Kawan Husin, bekas Pengerusi PPBM sebuah negeri menghantar video keretapi lama.
Katanya ini adalah video susah dapat keretapi pertama di dunia pada Desimber 24hb 1809, 210 tahun dahulu!
Husin kata menarik sambil tertanya-tanya. Ketika itu, wayang sudah ada ker belum?
Tiba-tiba kawan Husin tambah, ini keretapi bersatu. Husin hanya menjawab dengan senyuman.
Keretapi bersatu atau Bersatu?
Ingatkan dia nak beretorik konon Melayu kena bersatu dan bersatu bawah PPBM dengan Atoq sebagai kepala keretapi.
Sebenarnya PPBM ni parti yang sungguh mengelirukan. Perlembagaan tulis jelas Presiden ketua dan urus parti, tapi Pengerusi untuk Mesyuarat Agong yang penentu segala-gala.
Kawan Husin tidak lagi Pengerusi dan agak marah cara dia dihentikan. Masa 2017-2018 lagi, main sukahati Presiden tukar ketua-ketua Penaja hingga pecahbelah parti.
Rasanya kawan Husin menyindir PPBM yang masih tidak lancar dan lucu urus tadbir parti dan politiknya.
Mungkin juga dia anggap PPBM umpama situasi kaldai yang berdiri menyekat landasan. Bila engkar tak mahu dialih, boleh alihkan landasan.
Semua boleh 'adjust'. Hahaha.... Akhirnya masuk terowong, keluar semua muka comot hitam berceloreng.
Tunggulah bila Atoq takde. Penggantinya boboi. Berduyun nak balik semula. Yang lompat ke PPBM, konon kata menyesal. Entah iye ke tidak?
Wow! Simbolik kereta Bersatu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan