Ahad, Disember 28, 2008

T Mukhriz mendahului pencalunan ...

Dari khabar-khabar yang didengar sejak beberapa bulan yang lepas, T Mukhriz mendahului pencalunan tidak rasmi. Orangnya yang sederhana, bersopan, dan disukai ramai. Kalau diikutkan akarumbi, dia adalah pilihan.

Manakala pilihan yang satu lagi, merupakan pemangku yang ada. Banyak rungutan mengenai pemangku. Terlalu kebaratan dan terbuka melakukan perkara-perkara bertentangan dengan agama Islam. Sebagai anak, dia tak menjaga maruah ayah sebagai ketua Islam hadhari.

Merata dicerita kerja kaut apa saja peluang perniagaan yang ada. Kalau diusahakan sendiri tidak apa, asyik makan komisyen saja.

Gaya hidup tak habis dengan beriadah. Sukan dan jawatan dalam badan sukan menjadi kegemaran. Gila publisiti dan suka masuk majalah.

Ingatkan pemangku akan naik jadi ketua, adik beradik dan anak-anak masing-masing sudah ikut angkuh. Dah angkuh macam gengster dan nak paw orang wang.

Sekarang semua terpulang kepada mesyuarat untuk mengundi dan menentukan. Mesyuarat sudah selesai petang tadi tapi keputusan belum diumumkan.

Ramai berharap tidak berulang politik wang sekali lagi. Tengku yang mempengerusikan jawatankuasa disiplin perlu bersikap tegas kerana dikhuatiri ada antara pengundi dalam mesyuarat boleh dilemahkan dengan wang.

Pilihan tidak ada pilihan ketiga. Kalau ikut sejarahnya semasa T Radin mahu dinaikkan, ada pihak-pihak membangkang. Tinggal lah T Mukhriz dan ...

... eh maaf, tak cerita awal-awal. T itu bukan Tok tetapi Tengku.

Ini bukan pemilihan Ketua Pemuda antara "Tengku Mukhriz" menentang "Tengku Khairy" serta "Tengku Radin Khir Toyo" sebagai calun ketiga. Tetapi ini mengenai pemilihan pengganti Yam Tuan Negeri Sembilan.

Kalau ikut cerita ramai, "Naib" yang ada tidak sesuai dan tidak diterima ramai. "Tengku Khairy" atau "Tengku Radin Khir Toyo" lagi tak ada gahara atau keturunan diraja dari kedua-dua pihak ibu dan bapa.

Mesyuarat Luak Undang Empat untuk menentukan pengganti sudah selesai petang tadi. Kemasyhuran akan dibuat besok sebelum kebumi lepas asar.


Favourite ramai adalah Tengku Muhriz, anak sulong Tuanku Munawir. Tuanku Munzawir adalah Yam Tuan sebelum Tuanku Jaafar dan kekandanya. Dia menggantikan ayahanda mereka, Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Tengku Muhriz anak isteri pertama, Tengku Mahrum, dan Tuanku Jaafar anak isteri kedua Cik Maimunah.

Hehehe ... pasti suspen blogger Setiakawan. Idola kamu belum tewas lagi. Kalau tak kena tunda lagi, tunggu bulan Mac 2009.

Husin tahu idola mereka tak boleh ditegur, atau dimain-mainkan. Sensitif. Banyaklah komentar 'tanpa nama' akan tulis mengata kerja tak berfaedah, blog tak ada isi kandung, dan suruh cermin diri. Tapi datang juga ...

Dunia dunia ... dah tahu sini jual orang, dia mahu datang juga. Wow!

Takziah buat keluarga di raja dan rakyat Negeri Sembilan. Muga roh Allahyarham Yam Tuan Tuanku Jaafar di cucuri rahmat dan diampuni dosanya. Al Fatihah.

21 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Nyaspen deh!

Husin Lempoyang, hampir tergeliat panca indera saya.

Al-Fatihah untuk Tuanku.

Seterusnya, hairan memang menghairankan.

