Selasa, Jun 15, 2010

Peduli hal dia aje


Beberapa rakan blogger sedang merasa kecewa dengan UMNO Selangor. Medan Info kata mereka seolah-olah tidak minat nak rampas balik Selangor. Dah sampai tahap di mana GAP mengumumkan blognya akan tembak dua-dua belah pihak.

RBF mahu satu rombakan dibuat.

Ini mengenangkan ana pada cerita seorang rakan berkenaan kawannya. Kawannya adalah seorang guru yang mengajar ilmu hisab di sebuah sekolah luar bandar.

Kisahnya satu hari Cikgu ini memberi satu persoalan ilmu hisab kepada anak muridnya.

"Ada 20 lembu dalam pagar kandang. Ada 20 lagi lembu berada diluar pagar kandang. Berapa jumlah lembu semua sekali?" tanya Cikgu.

Seorang anak muridnya cepat angkat tangan.

"Leman, apa jawabnya?" Cikgu tunjuk kepada anak murid itu.

"Ada 40 ekor lembu Cikgu."

Leman ini kira antara anak muridnya yang cerdik sikit.

Cikgu tanya satu lagi soalan, "Ada 20 ekor kambing dalam kandang. Ada 20 ekor kambing diluar kandang. Berapa ekor kambing semuanya?"

Diam. Tak ada yang jawab.

Cikgu melihat ke arah Leman dan tanya, "Leman, kamu tahu jawapan?"

"Tak tahu Cikgu," balas Leman.

"Inikan soalan sama. Kenapa kamu pun tak tahu jawapan?" tanya Cikgu.

"Saya tak tahu Cikgu. Bapa saya hanya bela lembu saja Cikgu. Saya tak pandai kira kambing."

Cikgu tergosok-gosok kepala.

GAP serta blogger-blogger yang disebut kena faham pe'el UMNO.

Mereka ini tahu yang itu, itu saja. Dia orang bukan peduli perubahan dan pergolakan yang berlaku diluar UMNO. PAS pun dah mengaku susah Pakatan nak pertahan Selangor.

Mereka hanya peduli hal sendiri saja.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sin,
biasa la.... diaorang ni syiok sendiri jer!!!


mzr

tamingsari berkata...

Umno Selangor ni dah macam menteri dengan cerita jenaka. Walau pun dah dengar cerita lawak yg sama beratus kali dan bosan,tapi bila pak menteri bawa cerita yg sama dia punye ketawa terbahak sampai keluar air mata.Umno Selangor pasal berlakon dan berpura tiada tandingan.

Bila sebut bab turun padang semuanya cuti sakit.Macam2 alasan. Uzurlah,nenek kahwin lah....
Selangor tak bangkit.Masih lena.

Cucu Tok Selampit berkata...

Pak Husin,

Ana sudah bosan hendak cakap pasal UMNO Selangor. Dari dulu tidur tak habis-habis. Kalau jaga pergi padang golf macam Satim Diman. Yang ada semua lembik-lembik. Kalau tak percaya tengok Ketua Pemuda UMNO Selangor. Kalah bapok dekat Padang Kelab Selangor.

Tanpa Nama berkata...

1 Pak Pandir nampak beribu2 semut mnyebrangi sungai menysuri sebatang rnting kring. Pak Pandir brpendapat, "Kalau beribu2 semut pun boleh, tak aku sorang tak boleh"

2 Kmudian, Luncai memeluk labunya, lalu terjum ke dalam air. Sekali dua tngglam timbul. Lama2 tak timbu lagi.

3 Dia pun sampai pada pelepah paling bawah. Mat Jenin berangan, "Lepas jual unta, aku kaya. Aku pinang & kawin anak raja. Aku akan peluk dia kuat2'" Lalu dia peluk pelepah kering itu. Dgn dia dgn pelalapah jatuh berdebub di perdu pokok.

Ha... macam tu la dia nasib yg pasti menghempap muka2 haprak para dunggu kaduk, mat jenin & luncai Umno ni, lepas PRU 13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Pak Usin,

Bila lagi PERKASA nak buat Coup d etat di Selangor?

