Khamis, November 12, 2015

Ahli-ahli anggota "Council of Elders"


Kenyataan Tawfik Tun Dr Ismail yang dilaporkan The Malaysian Insider sini mendedahkan hasrat Tun Dr Mahathir untuk bawa satu gagasan baru dalam pentadbiran negara.

Selain dari perlu menjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan rakyat melalui Parlimen, PM dikehendaki dengar dan seharusnya terima nasihat "Council of Elders".

Kata Mahathir, beri panduan dan nasihat yang berlainan. Maka bolehlah dijangka nasihat orang tua-tua ini adalah mereka yang lama makan garam.

Walaupun orang sekarang jaga kesihatan dan kurangkan makan garam, dipercayai pengalaman boleh elakkan yang masih makan garam dari buat silap.

Mereka boleh belajar dari kesilapan yang lepas dan kejayaan yang lalu dalam menghadapi cabaran baru yang tidak pernah dilalui mereka.

Tidak kiralah orang dulu hanya makam garam biasa berbanding dengan pelbagai macam garam seperti KI, seasalt, kosher salt, organic salt, celery salt, garlic salt, herbal salt, dll yang diguna sekarang.

Siapa pula mereka-mereka yang lama makan garam, banyak buat kesilapan lepas untuk beri panduan, dan bakal anggotai majlis tersebut?

Menurut penganalisa politik akhbar The Star Joceline Tan di sini, ahli-ahlinya terdiri dari "Mahathir, Tun M, Chedet, Marina’s dad, Mokhzani’s dad, Mukhriz’s dad, Mirzan’s dad and Siti Hasmah’s hubby".

Wow! Ramai itu ...pasti terselamat kita

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe mmg cukup sinis! mamak tu sbrnye nak jd PM balik je nak kuasa..tpmalu2 nk ckp direct tp tunggulah sikit hari lg..dia akan ckp terang2.. org nyayok ingat2 lupa.. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Pecayalah sangat dengat the star yg tak berbintang tu.
Kepunyaan MCA tapi berita hampir 100% anti-BN dan pro-DAPkm.
Herannya MCA sokong akhbar mereka ni.

Akhbar yg selalu nak pecah belah kan org melayu

Tanpa Nama berkata...

6.45

Saya yakin 8 ahli2 tu tak akan pecah belah

Tanpa Nama berkata...

ada orang dia tak suka TPPA tapi sebab dia under payroll najib, dia diam. dia tak suka most cabinet ministers and their stupidity tapi sebab dia under payroll najib, dia diam. dia tak suka najib chemolot dengan cina, tapi sebab dia under payroll najib, dia diam. dia tak suka big business domination style, tapi sebab dia under payroll najib, dia diam.

dia tau jasa TunM banyak, tapi bila TunM against najib dan sebab dia under payroll najib, dia maki hamun TunM yg naikkan najib.

apa jenis orang macam ni? munafik? lu pikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah manusia.

Ada orang bila dah dikaburi masa gemilang yg lepas susah nak terima realiti hari ini.

Bila terlalu idolakan seseorang, tak nampak pembohingan yg dah begitu jelas. Diterangkan pun dia akan cari alasan untuk menafikan.

Dikata hebatnya bina bangunan, jalanraya, kilang dll. Seolah2 satu lesen besar untuk lajukan pembohongan, kerosakkan dan menabur fitnah. Padahal sendiri pun lebih besar kekurangan dati tuduhan yg ditimbulkan tapi belum sahih lagi. Kerja bina begitu kontraktor boleh buat.

Susah orang dah berkuasa nak lepaskan kuasa. Tambah lagi orang lama susah nak hadapi perubahan. Dunia dah berubah. Cabaran lain dlm dunia global village. Cara lama hanya sesuai dimasa silam. Terima hakikat bahawa masanya sudah berlalu dan negara perlu beredar ikut zaman.

Setakat hanya upaya hujah guna anggapan dibayar tu baik balik sekolah sambung balik di mana akhir anda tinggalkan.

Tiada yg munafik tiada dibayar ... hanya itu saja orang ilmu terhad berupaya berbicara

STEADYAKU47 berkata...

Saudara...pinjam untuk blog saya...tqs :http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com.au/2015/11/council-of-elders-mahathir-tun-m-chedet.html

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang tidak sedar akan realiti.semasa

Tanpa Nama berkata...

Madey tak sedar masa dia dah berlalu. Cara dan stail polisi dia dah tak.sesuai.

Jgn cakap demi agama bangsa dan tanahair. Ia terlalu klise dlm realitu politik atau realpolitik.

Maka mesti ada ulterior motive disebalik dia mahu berkuasa dan kuasai pm melalui council of elders.

Tanpa Nama berkata...

Masa Madey memang dah berlalu. Tetapi kenapa semua masaalah sekarang diletakkan keatas orang yang telah 13 tahun bersara?

Tanpa Nama berkata...

masalah semua bukan saja diletakkan keatas org yg dah 13 tahun bersara.
masalah turut diletakkan pada semua orang dari bayi hingga kepada org yang hampir mati.


Tanpa Nama berkata...

Tawfik ni politik pun tak menyerlah ...meniaga pun kalau tak kena tolong ..melingkuplah jugak ...yg hebat arwah bapak dia je ...dendam dia kat Mahathir ni dah lama dia pendam ..masa nilah dia nak lepas geram ....Kalau pun Mahathir ni dah tak boleh diterima ..nasiblah dia bongkar hal Najib ...kalau tak ..sapa pun tak tau dia apa yang dia dah buat ....nak harap org macam kita ni bersuara ..tak sampai se jam ..polis datang kutip ...council of elders ni as check and balance with no executive powers ...apa salahnya ..daripada ada menteri yg ada sekarang ni yg akur dengan boss ..sekurangnya hak rakyat terpelihara ...sesiapa jadi pm pun kenalah amanah dan kerja utk rakyat ...taklah buat suka hati mak ayah dia ..

Tanpa Nama berkata...

Komposisi 'majlis penasihat' tentunya bukan nama yang sama kalaulah PAKATAN yang MENANG. Ini kerana masakan PAKATAN akan terima pesara dari parti lawan jadi 'penasihat' meskipun asalnya adalah sepusat dan sepusing. Justeru pilihan yang ada ialah setiap pihak pilih kuorum masing-masing. Alternatifnya ialah pemilihan terbuka bagi jawatan tetap, tidak berpencen tetapi boleh diwarisi.

Tanpa Nama berkata...

Council of elders joint with council of rulers.. mayb lbh baik
Tp nnt mappadulung daeng mattimung karaeng sonrobone boleh masuk dlm list x?kikiki

Tanpa Nama berkata...

Bekas kepala penyamun gaduh dengan kepala penyamun .. ahli2 persatuan penyamun masih sokong kepala penyamun. Hebat permainan urang UMNO ni ...

awang batuburok berkata...

Dalam politik masyarakat islam Malaysia khususnya di luar bandar, ada dua khurafat yang sangat besar yang membantutkan pemikiran politik umat islam/melayu dalam negara kita....

Khurafat 1 - Kepercayaan bahawa hanya UMNO/BN yang layak dan mampu memerintah Malaysia.

Khurafat 2 - Kepercayaan bahawa hanya PAS yang memperjuangkan islam. Orang Islam yang tidak bersama dengan PAS adalah sesat dan rosak pegangan islam.

Nampaknya kedua kedua khurafat ini akan menjadi satu gabungan khurafat perpaduang.....

Tanpa Nama berkata...

Betul...musoh dlm selimut akbar the star. Aku berhenti membeli lama dah.

Tanpa Nama berkata...

Ketiga gabungan khurafat parti kau dgn limkomunis...tolongkop la kau personally mintaNya.