Bukan kata Tanpa Nama dengan skrip hampir sama, Ada Nama pun datang dan datang lagi ke sini.

Tanpa takut kena jual. Wow!

Di mana letaknya Antics, si Husin Lempoyang.

Tentunya bukan bauan tahi unta di sini tiada, nan ramai semacam ketagihannya.

Apapun teruskan menyengat. Kerana...

2 Senario:

Bila celek mata, klik sahaja, "Alahai, tiada pos baru".

Sebaliknya, "Yes! Siapa pulak yang kena, mari kita ke Blog The Antics of Husin Lempoyang!"

Begitu...

Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin,

Tengku Khairy suka sangat ngan publisiti, selalu tayang rombongan 4 wheel drive ke sana sini.

Belah bini dia bukan orang nogori, so tak boleh masuk suku sebab kalau ikut adat Tengku Khairy tak cukup suku.

PAPA GOMO berkata...

Peh... Agak mendalam penulisan kau kali ni sen...
Hampir-hampir terbabas pemikiran aku ni. Tapi apa yang kau cakap tu memang benar!! sikit-sikit muko dia je kuar!!!
Takziah buat seluruh keluarga Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

Ekau ni telingo merato, Sin.

Oghang tuo2 ajo yg tahu cerito politik wang tu.

Ado luak di sogok. Ikut jumlahnyo iswara pun tak bule boli. Duit dolu kocik.

Raso bole berlaku lagi. Dua dari luak tu bukan berduit. Copek merah mato.

Baco sini latarbelakang luak www.rajakitans.gov.my

LESONGINDEK berkata...

Tuan Husin,

Tajuk posting mung mengiorkan dan teruja aku untuk menyelaknya. Itu antik dikatakan. Dimana mung mengaji strategi ini?.Mata panah mung ada dua cangkuk, mengena, satu aku faham mengenai UMNO MUDA, satu lagi aku tak tahu.Makna nya apa yang tersurat tak sejalan apa yang tersirat. Inikah yang menjadi hakikat dan kenyataan KEHIDUPAN, ya tuan Husin?. Putar itu permainan ke Sin?. Banyak pengajaran dan kesimpulan boleh di buat kulit tak sama dengan isi. Yang penting sampai matlamat. Huh.......huh.. minum kopi kita.

Tanpa Nama berkata...

Den mmg setuju bona Tengku Muhriz naik. Tengku Muhriz lebih layak naik tahto dari Tuanku Jaafar. Dio anak isteri pertamo Tuanku Abd Rahman yang keturunan rajo. Omak Tuanku Jaafar Cik Maimunah gerago Melako.

Mengikut ceritonyo, dio tak naik kerano ado buek nakal maso mudo. Dibunoh sekor kobau kepunyaan Luak Undang Johol. Bilo Tuanku Munawir mangkat, ado pulak hambo Allah yang takyah disebut namo jolok duit kek Undang. Dgn kemarahan Undang johol pado Tengku Muhriz, mako naiklah Tuanku Jaafar. Sebonanyo politik wang dah lamo bemulo di N9, sebelum Khary lagi.

Tengku Muhriz dilihat persaing kepado keluargo Tuanku Jaafar, Mako disisih dek keluargo diraja. Semuo Majlis tak dijomput. Padahal pangkatnyo Tunku Bosa Seri Menanti serupo Tengku Mahkota di negri lain.

Tuanku Jaafar tak patut boghi tiga jawatan utamo istano kek anak2nyo. Padahal ado ahli keluargo lobih layak. Yang tahu raso polik lihat Naquiddin mangku maso Tuanku Jaafar jadi Agong.

Anak2 Tuanku Jaafar dah tak digoma rakyat. Terlalu oghang putih. Tamak dan kaki arak. Tak kona halal haram hinggo ladang kobau pendik ado syer. Undang sg ujong pun donganyo tak bekonan dengan Naquiddin.

