Ahad, Julai 20, 2008

Gwo-Burne dirotan ibu

"Hu Huuu Huuu uhh uhhh .... mummy mummy Gwo-Burne kena tumbuk! Uhhh ...."

"Apa ini Gwo-Burne balik rumah mata bengkak?", terperanjat Madam Loh melihat anak bujangnya yang berumur 34 tahun pulang dalam tangisan.

"Gwo-Burne kena tumbuk, mummy ... huhhuhu. Mior Azmi sudah tumbuk Gwo-Burne sampai bengkak mata."

"Apa pasal Mior tumbuk? Dia yang tolong sama Nik Nazmi bukan? Mior dan Nik Nazmi memang tak tahu dan faham apa-apa, budak hingus tapi budak baik. Mesti kamu cari pasal."

"Huhuhu ... Gwo-Burne Gwo-Burne nak ..."

"Sudah-sudah mummy tak mahu dengar. Mummy sudah tahu. Ustaz Hasan sudah talipon sama mummy. Kamu pergi orang Islam punya surau dengan itu budak-budak India kasi kacau majlis orang Islam."

"Tapi mummy ... huhuhu ... tapi mummy," Gwo-Burne cuba menerangkan dalam tangisan.

"Tak payah tapi-tapi. Mummy memang tak suka engkau ikut orang cari pasal gaduh."

"Sekarang baru mummy tahu. Kamu banyak jahat ha? Belakang mummy kamu ponteng mesyuarat macam masa sekolah dulu. Ini yang mummy sangat marah!" Madam Gwo Burne naik marah sambil masuk ke biliknya dengan bergegas.

Dia keluar dengan rotan dan mengangkat rotannya untuk terus merotan Gwo-Burne dipunggung dan pehanyanya.

Whack! Whack!

"Wah wah wah ...." menjerit meraung Gwo-Burne dalam kesakitan. Sudahlah kena tumbuk. Balik mengadu kena rotan.

"Mummy sudah cakap berkali-kali. Dulu masa kamu kecik kamu suka ponteng sekolah pergi main kamera sana sini. Sekarang sudah besar kamu ponteng meeting. Tak ubah-ubah perangai," Ibu itu meyambung.

"Tapi mummy, Gwo-Burne mahu tolong orang India."

"Apa kamu mahu tolong orang India. Itu orang Hindraf. Kerja dia cari gaduh saja. Apa pasal kamu campur dengan Hindraf lagi? Kan mummy sudah bilang jangan campur."

"VK Lingam itu orang India. Tengok banyak belit. Hindraf orang India mahu ugut denagn keganasan, tuduh Malaysia bukan-bukan. Masa kamu kecik-kecik, bapa bawa pergi Burma. Masa di sana, kalau jumpa ular dan India, kasi bunuh India dulu," Madam Gwo-Burne sudah masuk merepek cakapnya.

"Tak boleh rasis mummy ... Hu hu hu ... Gwo-Burne sekarang MP, kenalah dengar cakap orang ramai. Mereka complain," Dengan teresak-esak Gwo-Burne cuba menerangkan kepada ibunya.

"Apa rasis? Kamu tak tahu cerita, main tolong sebarang saja. Betul-betul macam pe'el kamu di sekolah. Bila budak-budak nakal pujuk mintak duit, kamu main percaya dan kasi duit saja. Sekarang cakap pada mummy! Kamu ponteng meeting pasal pergi main kamera ke?" Suara ibunya naik birang balik.

"Gwo-Burne ...Gwo-Burne ..."

Whack! Zap!

Dua kali rotan itu mencecah pehanya yang gempal dan padat. Meraung sekali lagi suara Gwo-Burne menangis.

"Dengar baik-baik. Kamu jadi MP baru sekali cakap di Parlimen, itu pun orang kasi peluang kepada kamu. Ingat sudah handal. Masa kempen pun, kamu tak tahu cakap. Sekarang sudah act mahu buat kecoh. Sampai buat polis report."

"Kamu kasi malu sama mummy. Mummy malu anak mummy buat kerja bodoh. Adake kamu buat repot sama kawan sama parti. Surau itu yang bukak adalah Timbalan Menteri Besar. Mestilah sudah ada kelulusan. Sama-sama Pakatan Rakyat. Kamu tahu tak?"

"Kemudian baru tahu mummy ...," Gwo-Burne mengaku.

