Selasa, Februari 23, 2010
Kementah sasar akreditasi tertelus bagi pertahanan negara
KUALA LUMPUR: Kementeriaan Pertahanan akan mengambil pendekatan terbuka dan telus dalam urusan pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid dalam kenyataan akhbar ketiga bulan ini berkenaan operasi harian kapalselam menjelaskan sebab Kementah perlu lebih kerap membuat kenyataan akhbar sesuai dengan amalan komunikasi korporat dalam pentadbiran korporat (corporate governance).
Katanya lagi, ini penting kerana Kementah berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Amalan keterbukaan yang diamalkan dalam syarikat awam perlu diadaptasikan.
Pada tahun ini, Kementah akan menitikberatkan pengurangan kos operasi dan meningkatkan perolehan melalui sumber-sumber baru seperti penjualan maklumat pertahanan dan penambahan nilai untuk enjin-enjin skrap.
Zahid turut memberitahu Kementah perlu mengemaskini media massa tentang perkembangan dalam operasi pertahanan negara untuk menaikkan keyakinan pelabur.
Menurut Zahid, kapalselam KD Tunku Abdul Rahman baru selesai menukar minyak hitam pertama sebelum ujian pertama baru-baru ini.
Dia akan mengumumkan operasi mencuci daki dan lumut dari badan kapalselam yang dijadualkan untuk bulan Mac.
Ditanya wartawan mengenai aspek rahsia dalam operasi pertahanan, Zahid tidak bersetuju.
"Saya rugi kalau mengikut amalan tradisi Menteri Kementah. Tanpa sebarang kenyataan-kenyataan akhbar, orang ingat saya tidak buat kerja. Kepimpinan perlu ingat saya ada Phd dalam bidang komunikasi massa," kata Zahid.
Tambah Zahid, "Orang politik yang sentiasa berpolitik perlu sentiasa bercakap. Lainlah kalau saya sibuk bekerja."
Zahid memberitahu bahawa dia telah meletakkan sasaran untuk mendapat akreditasi untuk Kementah sebagai operasi pertahanan negara yang pertama dalam dunia yang mengamalkan ketelusan sepenuh.
"Biar musuh tahu apa tentera kita buat."- Agensi Husin Lempoyang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
35 ulasan:
Puh ... menusuk sindir kau husin.
baik2 nanti zahid hamidi hantar gangster macam dia bedal amir bazli
Nasib Menteri Pertahanan Yahudi tak telus macam Malaysia, sampai Kapal Selam tak boleh menyelam pun orang awam boleh tahu. Musuh negara tak perlu upah perisik kerana semuanya orang dah tahu. Malang nasib rakyat Malaysia dapat menteri macam ni.
h...tinggi ilmu ayat ko sin,....
Sin,
PKR sleeper in the BN bed..........
Nik Rahmah
Sin,cito sikit tentang komen presiden cuepec: sekarang ramai perempuan kek ateh,lelaki kek bawah.dulu lelaki kek ateh
abanglatipgontam
teringat aku cerita Si Kitol - orang yang menjual Melaka kepada Portugis.
teringat aku cerita Si Kitol - orang yang menjual Melaka kepada Portugis.
Si Kitol yang sanggup jual negeri sebab nak pangkat ke tu ?
isk isk isk
Sin, bila otak biul ko tu free free nanti cuba ko calon calonkan....mulakan dengan ayat "Calon calonnya ialah...Untuk kategori Pemimpin Politik yang Paling Lawak ialah....
Ko jangan lupa favourate aku seperti Samudin dan Zahid ni...Aku sanggup berabis duit undi sms nak menangkan dia orang ni..
ah..kitol kitol tak main la..budoh punya budak ko nak sebut2 selalu buat ape? tak de hasil
buka minda, buat sesuatu yg positif utk diri sendiri, pastu utk ugama, bangsa & negara..
jgn berfikiran kebelakang..baru hidup ini bermakna..
polotik..politik..liwat..liwat..politikk...politaik..politaik..last-last makan taik..
blogger2, jgn hanyutkan pengikut2 kamu dengan cerita2 picisan..buang masa la brooo, berjam2 mengadap komputer takde pekdahnya
kerja..fikir..kerja...fikir..innovatif..kreatif
Akudahboringgggggggggg
ni lah da[pat menteri bangang.,..akal kaldai...ni nak jual negara lah...kasi cantas lah si bangang nie...