Hanyo yang mengetahui tahu siapo Tengku Muhriz. Dikatakan baik orangnyo dan anak2 menjadi. Pandai2 semuo belajar Cambridge memgikut arwah Makcik mereka, arwah Tengku Bahiyah, sultanah Kedah dan kerja baik2. Oghang Noghori yang pandai pooi Cambridge bukan Oxford.

Jiko Tengku Muhriz naik, habih selosai anak2 Tuanku Jaafar. Ini yang selamo ni tergilo cari harto dan komisen melalui Antah Holdings. Kompeni pun dah bungkus tetapi rasonyo banyak wang telah di sodut kelua kek lua negaro.

Cito melayu ni samo ajo ...

Mmg tak baik cerito ni semuo. Kebenaran itu pahit tapi boleh jadi ubat. Mohon Tengku Muhriz, dan waghih2 ampunkan Tuanku Jaafar. Toksoh berdendam. Kehendak tuhan tu ado rahmatnyo.

kassim.ahmad berkata...

the way tuanku jaafar and the rest of the ns royal family treated tunku besar mukhriz was scandalous!

i used to have lunch with him at the lake club and the way the royals avoided him was pitiful.

ya allah ya tuhanku. tunjukkanlah bahawa ada keadilan di dunia ini and let him be the next yamtuan.

this is his credentials:

Y.A.M. Tunku Muhriz ibni al-Marhum Tuanku Munawir, Tunku Besar. b. at Kuala Pilah, 14th January 1948, educ. Tuanku Muhammad, and Tunku Besar Schs., Tampin; King George V Sch., Seremban; Aldenham Sch., Elstree, and Univ. Coll. of Wales, Aberystwyth (LLB). Appointed as Tunku Laksamana 1962, and prom. to Tunku Besar 7th July 1967. Dir. Nylex (Malaysia) Bhd. since 2002. Rcvd: DKYR, PPT. m. 25th April 1974, Y.M. Tengku Dato’ Aisha Rohani binti Tengku Besar Mahmud (b. at Batu Gajah, 19th June 1952), rcvd: DPTJ, daughter of Captain Y.A.M. Tengku Besar Mahmud ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Tengku Sri Utama Raja, of Trengganu, sometime Grand Chamberlain to the King of Malaysia, by his second wife, Y. Bhg. To’ Puan Hajjah Zain un-Mariam binti Haji Su Mahmud, daughter of Haji Su Mahmud bin Dato’ Sri Amar di-Raja Haji Ngah Muhammad. He had issue, three sons:
• a) Y.M. Tunku ‘Ali Ritha ud-din bin Tunku Muhriz. b. at the Univ. Hosp., Petaling Jaya, Selangor, 26th April 1977, educ. Alice Smith Sch., Kuala Lumpur; Marlborough, Wilts., and Christ’s Coll., Cambridge (BA 1998). Employed with McKinsey & Co., where he worked primarily out of its London, Hong Kong and Singapore until 2004, Snr. Vice-Presdt. Investments for Khazanah Nasional Bhd. since 2004.
• b) Y.M. Tunku Zain al-’Abidin bin Tunku Muhriz. b. at the Univ. Hosp., Petaling Jaya, Selangor, 6th July 1982, educ. Alice Smith Sch., Kuala Lumpur; Marlborough, Wilts., and LSE, London (BSc. & MSc. Sociology & Politics). Parliamentary Researcher at the House of Commons 2005-2006, Consultant World Bank 2006-2007, Dir. Malaysia Think Tank London since 2007.
• c) Y.M. Tunku Alif Husain Saif ud-din al-Amin bin Tunku Muhriz. b. at the General Hosp., Kuala Lumpur, 3rd September 1984.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Amust READ for everyone...

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Thank you.

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Tuan Husin,

Tuhan maha adil...
Kalau asal benih yg baik,jatuh ke laut akan menjadi pulau.

kalau dah rezeki kita, akhirnya dapat ke kita juga.

Mulut mau manis, hati mau baik.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Husin

Kempen kau jadi. Tengku Muhriz naik. Sure ... Khairy frust ni. Member kaki minum di Heritage Mansion kalah ... lama2 dia sekali kalah.