Tak boleh Tahan lagiiiiiii......


Meor Zawawi
PKNS, Petaling Jaya

Quantum Metal Consultant berkata...

PRU13 kelak melarang penggunaan lambang parti masing2 sebaliknya menggunakan lambang binatang untuk lebih mencerminkan perangai masing2.

Lembu parti **** - gemuk dan malas, diperbodohkan.
Kambing parti *** - banyak Ustaz berjanggut, melolong pagi ptg mlm.
Anjing parti *** - segala benda semua disalak.
Babi parti *** - rajin menyondol untuk projek, hasilnya mewah dan gemuk.
Biawak parti *** - bagi apapun tak pernah cukup, kebulur 24jam.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalah negara kita wlupun dh 52 thn merdeka tp pemikiran kita belum btl2 merdeka,tahu kerajaan buat salah tp nk tegur takut 'miss soruu',surat kbr lglah teruk semua kena kontrol,bila pembangkang kritik cepat2 cakap itu x btl tp at last betul jugak.
Ingat!!! kita bkn mcm 50an - 90an lg kita dh dialaf baru,pemikiran rakyat dh berubah tp pemimpin kita masih lg ditakuk lama sbbnya ramai yg dibawah ni kaki ampu sini ampu sana,pemimpin apa lg syoklah depa nk buat apa pun xde hal punye sbb xde org yg nk komen.
Jd para bloggers semua, bongkarlah benda2 gelap yg pembesar buat,benda yg merugikan rakyat marhaem yg menyokong mrk selama ini.
- aku hanya rakyat biasa -

Tanpa Nama berkata...

kita serang pemimpin umno yang sombong bongkak tak sedar diri dan yang dah berkarat.ayuh mulakan kita minta gantikan dengan pemimpin yg lebih bagus

cucu datok mandaliar berkata...

kahkahkah...org melayu memang bebal dan bangang....dah lama dah umno menipu org melayu tapi org melayu masih jilat umno lagi....pemimpin umno dari dulu dah hidup kaya raya....org melayu hidup mertempat di tanahair sendiri.....kadang2 nak mentakedarah pun tak cukup belanja....hidup papa kedana ...tapi tetap jilat umno juga....kahkahkah....pi mampos le kau org2 melayu yg dah sememang nya bodoh yg memilih umno sampai ke mampos....pi jahanam le melayu bodoh yg sokong umno...pelingkup le umno jahanam laknatullah

azman berkata...

Assalamualaikum sein!!

Kena komen ke selepas baca?.Oklah aku komen sket je sebab aku tak pandai nak tulis ayat berbunga bunga mcm ko.

Yang jadi pembangkang sekarang dulunya jadi pemerentah,mase dolu dolu dorang dah dapat makan sedap sedap rakyat jugak yang kasi, makanan depan mate ape lagi sondol jela mcm babi dapt makanan.Sekarang bila dah gemok malas la.

Abu Garcia berkata...

sin ...sat aku off topic sikit ... hang pesan kat Zul Noordin (Blog http://zul4kulim.blogspot.com/) kalau takut nak siar komen .... delete saja ruang komentar tu lagi baik .... dah takut sangat.

nun manjung berkata...

cucu datok mandaliar anak h**** jaga sikit mulut tu. Jangan nak jadi h**** j**** kat sini. Memang ko manusia anak h****.

A.John berkata...

Mungkin mereka in merajuk, kerana belum dapat cek yang di jajikan! In selangor only money talks.. Passion & volunterism for a cause is long dead & gone. Who is to blame ?

AMIR KOMENG berkata...

nasib baik pak dia tak bela ayam..mesti dia taktau mana mai dulu...ayam ka..teloq...

berasiam berkata...

