Khamis, Februari 04, 2016

Ketua tidak boleh salah cakap ... naya

Letih cerita Kedah.

Walaupun geram dan dendam masing-masing masih membara, syukur ianya tidak berpanjangan macam di Selangor. Maka sedikit humour untuk sejukkan hati semuga kita belajar sesuatu dari cerita ini.

Ada seorang ketua kampung yang hobinya memelihara burung.

Pada suatu hari kesemua burungnya hilang. Dia begitu marah dan mahu cari burung-burungnya lalu dia kumpulkan penduduk kampung di stadium. Dua ribu dipanggil tapi adalah hampir 200 penduduk datang.

Sambil mengangkat i-phone 6 terbaru, ketua kampung bertanya, "Siapa ada burung?"

Semua lelaki yang hadir terus berdiri

Ketua kampung tersedar yang cara dia bertanya salah lalu dia tukar soalan, "Bukan burung itu maksud saya. Siapa pernah nampak burung?"

Semua wanita bangun berdiri.

Ketua kampung bertambah marah. Kenapalah dia orang bodoh sangat tidak faham maksud aku? Dia baiki lagi soalan, "Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?"

Setengah wanita berdiri.

Gugup ketua kampung. Apa hal ni?

Lalu dijelaskan lagi, "Maaf skali lagi... Maksud saya adalah, siapa pernah tengok burung saya?"

Lima orang wanita berdiri.

Terus segera ketua kampung bangun lalu lari lintang pukang kerana isterinya yang duduk sudah bangun dan berlari kearahnya.  

*Nama Ketua Kampung dirahsiakan*.

Oleh itu, jadi pemimpin jangan salah cakap, terutama di zaman Internet dan smartphone.

Jangan cuba tutup masaalah sendiri. Jangan heret orang lain untuk tutup salah sendiri. Jangan ingat orang tidak tahu.

Wow! Husin suka terus terang. Jual orang lagi untung dari jual unta

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Tok Ketua Kampung kena masuk kelas Bahasa Malaysia ni miahaha

-SSR Putrajaya