Setiakawan kempen Khairy patut naik pasal PM Thailand baru dari Oxford. PM Thailand selalu turun dan naik.

Aku nak tengok siapa yang kamu kempen antara Rafidah yang tertinggal keretapi dgn Sharizat penakut tapi main tikam belakang!!!

Tanpa Nama berkata...

time kaseh jang, kau punye cegite punyele sedap, tak sangke, ade juge masalah dengan kerabat raja N9, ape-ape pun aku memang suke name mukris ni naik, tak kire le Tengku ke Datuk ke. lebeh-lebeh lagi anak TDM tu, lain orang aku memang tak suke.. lebih2 kaki publisiti tu..

Quantum Metal Consultant berkata...

Kalau nak promote KJ, elok bonar TV3 tayangkan filem filem Jim Carry dari sekarang sampai bulan March nanti, antara filem yang wajib tonton ialah "liar".

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillha, Tengku Mukriz sudah di masyurkan menjadi Yam Tuan oleh Penghulu Undang. Hebat kan adat pepatih memilih pengganti. Tak semestinya Pemangku jadi Raja, adat pepatih tak macam UMNO sin. Den happy botul bilo di umumkan melalui siaran lansung di TV3 (suku tp blum masuk suku, dongar kobar nurul syuhada pun kono masuk suku)T.Mukrez di masuykan jadi Yam Tuan Bosa. Dongar kobar orang kampong sodang baco yassin ni kek tanjong, senanti, pilah, teraci romau, johol, tampin, jolobu sobab gombiro bonar atas permasyuran itu. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. (Tuanku suka hisap curut sin, dan sangat mesra. dari dulu sampai sekarang pakai BWM lamo yo tak ponah tukar2..N9999 tulah kenderaan tuanku. ampun tuanku, semoga pemerintahan tuanku akan lebih masyur dan disenang rakyat negeri. Patik memohon ampun! Wassalam

kuc1n993m0k berkata...

daulat tuanku!

Garang la muka Yang Di Pertuan Besar ke 11.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknyo Tengku Mukhriz naik takhta di Nogoghi Tuan Bosa Khairy.

Baik Tengku atau Dato Mukhriz, keduo-duo ado gaharo Mak Pak orang handa2.

Namo samo, cerito sama.

Naib2 naik main tipu dan atas politik wang. Akhirnyo yang layak jugo dapek.

Tunggu maso Dato Mukhriz pulo nafi Naib Ketuo Pemudo dari naik tahto.

Tak ghelo oghang ghombau tu jadi pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Piggy Singh:

Khairy tak payah masuk suku, dio dah masuk abih.

dokpikiaq berkata...

eden sebonarnyo org kedoh.. eden dtg sini pasal kemangkatan yamtuan n9, itulah hikmah yg maha esa.. dari yg x ponah pegi,kena pegi jugak krana ada yg penting,eden tercari² kenapa lewat d semadikan yamtuan tuanku jaafar,sekarang..eden sudah taw dan dpt jawapan nya...eden mintak moap jiko ado salah n silap dlm tulisan eden...
timo kasih sen..
daulat tuanku daulat tuanku daulat tuanku

Tanpa Nama berkata...

sin;

den ni orang nogori tapi nasihatkan orang luar jangan kawin dengan orang nogori.

tak sodap sin; masuk suku jo tak dapek masuk ponoh.

Tanpa Nama berkata...

masuk suku tu apa?
masuk saku kot?
sama macam rasuah ke?

Tanpa Nama berkata...

Benar kisah Tengku Mukhriz masa remaja dulu, g tumbang kembu usia pun baru 18 tahun tetapi terlalu muda maka Tuanku Jaafar (24 tahun) dilantik. Khabarnya bonda armahum adalah orang kebanyakan dan orang kulit putih.

Tanpa Nama berkata...

Ola, what's up amigos? :)
I will be glad to get some help at the start.
Thanks and good luck everyone! ;)