Ahad, Julai 12, 2009

Kuda Chedet lawan Kuda Utusan Malaysia

Ini kuda Chedet. Dah dekat 70,000. No menang jauh ni.


Bawah ni kuda Utusan. Tengah jauh tertinggal. Undi jumlah baru 6,000. Leading lebih skit


Campuq, tertinggal juga.

Pi lah sini dan sini untuk tolong kuda masing-masing.

85 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Tekanan memang banyak daripada pelbagai pihak. Lebih baik kita fikir dengan rasional. Kepentingan Bahasa Inggeris memang telah terbukti sehinggakan negara china begitu menitikberatkan warganya mempelajari BI sehinggakan banyak daripadanya belajar keluar negara.
Di tahun-tahun mendatangbagaimanakah corak perantaraan berbahasa dan ilmiah yang ada. Sehingga kini pengetahuan ilmiah masih banyak dalam BI. Berapa peratuskah terjemahan ke BM yang telah berjaya dilakukan oleh DBP? Masih terlalu kecil.
Tekanan dari pejuang pendidikan amatlah aktif di negara kita tapi apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah berlandaskan kepada bahasa Ibunda.
Pihak aktivis pendidikan bahasa Cina sepatutnya berfikiran lebih terbuka kerana pembelajaran Bahasa Cina adalah dibenarkan. Tawaran kerja dan pengetahuan ilmiah amatlah dipentingkan dalam pembelajaran ilmu jadi apa gunanya anak-anak mereka mampu menguasai bahasa ibunda tetapi lemah dalam BI. Katakanlah mereka hendak bekerja di Singapura; Taiwan; macau; Hong Kong atau Cina, saya begitu pasti apa yang dititikberatkan adalah penguasaan dalam BI baik dari segi lisan atau tulisan. Saya berpendapat rakyat Cina sendiri yang berjumlah 1.3 billion telah dan mampu menguasai bahasa ibunda mereka berbanding dengan rakyat Malaysia. Begitu juga kaum yang lain baik Melayu ataupun India, masalah atau rintangan yang dihadapi adalah sama.
Orang putih yang mampu berbahasa Inggeris dengan fasih adalah mungkin semata-mata kerana ianya bahasa ibunda mereka tetapi penguasaan BI itu sendiri adalah lemah.
Jadi masing-masing ada sudut pandangan yang berbeza, kuda siapa yang kuat lari adalah tidak penting tetapi terimalah hakikatnya sistem pendidikan negara berada dalam keadaan yang menyayat hati. Apa jadi dengan KBSM; KBSR? Bila ada Menteri baru dilantik maka akan ada dasar dan sistem pendidikan yang baru. Jadi ibubapa perlulah bersiap sedia untuk menentukan halatuju masa depan anak-anak mereka.
Tun M adalah negarawan yang berpandangan jauh tetapi kita sebagai warga Malaysia amat gopoh dan mahukan kejayaan dalam masa yang singkat sedangkan PPSMI hanya baru di ajar sejak 2003, kalau budak belum matang pun. Ahli politik pula tidak perlu menangguk di air keruh. Kita kena berubah daripada hanya pandai membuat kecaman sebaliknyua memberikan idea-idea penambaikan kepada demi kepentingan generasi akan datang.

Salam..

Quantum Metal Consultant berkata...

Saya sokong kerajaan yang bodoh ! untuk membolehkan saya memilih kerajaan yang lebih pandai !

Tanpa Nama berkata...

haro sin,

bahasa bisness akan datang...MANDARIN, bahasa international ...ENGLISH....bahasa melayu...UNTUK BERPOLITIK.

Siapa rugi??

Sekolah cina ajar mandarin, tambah dengan tuition untuk english, anak murid melayu, masih duk rempit dengan bahasa lu, gua....

BODOH BETUL masyarakat melayu..aku tergulong.

Semerah Padi berkata...

Salam Abe Husin,

Minta izin untuk tumpang sama main kuda ni.

Kepada yang dok main kuda di gelanggang Che Det dan juga di gelanggang Utusan, mari! mari sini!

Semua sekali hok "Yes" dengan hok "No". Kita sama-sama boleh berpakat.

1. Siapa yang nak pertahankan Kedaulatan Bahasa Kebangsaan?

2. Siapa yang nak pertahankan PPSMI demi anak bangsa?

(1) & (2) maghi masuk gelanggang kuda ni pula! Kita dua-dua pakat kalahkan kuda kerajaan pula biar Kerajaan ambil langkah untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran demi anak-anak kita. Mari kita ramai-ramai sign kat sini untuk kalahkan kuda Kerajaan ni:-

KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

70,000 campur 6,000 tu ramai Abang Sin! Semput kuda Kerajaan nak kejar tu!.

Demo-demo yang boleh bersatu dalam gelanggang sekolah ni, tolong-tolonglah kempen juga kepada yang tak dok di sini ni!

Timo kasih banyok-banyok Abe Sin!

"DEMI BANGSA DAN NEGARA"

Semerah Padi

Tanpa Nama berkata...

Ambo sokong mu padi meghoh.

siakap berkata...

Usin,
Kesian kepada kanak-kanak sekolah mereka sntiasa dipercaturkan oleh ahli-ahli politik demi kusaa. Setalah lebih 50 tahun merdeka, negara berdaulat masih tidak membina arah tuju pendidikan yang matang dan global. Malaysia berhasrat untuk menjadi sebiah negara maju pada 2020, tetapi para pemimpin masa kini masih mempunyai mentaliti third world. Dalam bidang pendidikan , dasarnya mesti kukuh dan jitu tidak boleh diubah sesuka hati dan setiap masa.
Pak-pak menteri fikirlah jauh dan panjang sedikit, tolonglah jangan pendidikan dijadikan polimik politik. Jika Malaysia ingin jadi sebuah negara maju pad 2020, rakyatnya juga mesti maju dan pemikirannya juga mesti global. Menteri dan Kementerian Pelajaran mesti cari jalan mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mathmetik di semua peringkat di seluruh negara bukan kerna tidak mampu mengatasinya mencari jalan mudah menghapuskannya. Fikirlah wahai-wahai Pak-pak menteri berhentilah bermain politik tumpulah masa sedikit untuk masa depan anak bangsa.Orang melayu dilahirkan di dunia ini, tidak boleh bercakap bahas arab dan tidak memahami bahasa al-quran, tetapi setelah didik diasuh lihatlah boleh kat semeua oang melayu boleh baca al-quran malah dah ramai jadi al-hafiz. fikir-fikirlah.

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tak setuju!

Kesian kat kami golongan miskin yang tak mampu hantar anak pi tiusyen..

Selama ini kami bergantung dengan kemudahan yang sedia ada dalam websites yang begitu banyak sekali.. PERCUMA.. Tutorials video/powerpoint/workbooks serta online exercises siap dengan instant answers.

Saya mengajar semua anakw2 sendiri asas membaca BI hanya melalui laman web percuma.. fasih..

Maths dari peringkat Tabika hingga Ting5.. semua ada dalam BI, PERCUMA.

Science, general, biology, physics, chemistry PERCUMA siap dari Tabika hingga Tgkt5 - PERCUMA dalam BI.