"Tahu pun, tadi apa pasal tidak fikir? Ini MB Khalid pun satu. Main sedap-sedap cakap tak ada masaalah. Si gagap pun satu juga sama manyak bodoh. Apa kata ini budak-budak punya cerita. Politik bukan boleh kasi alasan budak-budak. Apa semua settle aja .... mesti problem tak selesai. Macam ada tak kena dengan parti engkau, selalu jadi ini macam." Panjang leter Madam.

Kleng! ... bunyi gate terbuka di hadapan. Loh Mui Fah, bapa Gwo-Burne pulang.

"Apa kecoh-kecoh ini?" dia bertanya apabila masuk ruang tamu melihat Gwo-Burne duduk dalam tangisan di satu sudut.

"Inilah awak suruh budak ini masuk politik. Bayar itu kaki liwat untuk kasi dia jadi calun. Kenapa awak sendiri tak mahu bertanding? Awak tak mahu tinggalkan business, nak cari duit. Politik pun mahu. Suruh naak kita tanding."

Sambil menoleh kearah Gwo-Burne, dia menunjukkan tangan yang memegang rotan ke arah dalam dan memerintahnya.

"Sudah berhenti menangis. Pergi masuk, cuci muka, mandi. Sudah petang. Orang Islam sudah pun sembahyang magrib. Taruk ais di mata itu. Mata pun dah macam simbol PKR. Mummy sudah masak. Makan dan pergi masuk tidor tidor awal. Jangan lagi main kamera."

"Tadi sudah mintak maaf sama Mior, belum?" Dia bertanya.

"Kami sudah memaafkan sesama kami," jawab Gwo Burne sambil bangun untuk masuk ke dalam dengan nada masih teresak-esak.

Madam Loh memang sangat strict dengan anak-anaknya. Dengan suaminya yang sentiasa sibuk dan keluar negara menguruskan perniagaan, dia yang ambil tanggungjawab mendidik anaknya hingga semua jadi orang. Gwo-Burne saja yang anih sedikit kerana asyik dengan kamera. Itu pun mereka suami isteri bangga dengannya yang dapat jadi Wakil Rakyat.

"Mummy nak cakap dengan bapak engkau. Kamu tak rakam video tadi kan?"

Madam Loh menoleh ke arah suaminya yang masih dalam kepenatan dan menyambung, "Saya dari dulu tak setuju. Tapi ada loyar bodoh sokong sama dia. Sudahlah suruh dia undur kasi kerusi sama Anwar. Mintak duit awak balik."

"Bukan apa ..., dia belum kahwin lagi. Itu Hannah Adun DAP sudah kahwin dengan budak India. Nurul Izzah pun sudah dapat anak. Nik Nazmi sudah kahwin. Anak kita saja Wakil Rakyat yang belum kahwin dari kawasan ini. Semua orang asyik tanya saja sama saya, mana mahu taruk muka ....," belok ke situ pulak Madam Gwo-Burne.

Loh Mui Fah sudah faham. Bila isterinya sudah macam ini, panjanglah leterennya. Menjawab akan hanya memanjangkan dan jadi gaduh.

Dia memasang paip dan menghisapnya untuk hanya berdiam dan sabar saja melayan isterinya yang sudah naik mood untuk memberi sermon macam di gereja.

Kadang-kadang dia suka pula, kerana selalunya ia akan memujuknya dan berakhir dengan adegan ranjang di bilik. Gwo-Burne pun sudah disuruh tidor awal ...

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baik khairy, baik Gwo Burne, budak2 belum matang belajar dahulu.

Jangn main terus nak naik dalam politik.

Inilah jadinya negara huru hara.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka Gwo Burne.

Tak faham bahasa

atau

Tak reti bahasa

Merengek2 10 kali masa orang tengah majlis, mana tak orang tu hot.

Dia ni layak hantar beijing dan itu parti komunis.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya dari mula lagi dah dilihat `kerojakan' PR dengan calon-calon bidan terjun. Selain calon-calon tak berpengalaman ramai lagi calon yang tidak tahu apa-apa mengenai politik. Hanya kes Lingam terdapat 8 wakil rakyat yang dipilih mewakili PR.
Insiden ini jelas menunjukkan bahawa YB Loh Gwo Burne memang tiada tokoh kepimpinan langsung. Beliau yang sebahagian besar masanya di Shanghai tidak betul-betul memahami kesefahaman masyarakat majmuk di Malaysia.
Perbuatan Menumbuk seorang MP adalah keterlaluan dan benar-benar menunjukkan budaya samseng jalanan PR khususnya PKR. Kalaupun MP tersebut memang Bengal dan bodoh menangani permasalahan tersebut tidaklah sehingga ditumbuk. Kita nantikanlah apa dia tindakan disiplin PR terhadap MP beliau yang kantoi mesyuarat dan Mike Tyson yang beri tumbukan KO.
HINDRAF dari awal adalah kumpulan opportunist yang begitu hebat menuntut merit di atas kemenangan PR dalam PRU12 sehinggakan tidak masuk akal. Apakah tindakan selanjutnya pihak kerajaan Selangor memandangkan isu ini jelas menunjukkan terdapatnya suatu kekangan pemahaman agama di kalangan penganut agama yang berlainan yang juga merupakan penyokong kuat PR.

