Sabtu, Oktober 25, 2008

Taktik Politik


Sejak politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya.
Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.

Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang. 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.

Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik. 1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis. 2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.
Akhir sekali,

Menghusin Lempoyangkan - Ini adalah cara untuk menjual seseorang dengan harga lebih untung dari unta kerana dia layak dijual. Wow!

41 ulasan:

abdullahjones berkata...

haha.

RANGKAIAN PEMUDA BERANI berkata...

nak tambah sikit...

mempaklahkan .. AKAR UMBI TAK SUKA, TAPI DIA KATA AKAR UMBI NAK KAT DIA

contoh: ketua bahagian tu mampaklahkan keputusan pemilihan

Tanpa Nama berkata...

memakLahkan kekaLahan..
(didepan MCA/Gerakan:kita menang!!..maluLah oi..)

lepas di tuLah, pakLah mula nak kerjaLah..dulu taknak kerja..mengata Najib.. meMahathirismLah..

kenapa dulu mengantukLah..

2@3 minggu ni baru sibuk2Lah..kena pujiLah..

didepan MCA/Gerakan:kita menang!!..maluLah oi..)undurLah, cepatLah, jgn tak jadiLah..nanti maluLah..

memakLah..namanya..berangan..

Gelombang Rakyat berkata...

Usah Lah pulak menghusin lempoyangkan saya ya.

Tambah satu.

Memuhyiddin yassinkan - Ini adalah usaha asakan dan desakan untuk Presiden Parti supaya bersara lebih awal dari tarikh yang telah diawalkan, dengan memberi maklumbalas dari "beberapa" ahli yang menyuarakan demikian. Contoh: Pak Lah terpaksa membuat keputusan tersebut setelah ada pihak yang memuhyiddin yassinkan dirinya.

kuganaz berkata...

hahaha....gua mmg suka la ayat lu ni...payah nk cari tuuuu...

Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin, caya cikit mau tambah juga.

meNORIkan - membiarkan anak perempuan kahwin dengan lelaki yang akan bergantung kepada kuasa pak mentua.

Pak Dol menorikan anak perempuannya dengan Khairy walaupun jelas apa yang Khairy hendak ialah kuasa yang pak Dol ada.

MengKhairykan - menolak suara akar umbi secara mengkepala agongkan ketua akar umbi.

Mensetiakawankan - menagih kesetiaan pengikut dengan menawarkan projek atau sejumlah wang.

Tanpa Nama berkata...

husin, anda benar-benar kelakarlah...(walaupun sinikal sebenarnya)...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Husin

Mensabahkan - Satu usaha untuk mendapat kuasa pentadbrian dengan mendapatkan ahli dewan lompat parti sebagai mana di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk mengambilalioh kuasa dari PBS Pairin. Kepala Agong perlu banyak diguna dan janji RM2 juta jadi RM300,000 saja.

Tanpa Nama berkata...

Menanwar Musakan - Taktik untuk menahan seseorang dari memberi ucapan di kota baru dengan menggunakan spray pemedih mata.

Dr. RBAONG berkata...

Hari ini DBP (Dewan Buat Paklawak) cawangan rumah saya telah mengadakan perbincangan yang hangat tetapi penuh dengan nilai intelektual dalam mencadangkan perkataan baru untuk dimasukkan kedalam kamus DBP yang terbaru.
Setelah berjam-jam berbahas kami hanya dapat berbincang berkenaan dengan satu perkataan sahaja:

DiANWARkan/MengANWARkan

1. Menbenarkan ditipu bulat-bulat dan kemudian malu walaupun fakta tu budak tadikapun boleh kata tak logik.

contoh: Kawan saya seorang pengikut PKR telah berjaya diANWARkan oleh pemimpin mereka

2. Perbuatan meggunakan pintu belakang.

contoh: Karpal singh tidak bersetuju PR (PR kalau istilah perubatan bermakna PerRectal-sesuailah tu) mengambil alih kerajaaan dengan cara pengANWARakan

contoh 2: Pemimpin tersebut telah didakwa dimahkamah kerana mengANWARkan bekas pembantunya.

3. Perbuatan yang tidak sabar dadalam mengejar impian dicampur dengan unsur-unsur Mat Jenin.

contoh: Paklah membidas Mahyudin Yasin kerana dia bersifat KeANWARakan

4. Kata ganti nama untuk orang yang megGHAFFARKAN.

Yang ini jelas, tak perlu contoh.
Satu perkataan ANWAR boleh menjadi seribu ayat.

Mesyuarat bersurai kerana perdebatan semakain hangat dan ada banyak lagi keadaan/tempat dimana istilah ANWAR boleh dipakai. DBersambung untuk sessi mesyuarat akan datang.

Kami juga sempat bersetuju untuk mengeluarkan istilah diTHERESAkan yang bermaksud diberi makanan yang lebihteruk/sama macam makanan anjing.

Contoh: Suatu masa dahulu seorang pemimpim ABIM telah MengANWARkan penduduk Malaysia dengan berkata penduduk miskin Baling terpaksa mengTHERESAkan keluarga mereka sehingga kebuluran.

Sekian, nak cari KEPALA AGONG dulu supaya keluraga saya tidak terTHERESA dan TIDAK diHUSIN LEMPOYANGkan.

Tanpa Nama berkata...

Laluan Sin;
MengKhalidkan - Pertama kali seorang calon pilihanraya menyuruh pengundi mengundi parti yang menentangnya bolehlah dirujukkan sebagai mengKhalidkan kekalahan di Ijok.

MengToyokan - Pembatalan mesyuarat Bahagian Gua Musang yang pertama dihadiri oleh 189 perwakilan dan 79 cawangan dan digantikan dengan keputusan mesyuarat lain dengan hanya dihadiri oleh 78 perwakilan dari 78 cawangan seolah olah mengToyokan para perwakilan. Mengtoyokan keputusan mesyuarat dengan kehadiran kurang dari 50% perwakilan asal adalah sah sekiranya cadangan mesyuarat memihak kepada mengKeraJantankan.

Katak Keramat berkata...

tumpang tuan rumah, satu lagi :-

menZakariakan - sengaja menunjukkan kekayaan yang tidak pasti halal haramnya

spt :- Walaupun anak Muhammad menzakariakan dirinya di Lapangan Terbang Australia, beliau masih boleh bertanding jawatan di partinya dengan mengkepala agongkan wakil-wakil bahagian lantas mengmukhrizkan pencabar-pencabarnya.

Tanpa Nama berkata...

saya mohon pandangan rakan lawak semua,

rakan2 mengatakan yg saya telah di rosmahkan oleh isteri saya sebab saya asyik mengikut saja apa yg dia suruh. satu hari saya telah menganwarkan isteri saya dan berjumpa sorang bomoh. setelah dikepala-agongkan, bomoh itu mengatakan yg saya telah diazalinakan oleh isteri saya dengan mensharizatkan nya setelah ada org mengadu yg saya menjayjaykan seorang janda anak sorang. saya menafikan senajib-najibnya sampai sanggup bersumpah tapi dia memusahitamkan saya. lalu saya pasrah atas apa yg berlaku dgn mengazeez-mamakkan diri saya. adakah saya dayus?

man cotek

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

anda semua layak diISAkan beramai ramai kerana menyinggung perasaan orang lain

Unknown berkata...

inilah kesan penyakit "sin_lpyang"

yg amat digeruni rakyat

sehingga kini masih belum ada ubat yg mujarab

ramai yg telah dijangkiti wabak yg cepat merebak ni

Dr. Hamizi berkata...

gila lawak... muarghahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Husin.
Bagaimanapula istilah mngsyed hamidkan calon.

Contoh: Ketua Bahagian UMNO Arab Sesat telah mengsyed hamidkan pencabarnya pada pemilihan bahagian berkenaan. jawatan Ketua bahagian UMNO itu menang tanpa bertanding. Pada pemilihan yang lepas, ketua bahagian UMNO Arab Sesat hampir mengsyed hamidkan pencabarnya tetapi pencabar berkenaan menolak daripada bertanding dan bersetuju dilantik sebagai Setiausaha Akhbar.

Tanpa Nama berkata...

Man Cotek

Anda perlu merahim tamby chikkan (Atau mertemajakan) isteri anda supaya anda puas dan merasa telah dibung mokhtarkan menjadi macho kembali.