Apa bolehkah Kem Pendidikan adakan ini semua?

Nak cari BM/Sejarah..Percuma... Aduh, terpaksa bayar online itupun amat ringkas dan tidak menarik minat, termasuk EduwebTV...

Apa bolehkah Kem Pendidikan adakan ini semua?

detguaq berkata...

Dan diluar sana terus mencari alasan untuk menidakkan peluang anak bangsa hanya kerana kekangan oleh pakar kangkang bahasa! Lihat pula kuda nobisha....lebih dramatik!!!

otak Bebal PR berkata...

majoriti keling cina boleh cakap banyak bahasa.

majoriti melayu hanya cakap satu bahasa.

syarat pas English SPM pun ditolak.

bengap betul melayu ni?? pas english pun tak mau?? Merempit & berpolitik no 1.

Ni lah dia kepercayaan khurafat PR, otak melayu lembam.

teknologi baru & maklumat teknikal dlm internet semua dlm english.
kalau tak mau belajar sains dlm english- istilah mcm tekanan = pressure perlu kekal.

Gedung Akal berkata...

Salam bahagia
Aku patut gelak besaq dulu..kah..kah..kah..
Melayu nak jadi pandai misti tahu cakap English...kah..kah..kah
Melayu misti pandai cakap Ingglish macam dalam pilem Tamil..kah..kah..kah..
Melayu yang belajar Sains dalam bahasa Melayu adalh Melayu ketinggalan...
Melayu yang maju misti cakap Ingglish..kah..kah..kah..
Bahasa Jiwa Bangsa kah..kah..kah
Melayu patut tahu Ingglisg kerana jiwa Melayu adalh Ingglish..kah..kah..
Melayu bijak kerana Ingglish
Jangan Cakap dan tulis Melayu
Mari kita kencing atas paper jawi kah..kah..kah.
Apa la punya bahasa Melayu...takdak jiwa bagi orang Melayu..kah..kah..kah...kah
MElayu bodoh guna bahasa Melayu untukbelajar sains kah..kah..kah..kah
Melayu bebal tolo tak tau guna Ingglish..

Tanpa Nama berkata...

Gedung Akal,
Hang Fascist PKR, pengikut ajaran Sesat Nuar Brahim. Lepas nih para saterawan Dari GAPENA, PENA buat duit jadi broker DBP & ITNM untuk pau orang melayu yang dahlah majoritinya miskin. Nak terjemah dari inggeris ke Bahasa Melayu cas RM10 satu perkataan. Aku rasa Muhyidin dan Puad kena buat springcleaning kat Kementerian Pendidikan, DBP dan ITNM. Kena bersihkan institusi yang mulia itu dari para sleepers PKR dan PAS. Depa nih la kot yang buat statistik palsu mengatakan pencapaian PPSMI tak baguih, sampai Menteri dan Timbalan Menteri jadi buta. Nih Kementerian Pendidikan nak belanja RM5 Billion nak laksanakan model baru pembelajaran Bahasa Inggeris, bukankah ianya satu pembaziran. Lebih baik dibina lebih banyak sekolah terutama di bandar, sekolah dibandar terpaksa buat dua sessi tak cukup ruang.

Din Pungkok
Tanah Liat
Permatang Pauh

kuga berkata...

bengap punya gedung akal..

orang nak latest tech..kii teknologi terbaru berkembang hari2..

bukan zaman maging, maun,

sblm nak pintas, kena tangkap dulu. Kalau discovery, Natgeo dll dlm melayu ok la..

nak harap translator..banyak maksud sebenar tak sampai.

setakat nak download ringtone, modify motor rempit, tengok mentor takyah speaking..

atiefs berkata...

demontrasi telah dijadikan alat untuk menekan kerajaan.. kenapa perlu akur?

kerajaan tak perlu layan sikap menentang di jalanan (tak ikut saluran)..

ps: tak faham dgn muhyidin..

http://qunang.blogspot.com/

HeroTamil berkata...

Dah lah tolak PPSMI kunun nak memantap Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Tapi mana pula suara PEJUANG BAHASA nie bila kita menyeru kepada SATU SEKOLAH untuk SEMUA.

Mana A Samad Janggut??
Yang sanggup berdemo menolak PPSMI..

DEMO lah SATU SEKOLAH untuk semua kalau betul nak perjuangkan bahasa..kalau betul nak memertabatkan bahasa.

Takut kena kung fu kot??

Mat Sabu n (al-Juburi) berkata...

"Kalau discovery, Natgeo dll dlm melayu ok la.."

TV PR kena alih suara semua rancangan doc..& encyclopedia..dlm usaha memartabatkan BM.

Jgn asyik2 cerita babi aje..

Tanpa Nama berkata...

A Samad Said berjuang teapi yang untung pejuang2 bahasa dan dong zong yg dapat kontrak terbit buku teks.

Pejuang Bangsat

Tanpa Nama berkata...

aku masih marah lagi dengan ko orang , sebelum kerajaan umumkan pembasmian PPSMI , kou orang senyap je , bila dah umum macam macam nak cakap pooooorah.....

Merrybj

Kena Kencing berkata...

Satu hal juga PPSMI atau PPSMM, sekolah Cina dan Tamil dapat bahasa dia balik.

Bodoh Melayu!!!!

Ampang Race Course berkata...

Sin

Kuda Chedet dah 76,000 86% No.

Kuda Utusan sudah takda nampaknya. Giveup ...kekeke

Tanpa Nama berkata...

Melayu Hari Ini ? by Someone (pick this up somewhere ......:)

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu


Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

pusaka bukan puaka berkata...

dah 50 tahun merdeka.

melayu masih percaya kuasa bomoh, pawang, air baca2, benda2 ghaib, dll.

inilah pkr

Tanpa Nama berkata...

apa pun yang tukar....mestilah ada yang dapat unutng...
cetak buku baru & lain-lain...untung lagi.

bungaraya berkata...

Saya menjadi hairan, kenapa benda ni jadi isu hangat?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,
Nak kira kuda yang paling laju atau nak kira macam mana ni bro...teringat syarifah aini nyanyi lagu kuda.......

Tanpa Nama berkata...

Pada saya kuda2 tu tu semua bukan statistik yg benar.

Kebanyakan yg boleh masuk sampai main kuda (internet) adalah terdiri dari status yg mana?

Akan tetapi kebanyakan majoriti melayu adalah dari status mana? Pendek cerita tak mungkin boleh masuk internet dan tekan button2 utk pilih kuda 'Yes' dan kuda 'No'

Jadi oleh kerana perbezaan ini dan yg boleh main kuda2 ini adalah dari satu kumpulan saja, Jadi kuda yg suka cakap bahasa inggeris, di rumah, di tempat keje dan seangkatan dengannya dah tentu menang.

Tapi ini bukanlah situasi sebenar. Saya mewakili org2 yg tak mampu masuk utk suruh kuda tu lari laju atau bertempik sorak, memilih utk MENDAULATKAN BAHASA MELAYU dan tidak meminggirkan Bahasa Inggeris.

