Sabtu, Disember 29, 2018

Azmin nak naik PM 2019 atau lambat lagi?


Dari 2014-15, Husin dah tahu dan ikuti pencak silat politik Tun Dr Mahathir untuk naikkan Azmin sebagai PM.

Kononnya strategi yang diguna adalah 'game changer' yang berakhir dengan Anwar tidak jadi PM pengganti dan terjadilah UMNO 3.0, BN 2.0, Azmin PM dan Hishamuddin TPM.

Semua dah susun dan sebaik Anwar dan Lim Kit Siang mulakan serangan, terus diumum deklarasi perang.

Azmin memang cari pasal untuk kelahi dengan Anwar. Mula budak-budaknya persoal perlantikan jawatan oleh Anwar. Lalu Nurul dan beberapa yang lain mengalah.

Ingatkan Azmin tahan brek tapi rupanya dah timbulkan isu tersebut secara terbuka di Mesyuarat Agong PKR dan isytihar perang ke atas Anwar.

Jika Azmin sudah tersedia, boleh Mahathir pencen bila-bila masa.

Begitu deras Mahathir dan Azmin bertindak macam awal tahun depan dah boleh serahkan kuasa pada Azmin.

Tapi Azmin serang dulu dan akan keluar kenyataan setahun lagi.


Lama lagilah Atoq. Lepas tahun 2020 atau habis kan penggal 5 tahun kikiki.... 😆😆😆

Wow! Awat gopoh na... terdesak?

1 ulasan:

kopiradix berkata...

Hussin pembangkang ka ni