Tanpa Nama berkata...

Fenomena baru masyarakat majmuk di Malaysia di bawah kerajaan PR. India bantah, Cina campurtangan dan Melayu tumbuk. Apakah ini slogan Malaysian Malaysia yang diuar-uarkan oleh PR. Gwo-Burne patut sedar bahawa kerosakan paling besar dalam sejarah negara di buat oleh beliau. Selepas ditubuhkan Suruhanraja Diraja mengenai kes Lingam diharapkan akan selesai dan difahamkan beliau masih menyimpan sebahagian lagi rakaman video tersebut. Apakah nanti kerajaan dan rakyat Malaysia diperbodohkan lagi dengan keluaran episod kedua rakaman baru Lingam. Kita tunggu dan lihat.
Apakah orang India begitu berani bersuara sehinggakan surau yang diluluskan pun dibantah tetapi kuil haram dipertahankan. Apakah sekarang tidak diketahui yang mana betul atau salah.

Unfiltered-Madness berkata...

Hahahaha

Gwo Burne Saga...

Canser vs B17 berkata...

Tak faham dan binggung, dengan Kerajaan Malaysia ni.

Mesti buat satu undang2 dimana, seseorang yang hendak bertanding sebagai Adun/MP hendaklah berumur 40 tahun keatas (Usia minima Matang dalam Pemikiran)

Ini main cekup dan tangkap muat saja? Hancur la jawapannya....

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Ha ha , Satu 'kisah' yang menarik.

Setuju dengan Johar Faizal; Calon bertanding patut minima berusia 40 tahun,

Paling penting..

MESTI boleh bertutur dan menulis dalam BAHASA MALAYSIA dengan baik.

Hafal Prinsip2 Rukun Negera dan faham maksud2nya.

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu kalau strict macam Madam Loh ni ... tak ada masaalah sosial.

Macam ini lah jadi mak. Tak ada main bela saja.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha lawak bodoh

Tanpa Nama berkata...

gwo burne, lu pigi (pergi) titun (tidur)la. Olang (orang) babak (pukul) sama lu (you) cipat cipat (cepat cepat) pigi ambil itu kamela (kamera) dan tembak (shoot) gambar lia (dia).
boleh pigi (-sda-) masuk palimen (parlimen) cakap sama itu bodowi (kaki tidur) dan anuwar (liwat).

Tanpa Nama berkata...

1. Tak amek candid video ke?
2. Kalau amek tak nak jadikan scandal ke?
3. Kalau jadi scandal, mesti buat tribunal ke?
4. Kalau buat tribunal, sape orang2nye?

Tanpa Nama berkata...

muke takde tokoh tul....

Tanpa Nama berkata...

Heheheheheh kita minum dulu !!!

Sin, ingat tak ada satu iklan kanak2 riang "berpalimen" di TV suatu masa dulu?

Inilah dia kenyataannya !!!

Kalu dulu kita ketawakan "Speaker Dewan Rakyat" sebut (selepas 'perbahasan') "....KITA MINUM DULU...!! ... "


Heheheheh rupa2 nya iklan tersebut bukan jenaka, tapi kenyataan... hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Bagus Madam Loh ni tahu perangai buruk anaknya, tapi apa nak buat...lebih ramai tak kisah pangkah budak gemuk ni, siap bangga lagi.

Masa hari budak gemuk ni kena tumbuk, malamnya aku tengok dia rilek je lepak-lepak minum beer dengan kawan-kawan kat The Curve, Damansara. Macam takde problem dan macam takde keje je?

Wah senang sungguh hidup dia. Mula-mula buat-buat 'ter'rakam video orang, lepas tuh keluarkan pada public menjelang pilihanraya, masuk parti yang desperate dan walla! Dapat jadi calon!

Lepas tu promote manifesto pasal keadilan dan inflasi torak sana, torak sini skit dan..walla! Orang pangkah! Dapat jadi YB.

Kerja selesai, boleh lah buat drama dan minum-minum lepas tuh..tak payah pikir pasal janji manifesto dan perihal rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Happy and H**ny ending nampak!