Kesian orang UMNO Selangor amnya, khususnya Bahagian Pandan. Ketua Bahagian digantung tapi dilantik sebagai Penyelaras DUN. Pejabat Bahagian dijadikan pejabatnya. Sepanjang persidangan cawangan, dia sibuk menjadi perasmi. Semasa dia tiada pun, dia lantik wakil untuk menjadi perasmi persidangan cawangan. Timbalan dan Naib Ketua Bahagian diketepikan daripada merasmikan persidangan cawangan-cawangan. Kononnya dia seorang yang bekerja keras untuk UMNO sedangkan orang lain lepas tangan, itulah yang cuba dibayangkan.

Aduan dah dibuat. Awang Selamat pun dah sentuh tentang hal ini. Namun tindakan tidak diambil. Salah siapa sebenarnya. Masih dikatakan ahli tidak berubah atau kalangan Perhubungan Negeri yang buat pekak. Sampai bila ahli mahu dan boleh bersabar dengan drama didalangi Perhubungan Negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri yang pekak itu perlu diganti segera. Bagi dia seguni beras, suruh kira berapa butir jumlahnya lagi baik daripada dia buat kacau bilau di Bahagian Pandan.

Tanpa Nama berkata...

pak usin,

penyakit tarah sampai botak ni dah lama jadi menjangkiti ahli2 politik, tak kiralah dari parti mana pun. takdak satupun parti yg benar2 boleh memuaskan hati ahli masing2.

umno dulu bermati2an perjuangkan kemerdekaan. setelah merdeka umno mula mengisinya dgn berbagai kemajuan (jika mampu sila buat senarai kebajikan yg sudah dibuat & wujud hingga sekarang. keburukan memang wujud tetapi kebaikan yg ada jgn dinafikan. jgn jadi anjing...) hinggakan anak negara masing2 ada yg berjaya menjadi org besar2, sayangnya kini ada antara mereka yg lupa asal 'kemenjadian' mereka, lupa bahawa mereka berasal dari bawah, dari susah...ada yg tak pernah kenal pejabat2 berhawa dingin masa budak tapi bila dah tua bangka dpt bilik berhawa dingin, rasa takmo keluar dah & kalau boleh nak mati dlm bilik tu! pemimpin2 umno yg mcm ni memang nak kena campak ke laut!!! bloggers pro-bn dah mula serangan. nak tengok plak blogger pro-pr berani tak serang pemimpin2 mereka!

ada juga yg dah mula berasa besar kepala konon yg umno buat selama ni tidak menguntungkan sesiapa. malah sanggup menabur racun dlm parti hingga menjejaskan pucuk. lepas tu mereka lari buat parti baru, konon nak lebih baik & adil. tapi lama kelamaan jadi semakin kronik pulak penyakit tarah sampai botak ni. sebab nawaitu dah lari. dari nak membebaskan rakyat dari cengkaman & kezaliman kononnya, keADILan yg dicari hanyalah utk membahagiakan seorang ketua. yg lain2 tak perlu kata apa sebab tak penting manapun apa yg nak dikata. hanya ketua saja yg layak berkata2 walaupun penuh dgn pembohongan. yg inipun sila senaraikan. jika ada kebaikan yg ketua ni buat selama menerajui parti mata satu tu, sila kemukakan...

selain dari menjahanam pemikiran & memperkudakan ahli tanpa sebarang kebajikan (berapa ramai ahli biasa yg dapat kerja, rumah & jaminan pencen dlm keADILan? berapa ramai plak yg pernah masuk penjara kerana dia terbela nasib hari ini? tetap susah jugak...) parti ini tidak dapat memberikan apa2pun selain dari janjimanis dari mulut luas seorang ketua punaisihat. itu saja.

heranbinajaib

Tanpa Nama berkata...

sambung lagi,

parti berbayang2 islam pula, sejak keluar umno (kena ingat, yg keluar parti ni TIDAK AKIL BALIGH blaka kata tok gurau) terus doktrinkan pengikut2nya bahwa apa saja kerja parti yg dilakukan akan membawa mereka ke syurga idaman yg dijanjikan tok gurau mereka juga.

