Rabu, Mac 20, 2013
"Tarikh penamaan calun, pilihanraya ditentukan hari ini"
Pagi tadi, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan hari ini akan diumumkan tarikh hari penamaan calun dan pilihanraya .
Dengan ini berakhirlah spekulasi bila Najib akan bubarkan Parlimen. Spekulasi Najib nak bubarkan Parlimen hari ini kedengaran sejak beberapa Rabu lepas ketika Najib mengadap setiap pagi Rabu untuk brief Agong akan perkembagngan terbaru kerajaan.
Akhbar turut melaporkan parlimen sudah dibubar dan tarikh penemaan calun ditentukan hari ini. Baca laporan Utusan Malaysia berikut:
Hehehe ... tak sabar sangat nak tahu tarikh pilihanraya, kena kau. Akhbar atas akhbar 2008.
Husin dah tak kuasa nak tahu tarikh pilihanraya. Sejak November 2011, asyik menunggu pilihanraya umum bulan depannya setiap bulan..
Sementara acara Najib mengadap Agong setiap pagi Rabu asyik mendapat perhatian, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim pun turut tak mahu kalah.
Dia pun tak renti asyik mengadap Sultan ....
.... Anwar mengadap semua Sultan Sulu.
Wow! Pasti ramai yang dia mengadap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Heheheh ... Anwar pun PM.
Masa 916 dia angkat sumpah depan gambar agong
Kalau tipu, Husin yang tipu. Baca balik posting lama-lama Husin
Pasal dia nadap sultan tu le Doll ngh-dap dia ....
Catat Ulasan