Lagipun utk penterjemahan bahasa, seperti yg Korea dan Jepun buat, dan pernah dahulu dibuat oleh Inggeris, memerlukan ahli2 yg mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Maju mundur rakyat bukanlah bertitik tolak kepada bahasa, tetapi nilai2 diri dalam memajukan diri, samada perniagaan dan moral hidup yg membezakan maju mundur sesuatu bangsa, Tidak lupa usaha gigih.

Kalau berabuk pun cakap mat saleh, tapi malas keje, asik makan suap, nak untung atas angin. Tetap juga ketinggalan!

Tanpa Nama berkata...

sdr husin

apa yang jelas ialah kerugian besar kepada generasi melayu akan datang. tak dapat dibayangkan bagaimana bangsa melayu akan datang apa nak jadi. Mungkin segelintir anak2 Menteri atau org2 kaya belajar diluar negara dan mereka balik akan terus menjadi pemimpin atau memegang jawatan2 tinggi dalam kerajaan dan CEO2 di GLC, ttp 99.9peratus bangsa melayu akan menjadi 3rd class citizen yang dibelenggu keb0dohan. Sekarang ni pun ramai PTD tak tau bercakap bahasa inggeris. Tak faham apa yang nak disampaikan. Ini akan melambatkan usaha kerajaan membangunkan negara. Pemimpin tidak tegas dan mencaturkan pendidikan utuk kemenangan politik dan peribadi. Kita lihat nnt berapa ramai orang2 Cina akan menghantar anak mereka belajar ke Singapura, Taiwan dan australia serta luar negara. Orang Melayu sudah dijumudkan akal fikiran mereka. Apa nak jadi bangsaku?

Tanpa Nama berkata...

Tok guru aku cakap, kalau perut kita penuh makanan (kenyang lembu lah tu), apa kita cakap tiada daya penarik (aura/karisma). apatah lagi kalau perut makan suap, apa kita cakap semuanya hampas...tu yang jadi flip flop, budak-budak jadi pening lalat.

Rascal

ha ha ha berkata...

Sin..

Orang Melayu tak main kuda..harammmmm..

Itu pasal yang tekan butang kuda sampai 70,000 tu bukan Melayu..kalau ada pun melayu yang pelat berbahasa melayu, I sound stupid to speak in malay....he he he (ada yang kutuk aku nanti..tapi sapa makan cili dia yang akan teguk airnya)...Depa dah tak perlu PPSMI sebab sekolah depa guna bahasa Ibunda dalam S&M...

So what ...ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Tuan-tuan yang budiman....
BI sangat penting. Kita perlu perkasakan dan kuasai. Yang kita tidak perlu ialah PPSMI. Pelajar pandai belajar Sc/Mate dalam bahasa apa pun boleh berjaya seperti di SBP atau MRSM atau 2 kelas teratas disekolah harian.
TETAPI MAJORITI pelajar ialah pertengahan dan ujung-ujung. Pada mereka ini sudahlah Sc/Mate tu susah nak disusahkan lagi dengan BI. Kalau kantul BI maka kantul Sc/Mate. Kalau dalam BM, kantul BI belum tentu Sc/Mt kantul.
LAGIPUN tuan-tuan...bukan semua pelajar kita ke IPTA/IPTS. Majoritinya operator pengeluaran dan kolar biru jer. Mana ramai operator ke Jurutera ?. Bagi lah mereka ini peluang access Sc/Mate dlm bahasa yg mudah mereka faham.
YANG PANDAI ambik masa 6bln jer dah boleh bertutur bhs asing dan dah boleh dihantar ke US atau Jepun.

Tahniah TPM dan GMP atas pemansuhan PPSMI. Terimakasih TPM kerana menambah waktu Pembelajaran BI disekolah.

anak kebun

sam berkata...

Tun Mahadir satu hal.. dah pencen buat la cara pencen.. Masa hang dah abis buat apa dok menyebok lagii.. Masa Tun Abdullah hang kata dia kaki tidur, masa Najib ni pun hang sibuk gak, bagi peluang PM tadbir dengan sendiri....

Hangpa semua tak pikir kaa, 80% ibu bapa melayu tak faham BI, camno nak bantu anak2 belajar Math & Sains.. Aku sokong sangat BI tapi bukan dengan Math & Sains yang jadi core pelajaran. cari kaedah lain meningkatkan penguasaan BI.... Jangan main politik laa.. Cina dan India main politik untong bangsa, tapi melayu main politik habis tonggang langgang bangsa.. hahhaaa... Lu pikir sendiri la.... Ucin!!.. hang takpa laa pandai BI boleh ajar anak2.. Aku ni terlopong, jer belajar sekolah berpuloh2 tahun tak pandai2 gak.. itulah perlukan kaedah baru supaya rakyat pandai BI

Tanpa Nama berkata...

SBP, MRSM, SMKA, KIK, buat English Medium apa macam bro? Kata nak membentuk anak melayu kampung hebat? MRSM ngan SBP ini lah kerja nya, peluang untuk underprivilledge with potential ok tak? Yg sekolah agama pon bagi polish English, takkan bahasa Arab saja, barulah boleh berdakwah bagus kat non Muslim. Senang nanti boleh jadi advisor syariah untuk International Islamic bank. Bagi khutbah dlm English kat KLCC pon tak lah mcm pelik bunyi nyer. ok tak cadangan gua?

Rambo

Siti Payung berkata...

Rasanya korang saja buat bodoh ke ni?

Bukan ke kerajaan akan mengukuhkan bahasa inggeris dengan mengambil ramai guru2 luar, dan waktu klas bahasa inggeris ditambahkan.

Rasanya dulu2 aku kau dan kau dan semua, belajar sains dan matematik pun dalam bahasa melayu, tapi kau boleh juga berbahasa inggeris kan?

Apakah pengukuhan bahasa inggeris tak cukup. Abis ko cakap la bahasa inggeris ngan anak ko kat rumah. Ngan sedara mara kau dek kerana kau tak rasa bahasa melayu tu ada darjat. Lepas2 ni nanti, kau cubalah la pulak buangkan nama bangsa Melayu kau ke omputih plak. Lepas2 ni la kan...

Siti Payung berkata...

Oh ya, aku lupa, kau kata kau kerugian besar pada melayu akan datang. Tapi dalam blog usin ni, ramai yg masih tulis bahasa melayu, apa kata org yg rasa melayu rugi tu, tulis la dalam bahasa inggeris. Kami masih faham membacanya.

Tanpa Nama berkata...

Din Permatang Pauh,


Sekolah2 kan dibawah kementerian pelajaran, mesti lah dorang dah mintak pihak tu sediakan statistik. Kau ingat dorang ni bodoh ka, main ikut apa yg hang tulih. Hang tulih dan bagi statistik, depa mintak la statistik tu dari Kementerian. Sebabkan betul, apa yg org tulis tu lah depa ambil tindakan.

Kalau dah anak hang lembab kat sekolah, tak tau la pasai apa, nak jawab sains matematik, kena master bahasa inggeris dulu. Kalau dah lembab, hang nak teruskan jugak, alamatlah, lepas ni anak hang tak pass SPM pun. Bukan pasai bodoh sangat, cuma bodoh bahasa aja.

Takka rugi Melayu, di dalam negeri sendiri, kalau kerajaan tak tangani masalah ni, negeri sendiri kena cakap omputih, padahal negeri ni kita yg perintah, Dulu2 beriya2 nak merdeka dan memerintah negeri sendiri. Dah omputih bagi, mula pulak terkenang2 kan depa. Kesian la tok2 dulu mati berperang dengan omputih.

