Khamis, Mei 25, 2017

Sebab geli-geli, marahkan orang gemuk



Orang marah Tun Dr Mahathir hina orang gemuk dan sudah mati ....

Memang tidak patut buat begitu:



Tun sokong Tan Sri Muhyiddin yang telah berjasa dan menyokongnya tetapi isterinya pun gemuk.


Adakah Tun akan U-turn dan kata penyokong pun musuh sebab isteri gemuk?


Maknanya, PPBM tak suka orang gemuk jadi ahli.


Betul tak, Tun?


Janganlah marah, nanti kena jual. ISA sudah tidak ada untuk penjarakan orang sebarangan.

Entahlah ... Tok Det ni awat marah saja. Sampai orang dah tiada pun masih lagi diserang.


Marah anaknya ...

Rasanya Tun bukan marah orang gemuk, dia hanya geli-geli ...


Opps ... silap eja. Geely sebenarnya. Tidak ikut cakap dia dianggap geli-geli.

Geli pun betul sebab dari mula ada orang geli dan bangkang percubaannya bina industeri kereta Proton. Masaalahnya tidak akan habis, susah nak berjaya untuk negera kecil pasaran sedikit dan pasaran eksport yang mencabar.

Sebenarnya Tok Det berjaya bina industeri kereta melalui polisi paksa orang beli, tahan kereta lain masuk, dan naikkan cukai jenama lain. Sambil itu, jajalah ianya seolah-olah kereta Malaysia padahal kereta Jepun.

Puluh tahun kemudian dan setelah banyak masyuk, barulah ada Waja yang sebenar kereta Malaysia. Seronok SKVE jual sparepart sebanyak 3-4 kali harga biasa.

Geli melihat penipu yang tidak bermoral. Lagi geli, melihat orang tua yang sudah tidak sedar diri meroyan. Orang sudah tahu tipu helah kamu ...


Cukuplah dok meroyan-royan ...


Wow! Geli gelama lihat pentaksub tak kritis fikiran

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Take yah sensitive sangatlah labu