa Nama berkata...

Dear Brader Usin...

Aku masih lagi tak suka dengan Che Det nih.....sebab beliau menyebabkan Ramai Bumiputera Masuk UMNO kerana nak Kuasa untuk Kumpul Harta..bukan buat keja kerana Bangsa dan Agama (Agama tak semistinya Islam pasal UMNO kerana bumiputra tak semistinya ISLAM).

Tapi berbanding dengan beliau PokLah Bodohwi lagi teruk....Ramai Melayu keluar UMNO sebab pemimpin Gila Kuasa dan Anak Beranak Kumpul harta...Yang tinggal dalam UMNO cuma yang macam Abdul Wahab & Abdul Wahid..Marahhhhh...nanti kena Jual..

Nasib baik Brader Usin ni perdagang Unta....lepas ni boleh ler jual Orang pula....

Tanpa Nama berkata...

Baiklah, dia sudah tersilap tetapi dia mahu betulkan UMNO.

Sekarang ini dia sorang! sorang! saja yang berani menyelamatkan UMNO. Yang lain tak ada telor.

Kalau kita dok marah dia, maka akan terus rosak UMNO. Baik kita bersama jemaah yang mahu membetulkan UMNO.

Kalau orang PAS pun sepatutnya membantu, kerana PAS sorang pun tidka boleh selamatkan kemasukkan musuh2 yang dibantu oleh DAP dan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan saja UMNO terkubur sebab ramai VIP UMNO dikatakan dah bosan sebab lama sangat jadi pemimpin. Sepatutnya bawalah mereka beramai-ramai ke sidang DUN Selangor biar berdesing telinga kena perli dan kutuk yang bukan-bukan oleh bekas pembangkang terhadap bekas MB Khir Toyo. Hinggakan Khir Toyo botakkan kepala sebab garu kepala kuat sangat sebabnya Khalid gagap hanya putar setiap fakta nak menjatuhkan maruah orang.
Sedap gak kalau dengar macam mana Mike Tyson kena grill tentang duit kat Australia. Dengar kata ladang pun ada 12,000 ekar. Dahsyat

Tanpa Nama berkata...

yang jin dapat itu bukan award lah, itu hanya cenderamata, atas sumbangan bodowi kepada institusi itu. ingat itu award orang jepun murah kah?

Tanpa Nama berkata...

yang jin dapat itu bukan award lah, itu hanya cenderamata, atas sumbangan bodowi kepada institusi itu. ingat itu award orang jepun murah kah?

Tanpa Nama berkata...

Malaysiakini laporkan 1,000 sahaja yang datang sambut Pak lah.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada 1000 orang sambut Pak Lah.Tu kurang-kurang 10,000 orang tak pun 100,000 orang!

Jamal pak tongkol pun takde telor!

Tanpa Nama berkata...

Hoi orang di sana

Orang di sini tak da pun cakap pasal berapa datang.

Yang hang terkolok nah hai apa pasal.

Agendadaily kata 2,500 sambut pak lah dan 1,000 sambut tun.

10 orang sambut pun tak kisahlah.

Dia bukan perdana menteri.

Pak lah dengan surat pekeliling dan macam2 lagi, cuma banyak tu?

Tanpa Nama berkata...

Wei, tak kiralah berapa orang nak sambut pun. Yang Mahathir desperate sangat ni apesal. Macam ada sesuatu yang tak kena. Dah mula buat perangai nak perhatian ramai, berjangkit dari Anwar ke?

Tanpa Nama berkata...

Yang sebenarnya kedua-duanya dah gila.Gila kuasa.Sorang gila nak terus berkuasa,sorang lagi gila dah takde kuasa.

Bukan apa,semuanya pasal anak dan menantu...berebut duit.Mana ada istilah RM ribu-ribu dah sekarang ni.Paling koman pun RM million...

tombiruo berkata...

malu la pee em hanya menarik 5000 penyokong.... daripada 5000 penyokong tu pun hanya husin sorang saje yg sokong pee em secara ikhlas... yg lain sokong kaldai.