Sekarang cucu2 kena berperang dengan Melayu sebabkan nakkan bahasa omputih.

Kalau suka sangat omputih dulu, watpa mintak merdeka, duduk bawak ketiak omputih, sampai la ni anak hang cakap omputih. Bahasa melayu tinggai nama aja pada keturunan bangsa.

Awat la hang tak cakap awai2. Aku rasa lagi senang, kalau hang mintak balik la omputih ni jajah balik. Pakai semua sistem omputih. Sapa yg tak reti cakap dan berbahasa, biaq mampuih la tepi jalan jadi pengemis ka, kutip sampah ka. Silap jadi org gaji aja la. Tapi ok lagi kot, sebab buleh cakap omputih, maklum bahasa perdagangan dan internasional.

Aku rasa kalau lagu ni, ada mungkin org malaysia duk mintak keja la pulak kat indon nun.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa ye, siapa yang tidak setuju ppsmi dimansuhkan ada kepentingan ni. Ada yang tak nak hilang 10% elaun,hilang tender ini itu dan sebagainya hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa melayu dengan menidakkan bahasa melayu dan mengagungkan sangat bahasa inggeris.Satu lagi aku tak faham ni, betul ke penguasaan BI ni lemah ? aku tengok ramai yang berapi cakap BI.

Gedung Akal berkata...

Melayu baru ka Melayu lama
sma saja...kah..kah..kah..
apa nama, apa namanya..apa namanya
Hari hari madey duk perbodoh...
tak sedar lagi ka?
Melayu baru Melayu lama
apa nama...apa anam
sudahlah..dah lama dah
kena perbodo dengan madey..
PPSMI jiwa Melayu kah...kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

yang aku tak faham kenapa kerajaan tak ujudkan sekolah aliran inggeris macam dulu2 kala..kan senang ibubapa buat pilihan...mana yang pro PPSMI boleh belajar aliran inggeris..baru adil. Sama macam cina dan india ada pilihan belajar bahasa masing2

DukeOfUMNO berkata...

Husinnn...mana aci kalau just buat poll online...mementang la mak bapak kat kampung hulu banat nuunnn tak buleh mengundi...tak aci laaa...kalau nak ikut golongan moden dan "celik" IT...memang ramai la yg vote bantah tindakan kerajaan...cuba pi kawasan kampung2 hulu yg mana anak2 depa ketinggalan jauh...yg tak reti mengeja...tak reti membaca...rasanya boleh menang kuda utusan tu...hehhe..

tak fair laaa voting trend camni..kan?

Quantum Metal Consultant berkata...

Ibu bapa yang tak setuju keputusan kerajaan termasuk yang duduk di ulu banat sana memanglah tak pandai berbahasa inggeris, tak mampu nak bantu anak depa belajar tapi satu nilai yang ada pada depa ialah depa tak nak anak2 depa bangang macam depa.

Yang tak setuju pula, mungkin terdiri dari bodoh sombong dan mandul.

sahm berkata...

ape kehey nya bebal sangat setengah org nak paham dasar PPSMI. Bukannya nak perkukuhkan bahasa inggeris pelajar lerrr.... cuba baca betul2 dasar tu... nak dapat ilmu sains & matematik tu lahhh... adoiii... masih ada lagi makhluk tak paham dok suruh memperkasakan bahasa inggeris dalam cara lain seperti tambah waktu kelas... yenna deyy...

Lagi sekali ditekankan... UNTUK MENDAPATKAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK. ada paham? ILMU dua-dua subjek (perkataan ni diterjemahkan dari bahasa inggeris = subject) ini di zaman serba canggih ni majoritinya dalam bahasa inggeris. mana rujukan bahasa melayu? ada DBP buat? aduhhhhh duh duhhh duhhhh ...

budak umo 5 tahun dah tau pakai internet sekarang. kalau tanya internet apa dlm bahasa melayu? yenna dey... yillekkk ... masuk google jer.. search (english lagi)... berderet2 keluar english reference. hmmmm letih temannn hua huahua hua

tak ker bazir masa, baca english, gi sekolah kena translate balik dlm BM... masuk uni, guna english balik... pastu jadik bahasa rojak. jadilah haru biru...

contoh haru-biru:
penggunaan teknologi maklumat dan multimedia sangat efisien dan efektif kepada pelajar-pelajar sekolah sehingga memberi impak yang besar ke atas keputusan peperiksaan.

masa alam pekerjaan:
balancescorecard = kad penyata keseimbangan
debit = debit
credit = kredit

apa-apa jerlah labu

Tanpa Nama berkata...

Siti Payung,

Are you a malay neo-Fascist? Were bread in Universiti Kebangsaan Malaysia, the cradle of malay fascism. The Malay neo Fascists going to celebrate the demise of PPSMI on the 19th. July 2009 at Stadium Bangi at 9-30pm according to Utusan Melayu 10/7/09. But me, I will be weeping in sorrow to see the fate of my next generation going to the dogs of Malay Fascism.

Nik Rahamah

mantol berkata...

" Tanpa Nama berkata...

BODOH BETUL masyarakat melayu..aku tergulong.
3:16 PM
"

Engkau yang Melayu bodoh bukan orang lain. Jangan jadi kerbau terpalit lumpur.

Bahasa apa kau nak belajar? Belajar bahasa paling lama pun 1 tahun la tongong. Tak payahlah belajar sampai 11 tahun tapi bodoh jugak.

Sendiri pemalas nak belajar tapi nak salahkan orang lain. Nasib baik ana takble jual ente.

/mantol/

mantol berkata...

Nik Rahamah aka Kapal Singam ni pun sama. Aku tahu lah bahasa rasmi keluarga kau bahasa inggeris tapi tak payahlah nak paksa semua orang Malaysia belajar bahasa Inggeris sampai 11 tahun. Tak cukup dengan tu, matematik sains pun nak belajar dalam BI?

Woit, pundekam. Kau takut anak cucu kau jadi bodoh ye. Hehehe
Kalau takut, mulalah berbahasa Malaysia. Muahahahahha

Hehehe its the system babe.

Zaman sekolah aliran Inggeris, nak cari Melayu yang keputusan bagus pun susah.

Bila tukar pembelajaran dalam BM, MALAY RULE!! Ekekekeke Jangan marah aaaa. Nanti kena jual. Ini fakta bukan auta pudekam.

/mantol/

mantol berkata...

Hehehehe Melayu bandar dah kaya dan lupa daratan. Kalau tak kerana BM digunakan di sekolah, anak2 golongan bangsawan saja la yang dapat masuk universiti.

Sekarang orang bangsawan JELES U. Anak orang miskin dan yang bukan kroni pun boleh masuk U. Tambah pula golongan bangsawan skrg dah tak boleh rekomen sedara mara dia saja kerja sebab dah ramai graduan Melayu yang lagi pandai. Ekekeke.

Sin! kau jual si bangsawan kat sini. Ana mau beli laaaa.

/MANTOL/

pokmatsarang berkata...

Sin

Inilah predicament orang melayu. The malay Dilema. Bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh diikut.

PPSMI bukan untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, kalau itu tujuan lebih baik kita belajar kesusasteraan Inggeris belajar grammar dari awal. Tujuan utama memudah anak-anak kita menguasai sains dan matematik. Pelajaran ni agak teknikal so lebih mudah diajar dan diterima dalam bahasa ilmunya.

Kalau nak belajar bahasa hanya 6 bulan je kita boleh bertutur dan faham sedikit sebanyak, saya menguasai 3 bahasa dan sekarang tengah belajar bahasa mandarin untuk tujuan perniagaan. Menghadapi globalisasi kita perlu sediakan generasi baru terutama orang melayu dengan segala ilmu yang terkini, ini bukan persoalan kaya miskin melayu bandar melayu kampung, ini soal survival melayu.

Apa guna kita agungkan bahasa kita jika bangsa kita tercicir, miskin dan terhina. Saya juga dari kampung dan ya kita boleh belajar BI dan Math dalam BM tetapi tidakkah lebih baik jika kita beri ruang dan peluang kepada generasi baru untuk perkembangkan bakat dan ilmu mereka dalam bahasa utama dunia.

Ingatla apa yang kita putuskan hari ini akan menentukan warisan generasi akan datang mungkin 20 tahun lagi dan ketika itu Dr mahathir mungkin telah tiada tetapi legasinya kekal samada melayu maju dan berjaya atau tanpa ilmu melayu merempat di bumi sendiri seperti di pulau di selatan bekas milik melayu.

Tepuk dada tanya akal...


He he he sin bela Unta lagi senang dari bela ppsmi...

MANTOL berkata...

Ini masalah kalau orang kampung miskin dah jadi bangsawan lupa daratan.

Dah nampak kebijaksanaan bangsawan.

Nak kekal bangsawan mesti ada ramai orang miskin hina. Kalau tidak, tak wujudlah bangsawan.

Macamana nak kekalkan lebih ramai Melayu miskin hina?

Ajarlah dalam bahasa yang mereka kurang faham di sekolah.

Majoriti akan putus asa dan jadi miskin hina. Maka, bangsawan pun bertambahlah tinggi hidungnya.

Ekekeke. Jual Sin. Jangan tak jual.

/MANTOL/

Kalau Melayu cerdik tak boleh diikut, ikutlah orang yang berak tak cebok tu labuuuuuu.

NJ berkata...

Salam Sejahtera Tuan Husin,

Saya nak sampaikan mesej kepada Abang Semerah Padi dan juga pengunjung-pengunjung di sini.

Saudara-saudara semua dan Abe Padi Meghoh!

BIGDOG telah buka satu lagi kaunter baru untuk jual tiket lumba kuda in case tiket gelanggang lumba kuda di kaunter Abang Husin dah habis dijual.

Pertandingan Lumba Kuda antara :-

(i) Gabungan Pejuang Bahasa dan Pejuang PPSMI

MELAWAN

(ii) Kerajaan diwakili oleh Kementerian Pelajaran.

Satu lagi kaunter tiket dibuka, sila klik "BIGDOG" di atas.

(Maklumat Risikan - Kuda Kerajaan akan ditunggang oleh Jockey T. S. Muhyiddin Y.)

Sila klik logo SSS di Kaunter Husin Lempoyang dulu (ataupun link Semerah Padi di atas) untuk pastikan tiket gelanggang masih ada!

Terima Kasih!

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Tanpa Nama berkata...

Mantol berkata,

Pardon me to say that the Bahasa Melayu you wrote in this blog filled with specks of peasantry malay language (tidak indah lansong). You must be one of the rural malay idiocyncracy who migrated from Ulu Bendul and settled down in Bandar Baru Bangi. I guest you must be one of the Guru Bahasa Melayu at Sekolah Kebangsaan Bangi Lama. I will forbid you teach Bahasa Melayu to my sons. The way you wrote, it seems that you have just raped the Bahasa Melayu.

Nik Rahamah

Tanpa Nama berkata...

Betul tu mantol,

Nik Rahimah ni, masa masuk UKM aje kot berputar belit lidah dia cakap omputih. Asal mana? Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, ke Jawa kat Selangor tu.

Udah2 ler berlagak. Kita tau ngko datang mana. Kalau Melayu cam aku, takda pekdahnya nak berlagak.
Cuba ler tengok bangsa2 lain, Cina India, berapi-api suruh Kerajaan buatkan jugak sekolah dorang. Ini kira kaum bukan penduduk asal ni.

Melayu penduduk asal tapi Melayu berapi-api nakkan Bahasa Inggeris sampaikan org yg suka bahasa Melayu pun dorang panggil bodoh dan tak berkembang, malu dan rugi?


Padahal Cina, India yg berapi2 nakkan bahasa dorang masih ujud dan kukuh dan bangsa dorang jugalah yg teror juga bahasa inggeris walaupun sekolah rendah dorang sekolah kebangsaan cina dan india.

Aku rasa idea satu komen kat sini pun bagus, buat balik sekolah jenis kebangsaan aliran inggeris, siapa yg nak antar aliran melayu, inggeris, cina dan india ada pilihan. Semacam dulu ler. Jap jap aku pikir cam yoyo gak. Sebab dulu dah pernah ada aliran bebanyak ni, kemudian di samakan semua, sebab nakkan integrasi nasional.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu mantol, depa jeles kot. Bila dah tak boleh nak lawan atau terdapat competition, depa mula lah keluarkan fakta tak boleh cakap omputih.

Padahal yg tak boleh atau kurang berbahasa inggeris tu otak geliga beb!

Dulu, laku la ayat melayu tak boleh itu dan ini, mungkin depa sedar org melayu ni kekurangan nya dari segi berbahasa, inilah sebab depa kondem, bila kurangnya melayu dan lemah pencapaian melayu di sekolah rendah dek kerana bahasa, senang la depa2 aja yg duk dalam sektor swasta dan kerajaan. Esok2 kerajaan pun kena guna bahasa inggeris dalam urusan rasmi.

Ini negeri kita, kita lah rule. Jepun pun tak kecoh sangat pasal bahasa. Bagi peluang anak negeri dorang guna bahasa jepun.

Melayu memang lupa daratan.

Siti Payung berkata...

Nik Rahimah, janganlah kerana isu bahasa melayu jadi pegangan atau kemahuan setengah2 melayu, kamu mula mengejek2 dan menghina personality seorang melayu.

Sebab saya seorang Islam, saya teringat dan ingin mengingatkan anda semua dan diri saya,jika kita menghina dan mempersendakan org, secara tak langsung anda telah menunjukkan budi pekerti anda dan ada juga pepatah inggeris mengatakan satu jari menunjukkan org lain, 3 jari lagi menunjukkan diri anda.

Kalau beginilah personality penggemar2 PPSMI, adalah baik amalkan saja pendapatnya. Pendapat bukan dari seorang berbudi pekerti dan berhemah tinggi. Kalau saya lebih mendetail, dari segi Islam ia berkait rapat dengan makanan halal haram yg anda makan kerana ia membentuk hati anda. Dari hati lahirlah perbuatan dan ucapan yg menjadi diri seseorang itu.

