Sabtu, November 26, 2011

Kehebatan luar biasa seorang Haji

Gambar berhenti bermiqat di Bir Ali, di luar Madinah dalam perjalanan ke Mekah

Alhamdulillah, Husin sudah kembali ke tanah air. Tengahhari semalam pun dah dapat makan ikan asam pedas dan ikan patin tempoyak.

Sehari dua ini, kami asyik tidor saja. Baru tahu betapa penat kami. Maklumlah selama lebih 45 hari, kami banyak berjalan, tidor tidak menentu dan makan minum pun tak menentu.

Jadi bila kami tidor terganggu oleh keluarga yang datang berziarah, itu perkara biasa.

Ada seorang ahli keluarga yang datang yang agak Tok Lebai memberi nasihat. Dia kata mabrur atau tidak haji seseorang banyak bergantung kepada pembawaan apa yang dilakukan di Mekah dan Medinah ke dalam hdup kita di sini.

Pembimbing ibadah kami, Ustaz Badrul pun ada kata.

Dia kata, "Kita tidak boleh lakukan banyak perkara apabila dah haji... "

Ini Husin tak setuju tapi Husin diam saja.

Tok Lebai itu kata, "Apabila kita dah Haji dan Hajah, kita jadi contoh dan ikutan ramai."

Baik, yang ini Husin setuju.

Dia sambung, "Kita dah di kira orang tua, maka banyaklah kita tak boleh lakukan."

Husin mencelah, "Tapi Tok Lebai ...."

Tok Lebai bertanya, "Tapi apa Tuan Haji?"

Lain macam saja bunyi dipanggil orang sebagai Tuan Haji.

Husin jelaskan, "Sebenarnya lagi kita dah Haji, lagi macam-macam perkara kita berupaya lakukan dan kita harus lebih berani mencuba dan meneroka benda-benda dan pengalaman-pengalaman baru. "

Tok Lebai memberi respons macam tak setuju, "Hmmm ...."

Husin menerangkan, "Kepada kebanyakkan Haji dan Hajah, mengerjakan Haji adalah amalan yang baru. Kita melakukan amalan ibadah yang tidak pernah di lakukan. Kita mengalami tempat dan budaya baru. Ianya seolah-olah kita telah melepasi garisan psikoloji baru ..."

Tok Lebai mengangguk seolah-olah bersetuju.

Husin sambung, "Lagi pun Tok Lebai, sesiapa yang sudah mengembara dari Medinah ke Mekah, berjalan-jalan dalam Masjidil Haram dan bandar Mekah, dan mengililingi kaabah dan berjalan dari Safa ke Marwah ....

"... dengan hanya memakai tuala tanpa memakai seluar dalam bisa lakukan pelbagai benda baru."

Ketawa sekeliling orang yang mendengar. Ada pula mencelah, "Nasib tuala kau tak lucut depan kaabah ... satu dunia dapat lihat melalui laman Live Kaabah."

Lagi terbahak-bahak kami ketawa.

Husin meneruskan, "Eh jangan lawak. Kawan Husin pernah hampir terlucut depan Kaabah pasal ada perempuan Nigeria terpijak kain ihramnya. Pasal kain ihram di pakai terlalu rendah."

Terbahak lagi kami ketawa.

Husin menyimpulkan, "Maka itulah hebatnya mereka yang sudah mengerjakan haji."

Tok Lebai geleng kepala tak sangka sudut itu yang Husin boleh lihat.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin

Anwar yang tak pernah pergi haji lakukan perkara sama dalam bilik hotel.

Tanpa Nama berkata...

Selamat kembali Husin. Semuga haji mabrur

PARPUKARI berkata...

Selamat Kembali Tuan Haji Husin Lempoyang!

Nasib baik mike punye ihram tak terlucut ya...he he he

mohd noor berkata...

Selamat kembali Tn Hj, Diharap dapat menulis lebih banyak pengalaman semasa berada ditanah suci. amat menarik dan boleh dijadikan panduan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulliah, Sdr. telah selamat tiba di tanahair.Didoakan semuga Allah memberi ganjaranNya keoada sdr. Hussin. Saya teringat seorang kawan bertanya , kenapa bila kita mengerjakan haji kita bubuh HAJI diawal nama kita? Sahabat2 Rasul tak guna pun haji diawal nama mereka.Kita tak pernah sebut Syidina HAJI Abu Bakar Al Sideq, Syidina HAJI Osman, HAJI Umar dan lain2 lagi.Rasul Junjungan kita pun kita tak sebut Nabi HAJI Mohamammad s.a.w
Kata sahabat saya tu lagi, kalau kita nak bubuh haji kita kena bubuh semua Rukun Islam di awal nama kita.
Contoh yang kawan saya sebut: Mengucap, Solat, Puasa, Zakat dan HAJI HUSSIN..

bRAVEhEART berkata...

Salam,
welcome back tuan! ~ bh

ummi68 berkata...

Tido sahaja Tn Hj?..macam bayi tu..tanpa dosa seumpama bayi baru lahir..hehe gurau saja Tn Hj HUsin

Tanpa Nama berkata...

selamat kembalik Tuan Haji Hussin.

Haji Lempoyang berkata...

Selamat kembali Tuan Haji Hussin mudah-mudahan dikurniakan Haji mabrur

Tanpa Nama berkata...

Tuan guru NIKE AJISS dah berapa kali
haji dan umrah,tak berubahpun...,malah boleh kawan dengan iblis pulak ya,,
tepok kepala tanya kepiah jawabnya piteh.... haaaaaaaaaaa yaaaa.

Hj Makmor berkata...

Hj Hussein.

Salepas naik Hj.saudara kena pula naik Hajjah.Jika tidak hj tak lengkap.

Tanpa Nama berkata...

kubur kata mari sin ... apa ko nampak baru sket

Tanpa Nama berkata...

Moga ALLAH memberkati Tuan Haji dengan Haji yang Mabrur.

AMIN.

We missed you.