Jumaat, Januari 15, 2016

Dibuat orang


Orang Melayu kononnya sudah moden dan maju. Sepatutnya tidak lagi percaya benda ghaib, sihir dan bomoh lagi, tapi tidak, masih lagi percaya dan ada amalkan.

Bukan kata Husin tidak percaya, sebab Nabi Muhammad pun diriwayatkan disihir. Cuma tidak mahu bincang sangat dan percaya dalam hal yang lebih tahyul, khuarafat dan temberang dari benar.

Sepatutnya, dengan hutan sudah banyak ditebang dan kita dalam zaman sains dan telnologi, cerita kuasa-kuasa ghaib ini sudah tidak masuk akal.


Maaf kepada pentaksub dan boss lama, Tun M.

Nothing personal and it is only politics. Husin tidak faham kenapa Dr Mahathir yang kita tahu orang rasional, seorang doktor dan negarawan perlu buat kenyataan (atau kias atau sindir) mengatakan Najib disihir Rosmah.

Politik memang tiada had dan halangan, halal dan haram, dan fitnah pun dikata kebebasan bersuara, tapi tak akan sampai merendahkan maruah diri, main isu peribadi dan nyatakan sesuatu bertentangan dengan pendirian peribadi yang ramai ketahui.

Suka hati lah Labi ... lebih-lebih nanti dikatakan makan dedak. Padahal Husin makan unta, naik kereta dan suka bersuka ria. Berbeza pendapat, pemahaman tentang isu dan prinsip.

Nak jatuhkan Najib, jatuhkanlah. Sampai masa semua orang jatuh. Belum sampai masa, tak jatuh juga. Allah tentukan, jangan melebihi kehendaknya. Dan jangan percaya bomoh yang berkuasa.

Cerita Datin Seri Rosmah main bomoh dan katanya kuat sihir bukan baru.

Husin dah dengar gossip begini sebelum kebanyakkan orang kenal Rosmah pun. Pada akhir 90an Husin dah dengar cerita seperti dalam video pasal Rosmah.

Peliknya cerita yang Husin dengar dulu kata perempuan itu dan anaknya kuat main bomoh dan dadah, tapi dalam video, si emak yang muka macam nenek kebayan dan si anak tuduh pula Rosmah kuat main bomoh.

Susah nak percaya cerita-cerita bomoh.

Husin sudah ikut orang jumpa macam-macam bomoh, dari yang orang kita ke keling termasuk orang Asli. Saja nak sedapkan hati yang berkenaan. Selalu akhirnya Husin akan rasionalkan lepas semua bomoh-bomoh ini tidak ada membawa penyelesaian kepada masaalah, kesakitan dan apa lain yang dihajat.

Kebanyakkannya hanya cerita ikut apa yang si bomoh cerita. Mana kita nak tahu betul atau tidak, temberang atau benar? Teringat arwah Tompel temberang jadi bomoh dalam cerita Bujang Lapok, si kepala gangster main percaya.

Jika boleh nampak, baru Husin percaya.


Haaa ... macam gini ni sah, memang mustahil tidak dibuat orang.

Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Caya kat MK tu lg kurafat.

Tanpa Nama berkata...

Salah tu HL...gambar bawah sekali tulah dibuat org, takkan binatang kot...keh3

Tanpa Nama berkata...

Begitukah tafsiran anda?
Yang Tun kata RM tu ringgit kot bukan Rosmah!

Tanpa Nama berkata...

KAh kah kahkah....

LKY datang jumpa Rosmah terus saja Najib bagi tanah Melayu di Tajung PAgar , Singapura. LKY pandai baca.

Tanpa Nama berkata...

Husin...ko cuma tengok kesalahan tun m jer....ko tak nampak ke sin...1mdb..jho low...etc...kemana mata hati ko sin....

Quantum Metal Consultant berkata...

sihir itu ujud tetapi izinnya datang dari Allah juga. Sesiapa yang syirik ada hukumnya.

Begitu juga yg menyeleweng dalam 1MDB, kena percaya ada berlaku, ganjarannya sedang menunggu.

Sin jual unta lebih untung dari jual orang.
1MDB jual harta untuk bayar hutang, semua orang kena jual (klentong)

Tanpa Nama berkata...

Ala Sin oii..jgn melampau dan loqlaq, nanti hang mai Alor Staq, kepala hang mungkin kena putaq. Masa tu baru hang tau kecut ketaq. Tok sah hang dok putaq sangat.Bak mai hang habaq sat..RM2.6 billion duit hutang tu mana dah lesap? Atau hang memang tak sedaq2?