Keupayaan mentalnya utk berfikir baik buruk dengan seimbang. Ya, keupayaan mensistesis isu samada menurut akal atau emosi. Utk sejagat atau hanya diri sendiri dan kelompoknya sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Tak kisah ulu bendul ke tak bendul ke, yg pandai, pandai juga.

Apa keheynya ngko rahimah, melayu kampung le ngko, kalau bandar pun otak kampung. Lagi kampung dari orang kampung.

Apa ke namanya jenis nya manusia yg memandang rendah pada org lain hanya kerana kekurangan fasiliti.

Adaka memandang kepandaian seseorang melayu mengikut fasiliti yg ada disekitar kehidupan nya. Sekelilinnya yg lengakap dengan kemudahan moden tu, kira dan capai satu status kepandaian yer Rahimah! Pandai benar ngko yer!

Aku berpendapat lah kan, org2 sebegini sebenarnya, dialah yg asal kampung kekurangan fasiliti. Bila dah senang, mula la hidung terperengau besau, menyongah langit.

Siti Payung berkata...

kesalahan menaip;

amalkan = abaikan

ha ha ha berkata...

Har har ha ha hah a,..

Nampaknya Kuda-kuda " IT SOUND STUPID TO COUNT IN MALAY" dan Kuda-kuda Perkasakan Melayu..tengah hebat berjuang ..he he he he he..

Think!!!!!! Apa untungnya memperkenalkan M&S dalam BI pada peringkat Rendah??? Supaya anak anak kita mampu mengira dalam bahasa inggeris dan faham asas sains dalam bahasa inggeris? UNTUK APA?

Padahal pada peringkat itu tidak perlu istilah-istilah seperti Polimer, Monomer, dilocalise, electrolytes, Coefficients, Potentiometric, ligand dan sebagainya..malah pada peringkat ini anak-anak perlu di dedahkan dengan ilmu sains seperti jenis-jenis haiwan, pembentukan hujan dan alam, sedikit pendedahan tentang astronomi, geologi (Pembentukan gunung berapi dan lembah)..

Adakah GOLONGAN SOUND STUPID TO SPEAK IN MALAY malu apabila anak-anak mereka lemah pada peringkat sekolah kerana anak mereka BERTUTUR DALAM BAGASA INGGERIS DI RUMAH??? Anak-anak mereka tak tahu membilang Satu, Dua, Tiga..tak kenal Campur tolak kali bahagi?? Tak tahu nisbah dan peratusan serta pecahan???

Wahai Melayu Sedarlah..kamu masih makan belacan, budu, cengcalok dan petai..tapi apabila bertutur dan bercakap lebih menggunakan bahasa Asing dan bangga dengan bahasa tersebut...

Akhir sekali SIN..macam aku kata dulu...yang pakat undi tu mereka yang kata "I SOUND STUPID TO SPEAK IN MALAY"...

Nasib baik hang jual Unta kalau tak Hang jual malaun yang kata "I SOUND STUPID TO SPEAK IN MALAY"...

Husin Lempang berkata...

Melayu kalau nak maju, tinggalkan bahasa Melayu. Ambik BI sebagai bahasa rasmi. Barulah kita boleh duduk sama tinggi dengan other communities of the world.

Tengok orang hitam Amerika, depa semua tinggalkan bahasa africa kuno depa. Sekarang di Amerika depa jadi bangsa yang disegani. Contoh arwah Mikhaeel Jackson, Michael Jordan, Barack Obama, Jesse Jackson, JayZ, Puff Diddy, Alicia Keys, Deion Sanders, kalau tulis depa hitam yang berjaya ni tak cukup space kat sini.

Ada ka melayu yang cukup berjaya macam depa ni??? hehehe jawab sendiri.

Kita muziumkan Bahasa Melayu dan semua ciri2 kemelayuan dan boleh pungut hasil dari pelancongan.

Siti Payung berkata...

Betul tu, cina dan india, setengah2yg sekolah kebangsaan cina dan india masa sekolah rendah, dorang masih ok lagi berbahasa inggeris depa.

Jadi aku tak rasa hanya kerana kita agungkan bahasa ibunda kita masing2, kita terus jadi rugi dan tak reti langsung berbahasa. Kenapa bab-bab ni korang tak bandingkan diri korang dengan bangsa2 lain. Nak duduk sama tinggi dan internasional, tapi perangai tak mo pulak ikut sikap2 org2 internasional ni. Ambik aja contoh dalam negeri, tak nak pulak contohi sikap2 murni jati diri cina dan india. Walaupun masih pertahankan bahasa mereka dinegeri yg mereka berhijrah dan akhirnya jadi warga negara.

Cuba tengok Melayu2 yg duduk hijarah luar negeri. Hancus beb. Semua jadi org putih. Cina, india. walau seantero dunia depa pergi, semua depa bawak dan tak hilang, Itu sebab mereka jadi internasional.

Awat yg beruk sangat takut guna bahasa melayu ni?

Tanpa Nama berkata...

Ye ambil lah contoh cina dan india di negeri kita, walau pun sekolah SRJK, tetap juga boleh berbahasa Inggeris, malah lebih baik dari melayu yg dari sekolah rendah ada belajar bahas inggeris.

Jadi, disini masalah sebenarnya apa, cuba korang fikir?

Tanpa Nama berkata...

Muzium bahasa melayu, lama2 dengan ngko2 duduk dalam muzium. hahaha

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu memang suka ambik jalan mudah.. Tengok siapa yang selalu kena tipu masuk skim cepat kaya? orang melayu... yang dapat kontrak kerajaan dan permit, pastu di alibabakan... orang melayu...

kalau dah tau problem nya., cikgu tak boleh mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris, mesti cari cara untuk selesaikan masalah.. ini tidak.. tukar balik mengajar dalam bahasa malaysia... Dengan teknologi maklumat, banyak benda yang kita dapat pelajari dalam Internet.

Selepas ni, murid di dalam kelas tidak lagi diajar oleh guru. Mereka akan belajar dengan sendiri dan Guru hanyalah menjadi panduan untuk belajar... Anak-anak kita akan ketinggalan kerana tidak dapat buat banyak rujukan dan latihan disebabkan oleh kekurangan kandungan-kandungan disediakan dalam bahasa melayu.

Sayang sekali, ada orang-orang yang lebih mementingkan diri sendiri dari memikirkan anak bangsa.. nak jadi popular..

Tanpa Nama berkata...

Kelas bahasa inggeris yang dipanjangkan waktu dah membolehkan mereka merujuk kepada buku2 reference dalam bahasa inggeris bila mereka diperingkat universiti.

Setakat darjah 1 - 6, mana ada buku rujukan banyak sangat. Kalau nak juga, dalam bahasa melayu pun banyak.

Seingat aku ler, masa sekolah dulu, aku sekolah SRJK aliran inggeris, cikgu aku hari2 cakap bahasa inggeris dengan kami semua. Sebab aku dengar hari2 dan mak aku aku ajar aku (mak aku sekolah melayu aja, bahasa inggeris pun dia belajar dalam kelas, aku pun boleh la tau juga bahasa inggeris ni.

Beza sekolah aku dan mak aku, adalah cikgu aku bercakap bahasa inggeris utk semua subjek tapi soalan kertas ujian dalam bahasa melayu.

