Begitu juga dengan peminat video politik. Mereka tak minat nak tahu siapa penerbit atau pengarah atau paling tak dipeduli, pengedar.
Video politik Semburit di Sandakan pastinya menang anugerah video politik terbaik kerana pelakun utama ngaku, muka begitu jelas, parut diperut nampak, dan berakhir sudah sebuah impian.
Pastinya tak menang video kisah MB bantu graduan nak sangat rasa hidup berkahwin tapi tak cukup duit kerana GST.
Seperti juga academy award, tak siapa yang minat nak tahu yang bertanggungjawab telah menyebarkan, dan menyalahgunakan media sosial.
Tak kiralah polis dah dapat kenalpasti dan sudah serah kertas siasatan pada pejabat pendakwaraya, tetapi dua kali diminta cari bukti lain untuk kukuhkan kes.
Kononnya ada sebuah NGO dan ahli politik terlibat sebagai dalang. Ada pihak sudah buat ramalan pula.
Orang ramai hanya nak tahu siapa pelakun-pelakun terutama supporting "actress" yang menerima cumbuan dan tujahan pelakun utama.
Hairan kenapa lama sangat nak tahu kesahihan video seks sejenis itu. Lambat benar makmal SKMM buat laporan untuk polis.
Media Australia dah laporkan video itu asli. Cuma dikhuatiri itu skrip. Mungkin, dalang yang hantar ke makmal di sana untuk sahkan awal-awal.
Wow! Sejenis lagi terbaik dari MB bantu graduan memerlukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan