Khamis, November 07, 2019

#ApaLagiMauTipu: Menteri PH konon tolong rakyat


Ketika PRK seorang Menteri PH pun turun ke kampung. Lalu rakyat pun dikerah berkumpul kerana Menteri mahu bertanya apa yang mereka mahu.

Setelah penduduk berkumpul, Menteri pun berkata, “Saya Menteri PH. Kami bukan macam BN. Kami tak rasuah. Kami amanah lagi jujur. Kami kerajaan yang ada kemampuan tunaikan janji. Pembangkang tak ada kuasa. Sekarang apa yang kamu semua mahu?”

Ketua Kampung pun bersuara, “Terima kasih jenguk kami YB. Kami sangat hargai. Kami hanya nak mintak tolong selesaikan 2 masalah saja YB...

Yang pertama, kami ada klinik tapi takde doktor."

Menteri pun menggelengkan kepala. “Teruk betul BN. Buat klinik tapi tak ada doktor. Sebab tu tuan-tuan kena undi PH,” ujar Menteri.

Menteri segera mengangkat handphone dan membuat panggilan. Kedengaran Menteri bercakap kuat-kuat, “Penduduk kampung ni tak ada doktor! Saya tak peduli! Esok pagi saya nak ada doktor mula bertugas di klinik ini! Kalau tak...saya akan ambil tindakan! Jangan main-main dengan saya!”

Kemudian Menteri PH mematikan telefon. Dia berpaling kepada penduduk kampung dan beritahu bahawa masalah selesai. Esok, sebelum ayam berkokok akan ada seorang doktor bertugas di klinik di kampung ini.

Hidung menteri kembang kempis sambil bertanya lanjut, “Apa pula masalah kedua?”

Ketua Kampung hanya tersenyum kelat...
Kemudian beliau berkata, “Masalah keduanya YB...kampung kami ni langsung tak ada coverage handphone. Semua Telco takde bar.”

Demikianlah cara Menteri PH menyelesaikan masalah rakyat ketika PRK. 😝

Kredit: Uncle Clement Woo

Kopipes Nabeel Naqie


2 ulasan:

tokwancha berkata...

Kisah ni bUatkan aku teringat cerita masa prk Lunas dulu. Ada sorang yg sekarang dah jadi menteri dari PKR masa sebelum bagi ucapan dia pesan pada kawannya supaya call dia masa dia sedang bagi ucapan.
Sedang dia berapi2 bagi ucapan, kawan dia call. Diapun mintak izin kpd penonton dan jawab dengan kuat. Macam terkejut beruk. Lepas tutup hp dia pun terus cerita call yg dia terima tadi bagitau ada bas yg bawa pengundi hantu. Dia dah suruh ambik tindakan. Dan yg penting dia dapat tuduh BN yg buat kerja ni.

tarantula berkata...

terbaeeeek