Pada pendapat aku adalah penuturan, iaitu bentuk komunikasi, kalau jawab soalan dalam bahasa inggeris pun, tapi tidak dituturkan selalu tak boleh juga.

Kesimpulan, belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris bukan penentu kemahiran berbahasa inggeris.

Mungkin, tadika2 perpaduan dibawah kelolaan Kerajan patut mengajar bahasa inggeris ini diperingkat awal tadika, sama seperti tadika2 swasta yg banyak dihantar oleh kaum2 lain. Ini saja jalan pengukuhan bahasa inggeris.

Tak kisah sains dan maths dijawab dalam bahasa malaysia pun, yang penting berkomunikasi dalam kedua2 bahasa ini, iaitu melayu dan inggeris. Kerajaan tidak salah dalam membuat pilihan kali ini. Saya sokong. Cuma kalau boleh di tadika2 kerajaan juga perlu ada penguasaan bahasa inggeris.

Tak tau boleh terima ke tidak, tapi kalau perlu dalam kertas sains dan maths, diadakan kedua2 bahasa itu. Sediakah menyahut cabaran ini?

/MANTOL/ berkata...

Nik Rahamah,

Nice try but errr I'm from Johor. Yup, I studied obersi.

Goli den cakap owang puteh dengan owang nama Kelantan ni.

Nik Rahamah,

Untuk pengetahuan anda, bahasa untuk berhubung; tidak kira samada bersemuka atau melalui internet mahupun sms, kebiasaannya tidak perlu mematuhi peraturan-peraturan bahasa sepertimana yang digunakan sewaktu menulis surat rasmi atau mengambil peperiksaan bahasa.

Ewahhhh ewahhhhhh. SATU AYAT SATU PERENGGAN.

Cikgu bahasa aku kalau baca, habis dipotongnya. Bukan apa, takut orang macam Nik Rahamah tak paham.

Hehehe aku orang Johor dan tinggal di Johor. Anak kau belajar BM di BB Bangi?

Patutlah. Nik orang Bangi. Bandar Baru Bangi dan Shah Alam memang bandar baru Melayu yang diwujudkan oleh Mat Taib khusus untuk pendatang Melayu. Majoriti pun perangai macam pendatang dah. Dah selesa, Mat Taib diterajangnya.

Kalau tidak kerana Mat Taib, korang tak merasa duduk selesa di bandar. Lu pikirlah sendiri.

/MANTOL/

jess@pu3pulai berkata...

kuda utusan tak aci...boleh undi byk kali....kalau cenggitu, seribu undi pun boleh dibuat...ini undi persepsi je nih....

kuda che det boleh tekan sekali jer...lepas tu die tak bg undi dah...

MANTOL berkata...

"Blogger jess@pu3pulai berkata...
kuda che det boleh tekan sekali jer...lepas tu die tak bg undi dah...
"

Cian u. Mana ada undi di web yang tak boleh tipu. Tanyalah mana2 pakar IT yang bijaksana dan jujur.

/MANTOL/

HeroTamil berkata...

Alahai mantol..
Masa bahasa Inggeris nak cari melayu yang pandai pun susah???

Nko cari kat mana celah tunggul kayu ker?? Celah batu batu ker??

FYKI ..the MALAYS, cream of the cake...awal awal lagi dah kerajaan ambil dan hantar ovesea.

Yep sekarang bila dalam bahasa Malaysia the Malay Rules!!

Bila masa nak cari kerja... bila interview org tanya lain dia jawab lain!!

Mat Sabu n (al-Juburi) berkata...

bengap betul PR ni,

orang bukan nak buang bahasa melayu,

cuma nak ajaq Sains..

ilmu kotemporary banyak dlam english..itu aje..

kalau la ada rancangan Discovery, Natiolal Geographic, Nota2 pakar doktor dlm Bahasa Melayu yg tunjukkan teknologi terkini..tak perlu PSSMI.

bukan nak ajaq sejarah, seni, ugama..

korang tengok IEEE yg latest semua dlm english.
Translator dlm disc. channel banyak yg terjemah lari maksud.

Tanpa Nama berkata...

Miester

tanpa nama dan mantol...dua2 memang bengap...tu je sin..x gune pun sembang banyak2 dengan orng bengap... ko x kan jadi bengap..tapi jadi sakit hati... orng bengap ni takat dapat buat orang skit hati puas lah diorang sin.. jangan layan..

CHAIRMAN KAGA berkata...

KALAH BERMAKSUD KALAH
KALAH LAWAN SATU LAWAN SATU KIRA ADA MARUAH
NI KALAH PIHAK PAS
LAWAN POLIS
LAWAN JENTERA KERAJAAN
LAWAN LINGAM
LAWAN WANG PETRONAS
LAWAN HELIKOPTER AIRWOLF
LAWAN DUIT BERIBU JUTA RINGGIT
LAWAN PARPU YANG TAPIS KOMEN ORANG
LAWAN WAN MALAYSIA
LAWAN PIHAK PENCACAI PUAK united malaysia national organization

TETAPI DALAM PERLAWANAN ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH
ASAL TAK KALAH TU YANG MUSTAHAK
MENANG MAJORITI 5 RIBU TAK TERMAKSUD WAN MALAYSIA AKAN MEMBUBARKAN DUN
KALAH SATU UNDI BERMAKSUD PUAK GEROMBOLAN united malays national organization TELAH KALAH LIMA KALI BERTURUT TURUT KETIKA BERDEPAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG YANG SERBA KEKURANGAN. INILAH HAKIKATNYA

Tanpa Nama berkata...

Apa kebenda nya ni, gaduh pasal bahasa melayu. Selama ni kita sekolah guna bahasa melayu, reference bahasa inggeris ok jek.

Apa ke masalah besaunya ni? Bukan depa suruh tak yah langsung bahasa inggeris, alahai...kalau setakat sains dan matematik dalam inggeris, takde kemananya pun. lagi buat budak fail. korang ni dah jadi mak bapak org ke belum. Kalau belum kawin dan ada anak2.toksah cakap ler. Aku ni cakap berdasarkan pengalaman.

Isu nya sekarang sejak pemebelajaran sains matematik dalam bahasa inggeris ni pencapaian budak melayu khasnya dalam 2 pelajaran tersebut merudum, berbanding dengan sistem sebelum ini. Korang cakap ikut sedap mulut dan rasa aja.

Dah realitinya tak boleh. tak boleh la. Patut pikir lain jalan la pulak. sebab sains matematik tu buat susah kita org yg status sederhana ni nak kejar org melayu yg hari2 cakap omputih kat rumah.

ha ha ha berkata...

He he he he..Sin.

Ni sajer nak cari gaduh..

Hoi..HeroTamil..MatSabu...

Hangpa dulu sekolah ambik MCE ka SPM...Nik Rahimah tak pe pasal dia ambik HSC...aku maafkan...

Ada hang bodoh sains ka pasal belajaq guna Bahasa Malayu...Hang pun dah jadi enginyoq lagi...

