Jumaat, Julai 15, 2016
Mahathir KETUMBAR, Khairuddin pembancuh kopi
Kisah percutian hari raya di Pulau Phuket yang di dedahkan RPK kini terungkai.
Dalam satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam, Tun Dr Mahathir mengumumkan pakatan pembangkang baru akan ditubuhkan yang melibatkan DAP, PKR, Amanah dan satu lagi parti baru yang akan ditubuhkan.
Pakatan ini usah disamakan dengan Saksama, satu lagi pakatan pembangkang untuk Sabah dan Sarawak pula. Saksama tidak mahu Pakatan Harapan masuk Sabah dan Sarawak.
Parti baru itu akan dipimpin oleh Mahathir. Nama tidak ada, kepimpinan tidak diketahui lagi dan ahli tidak tahu berapa banyak tetapi hanya disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Mukhriz dan Dato Shafie Apdal akan turut serta.
Ia merupakan suatu penyelesaian politik. PKR tidak boleh terima masuk Mahathir. DAP tidak mungkin akan disertai Mahathir. Amanah nafi Muhyiddin diterima sebagai Presiden dan Ketua Pembangkang.
Cara demikian sesuai dengan tujuan PKR, DAP dan PAN untuk lupakan sementara kisah yang lalu bagi mem"bantu" Mahathir jatuhkan Najib.
Mudah PH tendang parti baru ini bila dapat kuasa. Ia suatu situasi sama seperti PAS terajang tepi S46 sebaik saja dapat kuasa di Kelantan. Hingga hari ini PAS sudah pegang Kelantan hingga mantan Presiden S46 pun baru umum persaraan.
Setelah acap kali dimainkan Mahathir hingga beberapa bulan lalu masih dimainkan, Eloklah anak raja tersebut berhenti dijadikan kuli..
Walaupun dikompang sebagai Selamatkan Malaysia, belum ada apa-apa pembaharuan atau agenda untuk negara yang sudah dipersetujui dan akan ditawarkan.
Parti baru yang ditubuhkan secara bidan terjun ini pasti akan memikirkan halatuju dan agenda untuk disesuaikan dengan ideologi-ideologi parti-parti pembangkang lain yang begitu bertentangan antara satu sama lain.
Namun parti baru yang akan ditubuhkan untuk penting untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO. Mahathir pasti puashati kerana dapat kembali berkuasa sebagai Presiden parti dan akan dapat tubuhkan "Council of Elders".
Muhyiddin yang malu alah boleh kekal sebagai Timbalan Presiden. Shafie kekal juga.
Muhriz boleh kekal dalam kelekaaanya untuk terus menjadi pengantin dan turut tercapai cita-cita untuk jadi Ketua Pemuda. Malah, Dato Ibrahim Ali pun boleh bersorak dapat platform baru untuk tanding Pasir Mas.
Parti baru yang akan ditubuhkan telah dicadangkan Dato Nazri Aziz supaya melantik Khairuddin Hasan sebagai pembacuh kopi rasmi. Ini sesuai dengan keperibadian lembutnya dengan mulutnya yang celupar macam pepek wanita.
Difahami dari sidang akhbar semalam, Mahathir nyatakan dia tidak akan bertanding tetapi akan ketuai pakatan pembangkang baru ini.
Ini lain sedikit dari dari peranan mantan Ketua Umum (KETUM) untuk PKR dan pakatan pembangkang sebelum ini. Dato Seri Anwar Ibrahim ada bertanding dan dipilih menjadi wakil rakyat untuk Permatang Pauh tetapi tiada jawatan rasmi dalam PKR.
Elok benar peranan baru Mahathir dinamakan Ketua Umum Baru (KETUMBAR).
Wow! Hidup (lagi) Mahathir!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Bila Hady, LKS, Mahathier, AnWar dan Mat Saibu duduk keliling satu meja ... council of elderly satu realiti. Bersesuaian dengan gambaran yang diberikan, sebuah negara tua dan councils menepati bidalan 'bagai pinang di belah dua'.
Tun M bekas PM sebelum Pak Lah.. Pak Lah rilek je..
Nk buat mcm mn sin.
Dulu panglima islam merangkap pahlawan bugis kata jgn main tuduh2. Tunggu laporan audit keluar.
Laporan siap kena OSA plk.
Justo seleweng fakta.
WSJ fitnah.
SR pulak menipu.
Yang jujur pulak kena sorok. Xle baca.
Dulu depan kaabah husin doa apa yek?
Dimurahkan rezeki ada?
Terlupa nk sebut halal haram ye dak?
Biarlah mereka untuk mencuba nasib. Berpolitik adalah kerana untuk membangunkan negara tetapi puak2 ni jelas sangat semata-mata nakkan kuasa.
Bagus jugak. Ada check and balance. UMNO pun tak bolih buat sesuka hati dan parti baru pun tak bolih sesuka buka tembelang mengikut lagu " Kita Serupa"
Dgn kuasa tuhan bn/umno boleh tumbang walaupun tanpa parti baharu Mahathir..
Husin - baik punya masuk....
Sah khairuddin budak bancuh air
Terima kasih banyak-banyak abang Anwar
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/07/15/terima-kasih-banyak-banyak-abang-anwar/
Catat Ulasan