"Biar musuh tahu apa tentera kita buat."-
ayooo... telus sangat kena gelak dengan Spore le jawabnya.
tibai sama dia Sin..ntah apa punya menteri..habis dlm kain mau kasi tau.
bila dah bagitahu salah, tak bagitahu salah, sebenarnya kalau zahid tak bagitahu pun rakyat akan tahu jugak, sbbnya apa, blogger2 yg nampak mcm prihatin kpd negara ni sentiasa akan membongkar segala isu yg berkaitan dgn kerajaan ni, seronok sebenarnya bila org ramai2 dok buka blog dia,mungkin naiklah rating blog dia, takyah zahid nak pening bongkarkan, aku ambil contoh je dalam youtube tu, mcm2 dah org dok bongkar pasal kerajaan ni, takyah nak sentuh menteri lah, sebelum zahid keluarkan kenyataan yang mengatakan ada dalang yang menyibarkan rahsia sulit pertahanan negara, aku dah jumpa dulu dalam youtube dan blog yang membongkarnye, sebagai contoh gambar video askar2 kita, gambar alat2 perang kita, gambar jentera2 kita, gambar kapal2 kita, sebenarnya yg menulis dok ngata zahid bongkar tu pun tak sedar yg dia sendiri tengah membongkarkan rahsia kepada org, dia fikir yg baca dia punya blog tu org kita je ke, ingat org luar tak boleh nak baca ke, betul ke yang bagi komen dan cakap ni org yg prihatin atau rakyat yg prihatin kpd negara, pada aku penulis blog ni sendiri bukan seorang yg prihatin kpd negara, sebab dia adalah pembangkang negara, jadi bila sebut pasal pembangkang, dia adalah penghasut, penghancur, pelaga, pemfitnah, pengacau dan paling penting pada mereka suka mencucuk dan membuat isu, bila sesuatu isu yg dianggap hangat, penulis blog pula akan sibuk dan berebut2 nak keluarkan isu tu dlm blog dia, siapa dulu yg keluarkan org akan ramai2 g baca blog dia, mungkin niat dia membongkar sesuatu isu itu bukan kerana niat yg baik untuk membantu atau menegur atau memberi cadangan yg baik kepada kerajaan, tetapi lebih kepada niat nak menghasut rakyat.. bukan nak bantu perbetulkan kerajaan pun..kalau dah dalam hati tu sentiasa tak pernah nak senang dgn apa yg org dok buat, apa yg mereka buat semua betul..kerajaan cakap dan buat semua salah dan tak boleh pakai, cakap pandai, buat tak reti pun, tengoklah apa dah jadi pada beberapa negeri yg dibwh pembangkang, makin hancur aku tengok, inilah padahnya bila sokong pembangkang, padan muka korang, rasakan sendiri, diorg ni ajak kelahi, bersorak, berdemo sukalah..buat kerja haram tak pandai pun, cari kesalahan org je pandai..buat keje masing2 lah..takyah nak sibuk ngan keje org..gaya mcm pembangkang tu dah lengkap semuanya..kalau betul nak tegur dan perbetulkan takpe jugak, bagilah cadangan dan pendapat yg baik2, ni tidak!!! maki hamun dan cakap yg bukan2..adakah itu dinamakan sebagai prihatin!!!teruskan perjuanganmu zahid, siddiq, amanah, tabligh, fatonah..
Tanpa Nama ni pencacai zahid. Tulis pun tak pandai.
Anti-Zahid ni pula pencacai siapa? siapa dok bayar dia suruh dok anti2 org ni? dia bekerja untuk siapa dok anti2 org? jawablah kalau berani...
apa dok anti2 orang ni. dapat pahala ke kalau mengata dan mengumpat orang....tegur le dengan bahasa yang baik. tak rugi kita orang melayu ni kalau guna bahasa yang elok2. saya rasa malu bila melayu memaki melayu. melayu menghina melayu...kerana yang bertepuk tangan dengan kuat adalah orang lain...kita tahu memang sapa saja org biasa atau pemimpin buat silap.Yang tak buat silap Rasulullah S.A.W sahaja. bagus juga saudara tegur zahid supaya dia jangan melatah lebih2 sangat.
Usin
Kereta kebal Spore boleh menyelam lintas Selat Tebrau pun depa senyap aje
Ni Kapal Selam tak boleh menyelam,
Zahid nak cerita in detail
- apa motif dia ek
lepas ni, apa juga yg berkaitan pertahanan negara jgn dok sibuk tanya itu tanya ini, sebenarnya bila dah tanya dan dikeluarkan pada umum, mesti kena jawap, bila dah jawap akan kata pulak membongkar, tak jawab kena tuduh pengecut, kesian aku tengok menteri2 kita ni, jadi serba salah, nasib baiklah diorg ni kuat semangat dan kuat mentalnye, aku harap semua menteri2 ni diberikan kekuatan dan ketenangan dalam mentadbir negara dengan penuh ketelusan dan keikhlasan dalam bekerja..InsyaAllah Allah sentiasa bersama orang2 yang benar..itu memang jelas telah termaktub dalam al-Quran
Yela, telus pun..takkan nak cuci pun kena habaq..pikir la sikit kesan dan akibat...
