Sabtu, Jun 09, 2018

Mat Maslan ROTFL #RinduMatMaslan


Berita ini betul.

Mantan Timbalan PM dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta kini Menteri Dalam Negeri untuk kerajaan baru PH berkata demikian.


Husin membayangkan Mat Maslan ketawa terguling-guling atas lantai tak tahan sakit perut.

Dulu dia dikutuk dan diperbodohkan kerana kata-kata yang sama. Kini pemimpin kerajaan PH pun kata benda sama.

Seeloknya Salahuddin Ayub yang sebut. Mungkin dia akan pergi menoreh getah bersama rakyat. Pagi Petang Siang Malam Subuh Senja.

Pasti penyokong PH akan kata Muhyiddin UMNO totok dan terikut skrip sama masa dalam BN. Tunggu saja sebab khabarnya Atok dah nyawa-nyawa ikan hingga munta tolong PPB dan UMNO. Lantaklah politik....

Sebelum PRU, penyokong PPBM berkata, "Tunggu PRU, tahulah kita" setiap kali gagal mengartikulasi pandangan dan terbatas keupayaan berhujah. Kini tagline mereka berubah pada sore loser. 

Eh ... jangan gitu. Kami memang dah kalah. Mestilah sore atau pedih. Antara mereka-mereka yang menyebabkan kalah, senang-senang undur saja. Nak kata apa dah itu cara ambil tanggungjawab kerana kekalahan.

Namun ia tidak mengubah keadaan. UMNO mesti mainkan peranan pembangkang yang baik. Lim Kit Siang yang cakap PH perlu check and balance.

Bila dah jadi kerajaan, mereka yang dok kata tunggulah dan sore loser perlu pertingkatkan kebolehan. Kerja kami dah jadi lebih mudah.

Sebagai pembangkang, tugas kami adalah menghasut ... 😁😁😁😉

Wow! Menunggu LGE balik China, masak nasi goreng SST 10%



5 ulasan:

Shah berkata...

Serupa Jangan makan kangkong & naik basikal takut nak isi minyak

Tanpa Nama berkata...

Lain sin.

Menteri BN kata ayam mahal jangan makan ayam.
Meteri PH kata sayur mahal tanam sayur sendiri.

Menteri BN yg berkata pasal sayur ni yg perdana.
Sayur kangkung turun harga tapi rakyat xnk puji beliau

Tanpa Nama berkata...

hahaha... umno perlukan rafizi + hisammudin rais ... dua ekor ni punya hasutan setan pun serender. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Betul. Tugas pembankang adalah membangkang dan menghasut kecuali yg melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara(keRAJAan dan bukan Pemerintah spt Anwar selalu gunakan dahulu)

Tanpa Nama berkata...

Jika tggl d flat nak tanam d mana? Dlm pasu2? Serai n daun pandan dan pokok2 merebak tak boleh tanam dlm pasu2. Klau ada balconey nak kena letak penyidai baju2. Bagi idea lebih lagi..