Ahad, Disember 13, 2009
Banjir bukan malapetaka di Malaysia
Bulan dua belas memang boleh layak dipanggil sebagai bulan banjir kerana bulan itu adalah bulan musim hujan monsoon. Kita di Malaysia yang aman dan tiada susah, banjir yang satu malapetaka di negara lain bukan malapetaka.
Di negara lain, nyawa terkorban disebabkan banjir. Korban kerana banjir di Malaysia hanya sebab anak-anak dibiar bermain air hingga tidak terkawal. Di bawa hanyut air matilah bagi yang tidak tahu berenang. Bukan pasal banjir tapi pasal leka mak bapak.
Banjir itu kadang-kadang macam pesta. Orang Kelantan di Kuala Lumpur sanggup balik ke kampung bila mula banjir. Banjir itu satu pesta untuk bermain air, mandi manda dan main perahu. Hari pertama air naik, mereka tak mandi. Air kotor. Masuk hari kedua dan ketiga, air dah bersih untuk berpesta.
Jangan anggap pula mereka yang kena pindah keluar dari rumah masing-masing satu bala. Bukan kesusahan pun. Susah sikit cuma nak cuci rumah sehabis banjir. Jarang berlaku banjir yang menenggelamkan rumah. Ditempat pemindahan macam-macam bantuan makanan, baju dan barang keperluan sampai dari kerajaan dan derma.
Bandingkan susah dan lamanya nak dapat kelulusan sebarang bantuan kerajaan untuk biasiswa, baja, kebajikan, dll, banjir sebenarnya satu rahmat. Kita patut doa supaya kawasan kita banjir.
Mana tidak? Semua bantuan dapat tanpa dipohon dan tunggu birokrasi. Malah kita patut doa dapatkan banjir. NRKA atau KPI Shahrizat dan lain-lain yang terlibat dalam perkara utama Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan dah buat kerja baik.
Asalkan bukan Nik Aziz doakan tolak banjir. Takut apa pula yang jatuh. Jangan-jangan tuhan kasi betul-betul banjir.
Maaf jika terlanjur kata. Yang baik dari Allah, yang tak baik dari DAP, PKR, dan PAS.... hehehehe bukan saya ye.
Wow! Jual jangan tak jual.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
NKRA (National Key Result Area) bkn NRKA.
bertuah orang kelantan, segala segi perkara, peruntukan akan turun mencurah bagai air hujan.
kalau setakat berdoa jer bila nak selesai! ha ha..
salam
terima kasih kerana memberi satu persepsi berlainan (dan benar) berhubung banjir. saya lahir dan dibesar ditrengganu dimana 'air boh' berlaku "with clockwork regularity'. dulu2 banjir memang meriah. benarla some ppl dipedalaman kena pindah randah sekejap, bertenggek di balairaya ke, dewan sekolah ke.. tapi takder sapa mengeluh panjang. kami girl guides & red cross (masa tu) selalu kena kerah masak untuk these banjir victims. seronok walaupun penat..
sebut pasal banjir ni kalau dulu keluarga hamba lah yang pertama kena pindah. Itu baru air banjir jejak anak tangga pertama. Pasal rumah dekat sangat dengan tepi Sungai Pahang. Makanan memang tak putus. Sardin dan Biskut 'banjir' (tawor lemok) memang "feveret". Zaman Reformasi, terjejak kaki ke ceramah BA, banjir tahun berikutnya, rumah dah naik air pun, bantuan tak kunjung tiba. Terpaksa menumpang rumah atuk yang tak naik dek banjir. Mujur juga ada duit lebih jual sekerap sebelum hujan, dapat jugak beli beras dengan ikan masin.
Faktor musim bah, Kelantan mempunyai air bawah tanah antara tertinggi di Malaysia. Kerana musim bah lah, ramai ibu-ibu jadi produktif.
Rascal
tapi banjir kilat adalah malapetaka dari pembangunan kerajaan malaysia...
anon 11.11
jangan salahkan pembangunan negara. kalau takder pembangunan, macam katak bawah tempurunglah hidup kita. banjir kilat sebab mereka yg diamanahkan buat kerja, tak buat atau buat sambil lewa; sungai desilted tak dikorek, sampah sarap clogging drains tak dibersih, littering tak dibendung... t's the tindakan susulan yg tak memuaskan..
rascal
ngaku saja orangkelantan adalah orang paling pengotor. itu salah sebab bah selalu di kelantan.
menunjukan pas adalah parti yg mnegamalkan gaya hidup pengotor dan tidak ikut ajaran islam.
politik pas pun ikut kotor dan sesat menyalahguna memutar hukumislam.
Suatu malam aku dapat panggilan dari seorang kawan, katanya kat rumahnya berlaku banjir. Jadi aku offer apa-apa yang patut, aku tanya berapa kaki kat rumah hang banjir, teruk ke?, taklah teruk sangat cuma 4 kaki saja, ha 4 kaki sampai kat mana tu? kat dapor ke, hang tau teruk juga sampai kat atas! atas mana? sampai kat atas katil aku saja ...
- tgmusang
tgmusang,
hahahahahahahahhahahahaha
Tuan Hussin..
Tempat kami ulu selama, banjir bleh mengecilkan hati orang...yelahhh kat tempat lain cth :-Telok Intan dan Bagan Serai dapat gak wang banjir 300, siap masuk tv...tempat kami biskut kering + beras 5kg...Lain kali kalau taknak bagi semua tempat jangan masuk tv...oghamg tak kecik hati.
Md Saad
Catat Ulasan