Ini perlu dilakukan dengan berhemah supaya isteri anda tidak mengku yahkan anda sampai hari-hari mau.

Husin Lempoyang berkata...

Adoi adoi perut ana sakit ... lagi lagi ...

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Semua Vocabs yang mu ketengahkan tuh sebijik sama yang Professor aku ajar semasa aku buat Political Science kat LKY School of Policy, NUS dulu. Bijak mu.

Abu Hassan Gedebe

Tanpa Nama berkata...

SIN,
SEMUA KOMEN YANG DIBERIKAN SANGAT (LEMBAGA PADI DAN BERAS NASIONAL) BERNAS DAN LAWAK TETAPI PENUH DENGAN MAKNA.

TOKOH-TOKOH POLITIK NEGARA PERLU MAMBACA DAN MENGAMBIL IKTIBAR DARI TULISAN DI BLOG INI SUPAYA MEREKA AKAN MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL, JIKA TIDAK SAYA AKAN MENG-ADNAN YAAKOB-KAN MEREKA (MENONGGENG DAN MENEPUK BUNTUT KEARAH MEREKA)

BAGAIMANAPUN SAYA BERHARAP SAYA TIDAK AKAN DI-AZIZAN-KAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG TELAH DI-ANWAR IBRAHIM-KAN.

tunku berkata...

awas husin, nanti anda akan disyedhamidkan dan ditempatkan di kamunting kerana membahayakan keselamatan bahasa negara.

Khun Pana aka johanssm berkata...

Kerajaan akan mengeurohelikopterkan banyak lagi project beli alat tentera pada tahun depan.

"beli helikopter lebeh untung dari jual helikopter"

Tanpa Nama berkata...

khun pana,

u ni buat we all hilang seleralah nak bergumbira kat rumah husin ni. u boleh tak pergi jauh2 main tempat lain.. pergi main kat laman kickdafella...

Tanpa Nama berkata...

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya bersopan dalam berbahasa dan tingkah laku.

Mereka harus diajar supaya tidak melim kit siangkan nada suara kerana nada yang keras hanya akan menghilangkan kesabaran orang lain dan memulakan pergaduhan.

Anak2 yang suka bergobala krishnan perlu didisiplinkan supaya besar tidak bersikap kurang ajar dengan speaker dewan.

Kita mahu anak-anak ini besar setia kepada ibu bapa dan guru dan tidak mentian chuakan mengaruk dan meronta diri bila dimarah dan dihukum apabila buat salah.

Kita mahu anak-anak berani tetapi jangan terlalu berani hingga boleh mencederakan diri dengan mengkarpalkan singhkan diri. Kalau mahu berani dan lawan, pastikan diri boleh berdiri bila angkat sumpah dan kuat untuk enggan keluar dewan.

Ajar mereka supaya bertutur dengan jelas dan mengelakkan salah faham supaya tidak mengkhalid ibrahimkan diri dengan bercakap gagap.

Mereka perlu difahamkan akan hukum hakam supaya tidak dimat sabukan dalam bilik hotel dengan perempuan yang bukan muhrim atau dikhalid ibrahim (2) kan dengan rahmah setiausaha sendiri.

Anak-anak perlu faham meronnie liewkan diri ke rumah urit sama haram dengan memat sabukan diri kerana masih bersama dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik.

Dosa yang paling buruk kesan dan perlu dielakkan adalah suka mezaid ibrahimkan minuman dengan ark dan wiskey. Akibatnya anak itu akanmenajdi Menteri Penuh terpendik dan membawa ide2 yang tak masuk akal.

Anak2 Islam harus dikawal supaya tidak menghasan alikan diri untuk terlebih cakap macam murai hingga merelakan khinzir dibela. Tapi kalau dah teruk sangat nilai agama, aklhirnya ada yang sampai tidak kisah untuk menghalimah ali atau menyaacob saparikan diri untuk diteresa kokkan untuk membela khinzir di kawasan orang Melayu.

Kita mesti pastikan supaya anak-anak kita tidak di b.a.b.i.kan oleh politik wayang kulit bekas timbalkan perdana menteri yang dipecat.

