Rabu, September 14, 2011
Penang Char Kuey Tiaw original
Ramai orang tidak tau bahawa kuey tiaw Pulau Pinang yang original dijual kosong tanpa telor dan isi-isi lain seperti udang.
Masa dulu, orang Cina yang mahu makan kuey tiaw dengan telor akan bawa telor untuk digoreng bersama dari rumah. Pada orang luar, mereka ingat orang Penang pelokek atau terlalu berjimat.
Lama kelamaan jadi kebiasaan pula kuey tiaw dijual dengan telor, udang dan dengan daun kucai. Itu dinamakan Penang Char Kuey Tiaw.
Sejak tahun 2008, orang ramai mula meminati cara asal Penang Char Kuey Tiaw disediakan tanpa telor dan isi-isi lain. Terlalu panjang untuk pembeli buat order dengan menerangkan mahukan Penang Char Kuey Iaw tanpa telor.
Lalu direka jenama baru untuk Kuay Tiaw yang disediakan cara asal sebagai Penang Kuey Tsu Koon. Fahamlah orang ramai dan penjual maksudnya sebagai Penang Char Kuey Tiaw tanpa telor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
Banyak botul cerito2 hal tolo skrg nih ....!
Memang tengah HOT botul - ado tolo...takdo tolo....
ha ha ...
kasi char kuey tiaw kosong, satu.
atau kasi char kuey tiaw jantan satu
Boss Johor mali Char Kuey Tiaw Amran satu :)
dok tunggu komen dari 'mata-lembu shah alam' yg bangang tapi uummpp
Di Bandar Tenggara Johor pun ada makanan lama yang sudah dimodenkan
Nasi goreng kampung dulunya juga tak ada telur, cuma ikan bilis, bawang, belacan dan cabe rawit...
maklumlah orang kampung kan susah masa tu
bila orang melayu dah ramai yang berduit, maka nasi goreng kampung ditambah telur bagi menampakkan perubahan.
Bagi mereka yang gemar makan nasi goreng kampung yang asli yang tak ada telur mereka akan minta Nasi goreng Hamaran! !!!!
di parlimen sembrong pun mungkin ada makanan kosong tanpa telur. sesapa yg rajin berjalan cubalah siasat....
nai mai nasi goreng hisamudin 1~
Salam Tuan Husin,
kat Sembrong tak de ke kuey tiaw macam tu hehe...atau kat Padang Rengas... Rase2nye kuey ghani patail ada kena sebut haha
Woi Pakcik Usin,
Camane ek..rase char kuey tsu koon yang takde telor tu yek? Rasa-rasanye bukan kat Penang je yang ade char kuey tsu koon takde telor..kat Perak ada laksa Pak Nazrey tanpa telor..kat NS ada bahulu Pak Raeh takde telor..kat Kelantan ada laksam Pak Brahem takdak telor..kat Johor ada mee bandung Pak Hisham takde telor..kat Pahang ada kuih najik tanpa telor..Buku resepi makanan- makanan ni boleh didapati di kedai buku Petaka Ameno Sdn Bhd tingkat 38, PWTC, KL terbitan Big RM Publisher dengan harga 24 ringgit tunaiii.
kt pematang pauh lak lain,ado pasembok spesel.....pasemboq nih ada tolur duo biji tesombul siap satu batang torung bakaq panjang dan bengkok.Nama paksemboq nih 'Pahsemboq Paknon a.k.a "pahsemboq Paksheikh DKK"....
Assalamualaikum sein
Maksud ko?
Char kuey tiaw=Koh tsu kon=kosong la ekk.
Bijak bijak, tapi tak sampai ati klu nk makan.
Pssstttt...wei Najib denga kang dia marah...hehehehe syyytttt.
Assalamualaikum sein
Bukan ape, inilah masenya Melayu kt penang tu bersatu dan dan bila menang mitak la orang Melayu jadi KM. btul tak? nk bia kt cina tapi hapah pn dia tk bagi kt orng Melayu.
hahahahahhahaha
char kuey tak de telur tak pe.. bukan Koh Tsu Koon tak de telur, takut saama guan eng.
Tak de usaha nak tawan semula Penang. Asyik mengepit dengan Datok Najib Je.
Terpaksalah UMNO seorang diri terjun ke medan
patut ds najib buang je daki2 peninggalan bedolla tu..
kue teow
passemboq
nasi goreng kampung
apa2 lg yg bau2 bacang ngn dia
ada pun menyemak mata ja...
Harapnya rakyat sembrong akan mewah makan telor dengan kedatangan wakil rakyat baru.
Tiga tahun tak rasa makan telor. Asyik makan hati aje.
Kuey tiau penang sekarang tak da telor tapi diganti dengan lidah biawak.
Takde lidah biawak, lidah lim guan eng pun sama rasa
mcm kuih baulu pak lah, xda telur...
Catat Ulasan