Gambar dari ihsan laman blog Pezul
Para Pengguna yang Budiman
Perkara: Penggunaan Identiti Anonymous
Kami memohon maaf kerana memberhentikan siaran perbincangan sebentar untuk menyampaikan satu pengumuman.
Dengan banyak sekali komentar mengenai isu-isu tertentu, kami menghadapi masaalah kekeliruan beridentifikasi dari banyaknya penggunaan identifikasi anonymous. Ini tidak menggalakkan interaksi sesama pengguna.
Pihak pengurusan telah mengambil khidmat Blogspot.com yang telah kami terbangkan dari Perth untuk bertindak sebagai konsultan penyelia sistem di pejabat kami di Cyberjaya.
Bagi membantu pihak pengurusan dan memudahkan identifikasi sesama pengguna, mereka telah memberi beberapa cadangan. Antaranya, para pengguna diminta mengurangkan penggunaan identiti anonymous dan meletakkan nama samaran untuk komentar-komentar.
Blogspot.com mencadangkan diikut cara-cara dalam gambarajah di bawah:
Hanya klik pilihan identiti "Name/URL" dan isikan nama samaran pilihan anda. Dalam contoh diatas, nama samaran adalah "Dolah Badawi".
Jika anda inginkan hyperlink kepada nama samaran anda untuk menarik pengunjung kelaman web anda, sila isikan alamat laman web anda atau organisasi anda di dalam kotak di bawahnya.
Merujuk kepada gambarajah, alamat laman web organisasi bagi "Dolah Badawi" adalah http://www.sleepfoundation.org/. Komentar anda akan kelihatan seperti berikut:
Kerjasama amat dihargai sekali.
Pihak pengurusan sentiasa peka dengan kehendak pengguna dan sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan menjual orang sentiasa dipertingkatkan mutu jualan.
Untuk kembali kepada perbincangan "Hindu Sangam sajalah uruskan Kelas Fardhu 'Ain", sila klik di sini.
Sekian. Terima kasih.
"Perkhidmatan Berintegriti Internasional Membina Kecemerlang, Kegemilangan dan Keterbilangan"
Yang benar
Hasan Lengkuas bin Husin Lempoyang
Pegarah Urusan
38 ulasan:
jadi...tak bolehlah anynomous lagi?....ini tidak adil....ini demokrasi terpimpin...
anynames
Bagi membina ukhwah daulah islamiah al malaysie el berbilang kaum, kita harus bekerjasama dengan pihak pengurusan.
Ini harus dilakukan secara sukarela tanpa elemen paksaan.
Hidup Anwar Ibrahim!
anak engkau hasan lengkuas ya sin .... hehehe
aku akan cuba tidak anonymous
TESTING!!! TESTING!!!
Ingatkan nak selitkan iklan rokok tadi.
saya hepi baca nukilan Husin Lempoyang....
berani buat berani tanggung.
kalau beria-ia nak caci orang, kenapa nak sorok2? taruk link, taruk nama, biar satu dunia tahu siapa yang ada buah, siapa yang tak der buah, betul tak tuan rumah? kakakaka
saya setuju tindakan tak benarkan anonymous comments. tapi masih macam ada lagi?
Woit Usin, afa fasal ante guna ana punya nama? musykil...musykil
Testing testing
sin
kalau integriti untuk tidor buat apa ye?
okay
aku faham.
dari sekrang tak ada lagi pakai komen anonymous.
pakai nama samaran saja. bukan kena tangkap special branch pun ... hehehe
dollah yankee - selalu melawat husin lempoyang saudagar intan permata..oppss! silap,silap! saudagar unta lahh..!!
nama samaran = lambang kreativiti anda?
ehh... Pak lah tengah buat apa dalam gambar tu?? tengah tidur kee...hahahhah
tido nie bagus untuk kesihatan.. sambil keja sambil tido pun sodap... goreng pon sodap!
Pak Hussein
Syabas menyahut cadangan menteri kita. Memberi tunjuk ajar para bloggers dan pengkomentar supaya ada etika...
Pengkomentar janganlah malu-malu perkenalkan diri... supaya komentar yang fakta atau auta akan menjadi lebih mesra...
I totally agree with you!
Kalau tulis nama samaran pun apa salahnya..apa nak ditakutkan...
Tulislah perkara yg benar...kalau nak kritik pun siapkan buktinya..
BERANI KERANA BENAR.
TAKUT KERANA.....aaah jangan takutlah.
Wajar memang wajar.
Orang muda begitu Lah.
Abah mana?
Anonymous tak boleh,tapi nama samaran tu boleh berubah-ubah ke Sin?
testing....testing!
Saya selamnya tidak akan menggunakan panggilan nama anynomous.
Saya ijhkarim@hotmail.com jika anda ingin berinteraksi secara emel.
ish.. ingat amenda... suspen2
Yang ironik nye tentang posting ini ialah event yg ditunjukkan. Orang yg tak ade integriti bercakap tentang integriti?
--- anonymous
Pak kamu pi mana San?
"jual orang bukan jual unta" lah..
Aku tak penah anonimes.
Cuma tak bagi nama betui je.
Salam, San. Krim salam ngan Pak sekali.
Menyokong usul yang dibuat ... totally 100% agree ... :)
macam ini kah contohnya, en hasan lengkuas?
AMAT LA Setuju ngan pak usin yer
ni satu kominiti yang baik
idea dan kritikan boleh di salurkan dengan baik
ayman Siddiq menyokong tindakan yang di ambil
Pak usin sudi2 la visit blog ana ya
aaaa
nasib baik kawan dah ada nama.. WaShad ni singkatan nama benar kawan.
testing..testing
tasting...testing...
Ramai sangat yang testing, aku tasty ajelah...
teating testing..
testing
bahaya mcm ni, sapa2 pun bolehletak nama bloggers yg registered, aku baru try guna nama zubli zainordin tu.very dangerous, akan ada yg salah gunakannya.
cuma boleh terselamat dgn gambar blogger tu saja, kalau yg tiada gambar masalah, jadi yg belum letak gambar sila letakkan gambar
testicles, testicles
Boleh ke?
ni aku pun nak try gak tengok jadik ke tak...
woiii..! jadik la jadik..
oii kengkawan.. bodohnye kiter slamer nih...
kalau tok nak letak gambar tok masa tahun jepun masuk dulu-dulu.. cam maner ekk..?
jawab jangan tak jawab..!
yer la Tok Panglima... saya pun nak tau gak cam mana. harap-harap En. Lempoyang kasi tutorial pas ni... Amin.
Catat Ulasan