Ahad, April 19, 2009

Komunikasi dengan baik

... juga dengan pekerja-pekerja bawahan

Kalau berurusan dengan orang ramai atau rakyat, kena cakap dengan jelas. Dengar dengan baik supaya faham apa yang dimaksudkan. Kalau tidak, masing-masing cakap dan faham lain-lain.

Ini ada satu cerita.

Kisahnya melibatkan sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan. Pada suatu malam siisteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pegi check kat doktor."

Sisuami terasa amat gembira lalu. Dia akan meluang masa untuk pergi bersama berjumpa gynaecologist. Sementara itu, dia meminta isterinya tidak memberitahu sesiapa pun sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini dilawati oleh seorang pegawai dari TNB yang datang menuntut bayaran tunggakan letrik. Pegawai TNB tu ketuk rumah bertanya, "Ini rumah Encik Ahmad ker?"

"Ya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB memberitahu, "Puan, saya nak beritahu puan sudah sebulan lewat. Saya kena jalankan tugas. Puan tak boleh tunggu, nanti boss saya marah."

Si isteri hairan pegawai itu boleh tahu dia lewat sebulan. Dengan nada terkejut, si isteri itu membalas balik, "Apa? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB menjawab dengan selamba, "Ala Puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Ini yang membuat siisteri lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu!"

Dengan tenteram pegawai TNB tu menerangkan, "Relek Puan. Puan baru lewat sebulan. Ada yang lagi teruk sampai 5-6 bulan"

Siisteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu memberitahu dia akan bincang dengan suami saya. Pegawai TNB itu pun beredar.

Keesokan harinya, selepas Ahmad dia beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia menjerit, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke?! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman ke?"

Pegawai yang datang ke rumah Ahmad keluar dan mententeramkan keadaan.

"Sabar Encik. Sabar Encik. Apa susah, kalau Cik nak settle perkara ni, bayar je ...," kata pegawai TNB.

Ini membuat si Ahmad naik lagi berang. "Apa? Nak bayar korang? Belahlah ..."

Pegawai tersebut pun memberi peringatan, "Kalau macam tu, kami terpaksa 'potong' Encik punya ..."

"Apa? Potong?! Abih isteri saya di rumah nak pakai apa?"

"Nampak gayanya isteri Encik kena pakai lilin aja laa ..."
Ini jadinya bila lemah dalam komunikasi.

Yang jadi bos pula, berkomunikasi bermakna mendengar keluh resah pekerja-pekerja. Jangan asyik sedap bersyarah. Ambillah kisah kebajikan pekerja.

Kalau besar sangat ego tak mahu dengar, berhentikan saja Dato Najib. Susah orang Melayu yang tak ingat asal usul ... Baik juga kasi hantar masuk SPRM sekali.

* Disunting 20/4/2009 9:30 pagi

21 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

hehe.. tahniah tuan

Panjat Tiang TNB berkata...

Setuju benar aku dia ni diberhentikan. Sombong nak mampus. Tak da hati perut.

Omar ''Trojan Horse'' Ong berkata...

http://rockyfornstp.blogspot.com/

Burung Jambul berkata...

Sambungan disini...
S: "Mana aku nak cari lilin besar bagi bini aku pakai?".
P: "Itu encik kena cari sendirilah.."
S: "ooo..bila ko orang dah potong aku punya , ko orang suruh aku cari sendiri."
P: "Kalau macam tu saya boleh tolong encik punya..."
S: "Ko nak bagi pinjam ko punya bagi aku pakai ke?. Oh!! Sama sekali tidak. Nanti bini aku mesti terkejut bila aku pakai yang lain.."
P: " Kalau macam tu encik bayarlah.."

Kalau macam ni.. bila nak abislaahhh...

Pak Lubis berkata...

Memang dia tu sombong nak mampus....

Tanpa Nama berkata...

memang best la cite ni. aku nak minta kebenaran nak copy cite ni ke blog aku wwww.langgas.blogspot.com

PARPUKARI berkata...

Sin, kau adalah genius! Aku tabik spring kat kau bro! You are the best sin! Kelakar dan penuh makna!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Abe Usin,

Kelas cito mu. Berair mata ambo. Ambo tok seh lah nak jadi Tok Tua kedua CEO TNB. Nih ambo nak suruh abe masuk minang anak tino ambo, nama Nik Yah.

Nik Rosmah
Wakaf Chendong
Kota Baru.

Cucu Tok Selampit berkata...

Lawak tahap kumpulan Sepah. Best giler. Thanks.

Quantum Metal Consultant berkata...

Orang kalau jual minyak, memang pandai temberang..

Aku tak mengata kau Sin, tapi kalau kau teraaaaaaasa... nasib le

Sin, tolong poskan aku satu botol minyak urut unta..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ha ha ha berkata...

He he he Sin Sin..

Lama ke baru ke tak kisah...yang penting boleh buat ketawa..ha ha ha ..kalau lama kira refreshment lah...

WOW..Ini baru towkey Unta denngan Auta selai ..ha ha aha ah

mie berkata...

hahaha~..~

komunikasi itu penting...huhU~..~

Unknown berkata...

cerita apa ni bro.. memang lah kelakar.. tapi dia tu orang melayu kita bro.. our leader bro.. dia boleh buat lu tak makan setahun bro.. kalau dia dapat lu.. islam tak galakkan sesama manusia bergaduh...

kambeng berkata...

lawak2..ekekekeke

buah geduak berkata...

lawaknye.....kah..kah..kah
tahniah..tahniah

rozana berkata...

Tuan husin pandai berkata-kata rasanya bolehlah rekomen kat DS Najib lantik tuan jadi CEO mana-mana GLC. Mesti lagi untung dari jual orang.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Husin Lempoyang berkata...

Rozanna

Kalau ada GLC buat business jual orang dan unta, ana sanggup.

Business yang bukan kepakaran ana tak mahulah. :)