Jadilah anak islam yang bijak dan tidak mudah dilim guan engkan oleh kafir harbi dengan kata2 manis meminati khalifah omar abd aziz, sedia masuk islam jika bapak tiada ada, dan berarak masa perayaan maulud nabi.

Tanpa Nama berkata...

bapa mithali,

tabikkk wa caya lu ...

khalid guan kok

Quantum Metal Consultant berkata...

Aku kesamyveluaan dengan kau orang ni..aku bukan mintri.

Tanpa Nama berkata...

Bapa misali..
betul..

PR banyak di wakili oleh orang2 kepala 3 suku..

silap..aku kutuk paklah, sepatutnya kutuk PR dulu, krn ia lebih hodoh dr Paklah..

PR meng'khinzir'kan politik selangor..

Tanpa Nama berkata...

..hei kau orang semua,janganlah memPakLah Bodohwi....bincang hal pemimpin-pemimpin negara ni,....membuang masa saja....!

Tanpa Nama berkata...

kelakar gila bila baca coment ni. oii cik husin lempoyang anda tak takutkah dihukum. tapi aku nak tambah satu lagi mungkin kau orang terlupa mengaliketamkan. aku tak tau nak buat ayat menggunakan perkataan ni. tolong aku.

Tanpa Nama berkata...

Macamana dengan perkataan yang berunsurkan India seperti mengSammy Vellukan atau yang berunsurkan Cina seperti MengChua kan.

Tanpa Nama berkata...

mensyahrisamadkan SMS..

kata telepon dah kena register..
buat apa kecoh2..ingat org PKR nak sokong BN ke?..kecoh2 pasal SMS..

tangkspa ajelah org yg buat SMS..ini menteri mcm pandai..tp hal SMS pun dh poning..

Tanpa Nama berkata...

HA HA HA HA HA HA HA HA Ha
ROTFL
Menjayjaykan HA HA HA HA HA HA HA HA

Mat Cendana berkata...

Sin, saya tabik lah kat awak!
Camana Sin boleh create benda-benda gini secara consistent ye? Setara ni kira prolific jugaklah. Banyak betul idea-idea Sin ni...

Tanpa Nama berkata...

boleh tak tolong aku buat ayat dgn perkataan 'menchuasoilekkan', cikgu sekolah dewasa kat kg pinang sebatang suruh aku buat ayat pg tadi, pening aku, dah jumpa bapak cikgu tu pendekar mastor tapi hampeeh, jumpa pendekar bujang lapok plak mereka asyik sebut alif mim nun tendang wau jeer, pening2 tolonglaah aku.

Tanpa Nama berkata...

dalam usaha untuk memenangi pilihanraya, calun2 jgn terlalu mentony puakan diri untuk senyum dan tersengih.

Takut lalat masuk mulut.

Tanpa Nama berkata...

@bapa mithali,that's real damn funny,congrotulate to u hahahaha

Tanpa Nama berkata...

@bapa mithali,that's real damn funny,congratulate to u hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Hahahha.. terbelit lidah ku..

Camna pula bertaresakokkan?

Bertaresakokkan = menyalak dengan mendayu-dayu.

Contoh : Selepas azan subuh berkumandang, kebanyakkan anjing-anjing tua yang belum berlaki akan 'bertaresakokkan'. Ini kerana setan-setan yang bertempiaran lari akibat azan subuh tadi akan kembali semula, dan anjing-anjing ini berseronok berkawan dengan setan-setan ini.

Siakap si nohong, gelama ikan tawar..
Jangan kita bercakap bohong, nanti jadi penipu macam Anwar.

Johnny B. Rempit berkata...

Aku pernah terbaca style ni. Pernah digunakan oleh Abang Isham Tukar Tiub. Tapi masa tu di bawah ruangan Dari Jelebu. Tak percaya pegi tengok.

zol dabat berkata...

menganwarberahimkan
1 - membelakangkan pemimpin yg lebih tggi jwatan dlm ssuatu organisasi
2 - memang dr segi perlakuan fizikal pon mem"belakang"kan......

cth 1 - s/u agung psatuan bahasa melayu telah menganwarberahimkankan pengerusi psatuan tersebut dlm mmbuat kputusan brkenaan kewangan persatuan......
cth 2 - hang pikiaq sniri