Khamis, April 21, 2011

Orang Sarawak di Kuala Lumpur


Blog ini telah agak lama tidak dikemaskini kerana husin berada di Sarawak selama dua tiga minggu. Mengambil iktibar dari pengalalaman di PRU Sarawak, Husin ada satu cerita yang sesuai.

Ini mengisahkan mengenai nak empat orang anak muda Sarawak yang belajar di Kuala Lumpur. Seorang itu anak muda darah campuran Melayu dan Melanau, seorang anak muda Cina, seorang anak muda kaum Dayak dan seorang anak muda kaum-kaum pendalaman yang dikumpulkan sebagai orang Ulu.

Ini kira satu persahabatan yang menggambarkan keharmonian kaum di Sarawak.

Sebaik mereka selesai belajar, mereka berempat bersetuju untuk bekerja di Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman.

Anak muda Cina itu dari anak orang kaya. Dia menawarkan rakan-rakannya duduk bersamanya di kondominium kepunyaan ayahnya di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Mula-mula masing-masing tidak selesa untuk duduk di tengah bandar. Ada yang nak rumah sebuah dan bukan kondominium yang terletak di tingkat 35. Ada yang nak kawasan yang lebih hijau. Setelah dipujuk anak Cina agar mereka lebih pragmatik, semua setuju dan mahu duduk sama-sama.

Masing-masing dapat kerja dan kedudukan kondo itu sangat sesuai untuk mereka pergi balik kerja. Masing-masing pula selalu balik malam. Setelah enam bulan, masing-masing punya kereta pula.

Satu hari mereka balik dan lift pulak rosak. Susah untuk mereka balik ke kondo. Setelah menunggu beberapa jam, lift masih belum dapat dibaiki dan anak muda dayak mencadangkan mereka semua naik tangga.

Mula-mula rakan-rakannya enggan naik. Kata mereka jauh sangat nak sampai ke atas.

Anak muda Iban itu memujuk. Dia kata dia biasa panjat bukit dan masuk hutan pendalaman yang kauh. Untuk hilangkan rasa takut dan hilang semangat, mereka selalu bercerita mengenai benda baik-baik hingga sampai ke tempat yang dituju.

Semua setuju untuk cuba. Mula-mula anak Melayu Melacau menceritakan mengenai riwayat hidupnya hingga berjaya dapat belajar Universiti dan kerja sebagai eksekutif.

Kemudian anak orang Ulu pula cerita riwayat hidupnya di Tanah Tinggi Bario dan menghadapi cabaran kesusahan masa zaman persekolahan.

Anak cina menceritakan kesungguhannya mahu belajar di Kuala Lumpur saja walupun ayah ibunya mahu dia ke Australia.

Akhir sekali dan hampir ke tingkat 30an, anak muda dayak punya giliran untuk bercerita. Dia kata dia tak da cerita baik. Dia cuma nak beritahu sesuatu saja.

Rakan rakannya tertanya dalam panik, "Apa dia?"

"Rakan-rakan, saya dah tertinggal kunci rumah dalam kereta. Nampaknya kita kena turun balik ke ground floor...."

Itulah dia. Asyik cakap benda baik saja, akhirnya terlupa bersedia.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husien! Husien! Kau memang lawak! :D

hilbert berkata...

Salam tuan,

eh, yang tak baiknye di sebut Melayu Melacau.. hahaha...

kesilapan teknikal keh? :))

Quantum Metal Consultant berkata...

Sekarang ni dayak, iban dan melanau guna lift atau naik tangga kalau lift rosak.

Si cina tu dah naik roket, bapa dia yang kaya di sarawak pun sekeluarga guna roket.

Tak lama lagi si Melanau tu kena pindah, sidayak dan iban mungkin ikut si cina naik roket.

Tanpa Nama berkata...

Cerita ni macam Dato Badaruddin cerita, tapi vision dis lsin sikit.

Yang penting HL simpulkan cerita ini, cerita jangan yang seronok ajeeee...
Kena cerita dukalara, tersongeng jadinya.....

jebat berkata...

Salam, Hang Husin.

Cerita ko ni kurang sikit

Kurang GARAM !!
Lain kali but cerita yang cukup lemak dan MASIN !!

Baru KAO KAO !!

Untuk perhatian !! Lift di Kndo Mewah Jarang Rosak.


Kalau Lift di flat memang ya !!

Termasok Flet SRI SERAWAK !!

Kalau nak tau tanya DATO' JJ (di TV3)
DAN DATO IY (di RTM)
yang empunya Kondo SAYANG SERAWAK !!
Jangan tinggal lama lama nanti di CUri Orang (untuk DHLempoyang )

Tanpa Nama berkata...

BN ssarawak dalam in denial. Akhirnya baru hadapai kenyataan.

Jangan anggap thinsg will never happen to you,

Dot berkata...

pak usyin,

apa akan jd dgn BN Sarawak?

kalu betul yg lain2 lompat katak, pbb kena tikam dari belakangla jawabnya!!! inilah orang klate kata..make gu wei!!!! menang tas tiket BN, tapi pr yg untung..mana ada etika, kan pr kan?

wah! kalau kita kata mcm ni mau mengamuk hulubantat2 pr=pas=pkr=dap nanti! mrk sentiasa betul walaupun buat kerja jijik...rampas mp BN! kalau betul la..memang itu kerja mrk kan? hambat & cuba beli mcm pr buat dgn mp2 yg ke taiwan ari tu!!...

Tanpa Nama berkata...

4 setengah bintang.

jebat berkata...

Salam Sin,

3 1/4 (tiga suku ) bintang untuk BN Serawak dan kuncu kuncunya !!!

Jumpa lagi PRU 13 Nanti , Insya Allah.

Terongpipit berkata...

Tahniah TS Taib Mahmud diatas kemenangan PRN Sarawak. Insya'Allah jika TS mahu bersara pastikan pengganti TS dapat meraik sokongan 100% dari PBB.

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Kenapelah "BN" nih bagi pembangkang sket kosi, kate nak biar ade suara pengimbang kat dewan nanti...

Kalau dah 2/3 "BN" dapat, pembangkang ni macam melukut ditepi gantang lah nampaknye. Nampaknye kene keje kuat la lagi..bile nak dekat PRN nanti datang lagi ye ke SERAWAK...Buat mase sekarang balik la dlu,bagi orang "BN" Serawak mentadbir...hehehehe

mohamed berkata...

Sdr jebat

3 1/4 tu bukan tiga suku...itu 13 suku...banyak tu...

Tanpa nama @ 12:46 PM "BN ssarawak dalam in denial" denial kepala unta!!! kau.

Parti dibawah Pimpinan PEHIN Seri menang bergaya...Dalam system democrasi kalau kumpulan minority tak songkong bukan bererti kekalahan.

Pegilah...