Hang tengok dari 500,000 murid, berapa kerat ambik aliran sains? Adilkah bagi PSSMI bagi semua murid..terutamanya kat sekolah rendah...Lagi pun bukan semua yang 500,000 tu boleh dapat kerja baguih. 20% aje yang baguih..yang lain jadi kuli...(Rujuk Pareto Analysis). Yang jadi kuli tak perlu pandai BI pasal Pelabur hanya tengok sama-ada upah mahal ka murah..

Patutnya kita bagi pengukuhan Asas biarlah dalam bahasa Ibunda..bila dah pandai sikit barulah kita ubah sikit...Aku sebenaqnya suka kalau ada libralisasi (bahasa apa nih..ha ha ha..)..Pembebasan kepada guru yang mengajar untuk memilih BI atau BM dan biarlah saolan di buat dwi bahasa terutamanya pada peringkat SPM...

Yang satu lagi aku dok hangin...sebut guna bahasa Melayu..kata Malay Rules...abis hangpa dok kat Tanah Melayu kenalah tahu bahasa melayu..abis kalu dok kat Jepon..guna bahasa Jepon hangpa nak kata Nipon Rules...sekeh kepala baru tahu...Dok kat Malaysia cakap Bahasa Malaysia (dulu Bahasa Melayu di panggil bahasa Malaysia...tapi ade Menteri bangang tukar jadi Bahasa Melayu..bodoh betul..menteri UMNO la tu..).

Sebut pasal Menteri Bodo..nih ..aku cukup hangin..pasal Menteri UMNO lah yang selalu ubah-ubah dasar pendidikan..Mula dari 3M..lepas tu KBSR...KBSM...Pengkeparatan Universiti..last sekali PSSMI..semua gagal..tak ada satupun yang berjaya..Tu sejak masa Musa Hitam sampai la nih Muhyidin..Semua Hampeh...

Last sekali..aku tahulah Melayu yang selalu cakap "IT SOUND STUPID TO SPEAK IN MALAY" risau pasal anak depa tak pass masa UPSR sebab tak paham saolan dalam BM, tak boleh dapat 5A tak boleh masuk SBP (weiiii SBP tu patutnya untuk Orang miskin..hangpa dah senang masuklah sekolah swasta..gila)..ha ha ha ha ha ha..

MANTOL berkata...

Dey HeroTamil,

Yang kau tanya dalam bahasa Tamil apahal. Ekekeke ...

Kebanyakan interbiu dalam BI, tapi keje tak pakai BI pon. Hihihi ...

Tukang interbiu saja nak berlagak pandai cakap owang puteh kunun. Grammar berterabok. No lah. Y so tired one? Tererlah u. Y call eraser, rubber enough lor. Ekekeke

/MANTOL/

Gaji lagilah. Tak macam gaji orang Inggeris. Globalisasi kunun. Gaji taknak ikut negara maju.

Tanpa Nama berkata...

Nik Rahimah dah tak berani masuk komen pasal bahasa dah.

Sekarang cakap omputih gua cakap lu. Itupun lepas dicabar. Kalu dak pakai gek bahasa melayu.

Rasa nak ku lempar aja rahimah masuk laut. Lupa diri.

ali berkata...

aku blajar ISLAMIC FINANCE pun pakai bahasa inggeris....... apa masalahnya?

ex-ROTU

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu, yang ko cakap pasal discovery cenel apa kehey nye yeop!

Orang cakap pasal sains matematik budak darjah 1 - 6..

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong PPSMI dimansuhkan.

Farhan Olskool Fadzarahman berkata...

pelik betol..yg memekak tak suka anak2 diajar dalam BI ialah bukan org yg sedang belajar.P tanyer bdk2 yg belajar tu apa komen diorg.semua hepi bila aku buat tinjauan rawak baik anak aku anak jiran atau anak murid.Bangang betol si janggut panjang tu. muka pun muka tak cerdik langsung.anak cina n india bley menguasai banyak bahasa ni anak melayu cuma tau bahasa sukukaum n bM..bahlol tahap gaban betol la org2 yg minta dihentikan PPSMI>..kalu tak semua anak melayu dapat menguasai bidang ilmu sains tu sekurang2nya dapat pula BInya...tak ker serampang dua mata. terang2 sejak PPSMI dijalankan banyak sek yg sebelum ini keputusan BI teruk sudah mula meningkat. terang2 dapat dua faedah. Kelabu asap punya Melayu .Nasib baik aku JAWA

Tanpa Nama berkata...

ala Farhan kalau betul la anak melayu bijak, biarlah anak melayu belajar bahasa melayu, macam budak cina dan india belajar cina dan tamil, tapi masih menguasai bahasa inggeris.


Ini baru ukuran yg betul ukur bijak.

Masing2 biar belajar bahasa masing2, masa yg sama aquire skill bahasa yg lain. Ini baru bijak.

Kalau marah2 org nak bahasa melayu, tidakkah nampak cam pengkhianat bangsa?

Cina India pun tarak itu macam lorr

Tanpa Nama berkata...

uhmm jawa, padanlah..

MANTOL berkata...

Hehehe Farhan Jawa turun paracut serang Tanah Melayu. Dah lah tak reti2 balik Indon. Lepas kita bagi kerakyatan, dah kaya pandai BI, nak suruh orang Tanah Melayu buang bahasa Melayu.

Sin, kau jual si Jawa ni Sin.

/MANTOL/

MANTOL berkata...

" Farhan berkata...

pelik betol..yg memekak tak suka anak2 diajar dalam BI ialah bukan org yg sedang belajar.P tanyer bdk2 yg belajar tu apa komen diorg."

Farhan lupa lak. Ko tanyer bdk2 tu sekali, apa komen diorg kalau suruh pilih nak pergi sekolah atau nak duit RM10. Ekekeke.

Ada ke nak buat dasar Nasional tanya budak2. hahahaha

Malukan Jawa je la ko ni. Nasib baik aku bukan Jawa. Hihihi

/MANTOL/

Tanpa Nama berkata...

tak payah, ko pun dah kuda tunggangan bn sin kah kah kah. . .

kah kah kah . . . hai la husin kah kah kah.....

Tanpa Nama berkata...

abis anon 12.09, kau pulak kuda tunggangan PAS, PKR dan DAP?

Sama-sama kuda lorr, apa mau bising. Ini macam punya olang pun ada. Sudah takda modal mau cakap, main kuda2 plak ye. hehehe

Tanpa Nama berkata...

tuan husin,

ana ada nampak la satu lagi race kuda dalam berita harian...ruangan rakanbh

hehehe kuda pro muhyiddin kalah jugak sana

- taik kuda

Gomok berkata...

Hoi anon, silap tu

bukan kuda tongangan DAP,

babi tonyok tongengan.

menyondol tanpa guna akal.

Tanpa Nama berkata...

My brother recommended I would possibly like
this web site. He used to be totally right. This post actually made my day.

You cann't imagine just how much time I had spent for this information! Thanks!

Here is my weblog :: http://eating-for-energy.com/hcg-diet-plan-the-truth-about-it/

Tanpa Nama berkata...

Many school cafeterias cater to health conscious individuals by offering fruits and vegetables in their daily
line-up. You can readily adopt a complete training plan that allows you to work
on all of your muscle groups. Eating based on your mood is not the path to healthy
weight gain.

Feel free to surf to my blog ... how to gain
weight for men :: ::