Selasa, Jun 10, 2014

Khabarnya Makcik Maimon dah kursuskan jentera kempen


Ya ... orang kata dua minggu lepas, Makcik Maimon sudah jalankan kursus kepada jentera kempennya.

Sementara itu, PAS pun sudah nak 'rewind' hukum UMNO kafir, mahu jalankan hukum hudud di Kelantan tapi UMNO halang, dan nak bina negara Islam.

Ustaz Kazim kata ini petanda ...


... macam lagu raya. Bila tidak raya, tidak dengar lagu raya.

Hudud lagu bila nak musim pilihanraya. Ada desas desus akan ada pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kerana ada berita baru tersebar:
Kuala Terengganu 10 Jun - Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disini hari ini.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi.

Berita lanjut akan menyusul.
Khabarnya Raja Baharin kelihatan steady dan senyum saja di Parlimen tadi. Bila ditanya dia menafikan khabar angin. Namun esok mungin ada PC pada pukul 11 pagi.

Lagi pun, adakah sebaik sudah diisytihar bankrup, tiada lagi bantahan dan dibenarkan bayaran ansuran?


Barulah faham kenapa Raja Baharin tiba-tiba jadi aktivis Amanah Terengganu.


Kemudian itu, masuk PAS untuk tanding Kuala Terengganu. Masa kontrak masyuk untuk anak raja ini, diam saja dia ....

Wow! Lagi untung diam-diam dari masuk politik

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila projek masuk sokong BN
Bila projek tak masuk sokong pas

Kita gak yang melepas sin....