Isnin, Oktober 28, 2013

Mardi perlu cipta padi klon biru la ....


"Kau tengoklah sekeliling Sungai Limau ni.

"Pemandangannya ... saujana mata memandang semua hijau," kata Husin pada beberapa rakan yang mengeluh penat berkempen.

"Tulah pasai ... Jangan dok marah Pemuda UMNO tak buat kerja langsung"

Konon pertahankan Pemuda UMNO yang tak nampak langsung menjalankan sebarang kerja di PRK Sg Limau. Masih seronok menang atau sedih kalah di pemilehan UMNO kot.

Sampai ada menyebut  Khairy boikot PRK Sg Limau takut Mukhriz menang Naib Presiden tahun 2016.

"Biaq pi la ... depa nak besaqkan telor dan bazirkan ayaq mani di Danok."


Seorang rakan di pejabat UMNO,  Hazrah terperanjat melihat sesetengah tempat yang begitu taksub dengan PAS. Sampai Wanita nak masuk kempen kena tahan. Bendera dan kain rentang kempen BN mereka buang.

"Benih dan baja dalam guni biru. Bila jadi padi dan keluar hasil, tetap hijau," katanya.

"Lepaih tu kata BN tak tolong dan PAS perlu ambilalih kerajaan baru nasib mereka terbela. Padahal orang macam YB Amiruddin dilayan bila bawak kes-kes yang memerlukan pertolongan dan bantuan kerajaan."


Sambil menunjukkan ke arah beberapa rumah yang agak daif, rakan tu berkata, "PAS dah lima penggal di sini. Sebelum ini, PAS mentadbir negeri. Malah Sungai Limau kawasan Menteri Besaq.

"Bukan nak ungkit yang dah tiada, tapi jentera PAS boleh bantu mereka. Ini dok ceramah sana sini dan dok cari salah saja. Tu pun depa percaya PAS."

Husin letih dengar ceramah perdananya.

"Tu lah UMNO ... janji lah syurga. Habuan jauh lebih besaq dari baja tapi tak payah kasi lani."

"Abang Husin ni ... orang cakap serius tapi dia dok buat lawak," Hazrah membalas.


"Senang saja jawapan, Hazrah," Husin kabarkan Hazrah.

"Hang suruh Menteri Besaq baru hang minta Kementeriaan Pertanian arah Mardi buat kajian dan buat padi klon warna biru. Maka birulah tempat ni ...."

Wow! Jual orang pun keluar dari kemiskinan,

7 ulasan:

Sudir berkata...

Kalau boleh tukaq padi jadi biru aku namakan Padi Husin Lempoyang, pasal ni idea ko.. Ok tak..

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha..kena tuang Nila bagi Biru

usin berkata...

cuba check penyelidikan mardi sebelum pru13 tempohari. dengan mencampurkan satu tong besar nila kedalam baja padi, beras yg akan keluar berwarna biru. akupun heran kenapa sampai la tidak dikomersialkan.... takut orang pas berenti makan nasik kot.....

Tanpa Nama berkata...

Beras biru cap Husin lempoyang.....Wowwwww ! kikikikikik

hah! berkata...

"Tu lah UMNO ... janji lah syurga. Habuan jauh lebih besaq dari baja tapi tak payah kasi lani." Ini kenyataan yg benar....inilah kelemahan UMNO duk janji pembangunan saja, rakyat dah makin cerdik. Rakyat nak dengar hujah agama.....UMNO pun hebat hujah agamanya, tapi tak mahu guna takut orang kata mempergunakan agama utk politik! Ini macam takut guna payung masa hujan takut payung basah!

jebat berkata...


Tuan Haji Husin,
Salam takzim,

UMNO banyak bergantuNG kepada teori-teori ilmiah yang dikeluarkan oleh ahli akademik_ 2 + 3 = 5 , 2 x 3 = 6.

Tapi mereka lupa teori rohaniah : bila sakit sakit ringan baca ayat-ayat tertentu boleh lega.

Disinilah beza nya.

Selagi UMNO tak menyedari hakikat ini. Selagi itulah takkan dapat mengatasi pengaruh PAS.

Dalam beberapa hal pendapat ahli kademi juga TAK BOLEH PAKAI.

Tanpa Nama berkata...

Macam pendapat pakar nuklear Pas, tak boleh pakai, pendapat Mahfuz juga yang diterima.