Abis, kalau semua kena telus, nampaknya pakai spender ajerla kita yek.. Takkan gitu sekali yop!
Agak2 ler. Bior nampak macam org yg berpikio skit.
Betul betul betul kalau pun telus kena dedah semua, takkan sampai telanjang..
kan malu yg nampak, semua kurap, tahi lalat semua org tu..
Lepas ni telus pun kena ada takrifan ni..
Macam ni KPI jatuh beb. Salah buat kerja.
Aku pun tak paham lah dgn Si Zahid nie..dia nie keje utk siapa agaknya ya..
Kalau tak silap aku dia nie dulu kawan baik si BABI tu kan...
Mungkin ada udang disebalik meeee kottt...
Pikir-pikirlah sendiri....
Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.
Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin
Usin Lampoyang
You ada Phd ke/I ni menteri ada Phd.dan I ada banyak idea..Ha.Ha.
Lebih baik jual infomasi tentera dari jadi tukang Godam(kata orang Kedah)
mmg sebenarnya korang ni tak puas hati dgn si zahid ni, aku nampak korang jugak yg dok cocok sampai dia jadi bogel tu, tapi kenyataan dia tu belum bogel lagi, baru buka butang je..jangan cepat nak menuduh dan menuding jari pada org lain..
Aku setuju dgn pertanyaan Tanpa Nama berkata...
Anti-Zahid ni pula pencacai siapa? siapa dok bayar dia suruh dok anti2 org ni? dia bekerja untuk siapa dok anti2 org? jawablah kalau berani...
12:13 PM
Anti Zahid apasal senyap, jawaplah!!!
dapat dosa jelah dok tak habis nak fitnah org...
Sin, aku rasa kuncu2 dan pasukan Anwar dah masuk blog kau..
Mungkin blog engkau salah satu antara banyak2 blog yg dorang nak ligan..maklum dorang kan nak cari supporter ramai2 buat bersihkan nama nuar...zahid tu sebenar penyokong nuar bro...
Dari komen2 yg marah kau pasal zahid ni..kau boleh tau tahap keakraban.. Kira satu liga la tuu...
Aku pun tak berkenan Khairy dan zahid tu ada dalam barisana depan UMNO..
Takde ke ura-ura nak digantikan dengan yg lebih berkaliber?
Pertahanan Negara nak masuk bursa saham, tak perna dibuat dek org beb!
Hancus! Hancus! Org koporat mana boleh pegang tentera..
Tak kena gaya. Falsafah berlainan tu.
Hussin
Peguam Nizar Mulut Bolong pun ada masuk Sin !!
Tak puas hati...
Udahlah tu Yeop. PRU 13 sok kita tengok. Rakyat betul betul nak ke Nizar atau Nizar yang hendak ke Rakyat.
Peradapan dan kelakuan Nizar mencurigakan.. bagi mereka yang berfikir.
Kementah nak tubuh pasukan helikopter tempur. Agak2 helikopter tu ada enjin ke tidak?
Tuan Hussin,
Masalahnye si UMNO ni pun satu. Pilih pemimpin yang otak macam udang..!
Zahid dan Hisham, dua orang pemimpin yang cukup masalah merupakan Naib Presiden UMNO! Orang No.3!
Kalau nak hentam, hentam sekali perwakilan UMNO yang pilih mereka!
sepatutnya sape yg pandai komen dan cakap ni, biar dia lah jadi menteri..macam bagus sgt..
nama aje local fighter...perangai macam abu sayap..tak de duit culik orang...dpt duit beli bedil dok tembak sama sendiri...local fighter ni tak dapat jadi perwakilan UMNO ke atau kalah tanding...tak laku di bahagian kot itu sebab nampak kekawan jadi perwakilan dok dengki...pasal tak dapat salam berisi...udah tu dok pi salahkan pewakilan salah undi...tak kan beribu pewakilan tu tolol belaka..tentu yg tolol org yang tak jadi perwakilan...menteri2 ni betanding tentu pandai2 belaka.yg local fighter dok dengki orang pandai pasal apa...kan baik ramai melayu pandai dalam semua bidang...bukan pandai berkato-kato ajo...NATO...(no action takl only)
Bermatian nampaknyer si pencacai zahid mempertahankan bos nyer. Dia punya komen pun sepesenn jerk.
Takut sangat kena kritik. Hahahaa
Dah macam raja lawak la pulak. Si usin pun, bukan bogelkan zahid, tekan butang jer. Itu pun melatah ker? hehehehe
Bagus sin, aku suka lawak ko! Hahaa. Berani buat, berani la tanggung (bukan tonggeng). Baru rock!
Catat Ulasan