dari kecik hingga dewasa diajar utk lupakan budi&jasa kerajaan (kena mau ingat, tanpa kebaikan kerajaan dah lama pasti2 & sekolah2 agama negeri boleh diharamkan jika kerajaan yg sejak dulu digelar zalim, diktator, busukhati dgn parti islam tu hendak bertindak zalim. tapi hakikatnya semua sekolah yg digerakkan utk menentang kerajaan dibenarkan beroperasi). apa ertinya ini kalau memang sikap tidak pandai berterimakasih, jgn ingat budi ditarbiahkan berterusan begitu?

tidak hairanla jika anak2 didik pasti&bekasan sekolah mereka ini hari ini tidak pernah nampak/buta dgn kebaikan kerajaan hingga bertindak mengugut ibubapa mereka menentang kerajaan bila masa mengundi hingga ada yg mengugut tak akan kirimkan wang kpd ibubapa jika tidak memangkah bulan!! hakikat yg wujud masa pilihanraya yg semua org dah maklum di serambi mekah, anak2 kerja diluar akan meletakkan syarat kpd ibubapa mereka yg dikampung. dah lama dah tahu.... jawabla kemudian hari.

mereka juga dididik pijak gambar muka pemimpin2 kerajaan kerana kononnya pemimpin2 kerajaan sangat zalim, kejam, menyekat kebebasan mereka & tidak berhati perut. walhal kenyataan yg ada tidak pernah diberitahu kpd anakdidik mereka yg kerajaan terus memberikan bantuan kpd sekolah2 agama negeri, membekalkan guru2 terlatih kpd banyak sekolah agama terutamanya guru2 bahasa inggeris, matematik & sains, membantu sebahagian besar pelajar2 mereka meneruskan pengajian sepertimana pelajar2 dari sekolah kerajaan, memberikan bantuan kepakaran & kursus2 bagi guru2 sekolah mereka dari jpn & kementerian. semua ini mereka tidak pernah beritahu pelajar2 mereka...tidak pernah. ibarat melepaskan aning tersepit. banyak sgt kejelikan yg mereka buat hingga menenggelamkan kebajikan yg kerajaan hulurkan.

imbau sendiri & fikirlah mengapa susu dibalas dgn tuba? kalu sebelah kerajaan ni ada tok gurau juga, bolehka tok gurau kerajaan kata 'tak halal! tak halal! tak halal! mujurla takdak tok2 gurau kelabu asap ni. tak payahla kita menunjukkan keislaman dgn menidakkan kebaikan pihak yg ternyata banyak berjasa walaupun tidak dilaung2kan dgn ceramah2 setiap mlm mcm parti bayangan islam tu. Allah SWT Maha Mengetahui setiap kebajikan manusia, ikhlas @ tidak.

tetapi budaya puak2 juak bulan ni adalah menafikan segala kebaikan yg diberi dgn melabelkannya sebagai TANGGUNGJAWAB KERAJAAN YG MEMERINTAH. memang betul itu tanggungjawab kerajaan tetapi mau kena ingat juga, BUKAN SEMUA KERAJAAN MAMPU BERIKAN KEBAJIKAN KPD RAKYATNYA ( delivery by government) seperti kerajaan malaysia dari dulu hingga sekarang.

apakata jika kerajaan selepas merdeka memang benar2 tidak mampu? tak ada sekolah, tak ada hospital, takda sistem kawalan keselamatan yg cekap- polis, tentera darat, udara & laut? tak ada apa2pun kemententerian yg beroperasi mcm di sesetengah negara yg lebihkurang merdeka sama mcm malaysia. di afrika, sebahagian negara latin & lain2 yg tidak berkembang maju seperti negara kita. mahu dibuang kemana kebaikan2 yg ada ni?

jgn butakan matahati kita melihat semua yg ada ni. bersyukurlah kita hidup dimalaysia yg aman & damai, yg membolehkan kamu berceramah siang & malam menghentam balik semua kebaikan ini!!!!dasar butahati. bukan aku nak suruh kamu jilat bontot kerajaan, aku pun tak hingin jika kerajaan buat salah. tapi berhemahla sikit bila berfikir & berkata. seoalh2 tidak ada kebaikan yg kamu dapat!

hairanbinajaib