Selasa, Jun 22, 2010

Tengok belakang Tok Jib masa menyorang

Dalam majlis perasmian pembukaan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh, Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta ahli UMNO serang.

"Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.

"Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang," katanya.

Husin teringat kisah pahlawan Naning, Dato Dol Said yang pernah di tulis dalam blog ini. Baca dulu kisah sejarah ini versi Husin Lempoyang sini.

Ada bagus juga Presiden parti sudah kasi signal untuk serang. UMNO dilihat diam dan mengalah saja bila diserang. Ada yang rasa nak kalah, dah sibuk nak menyamun sebanyak yang boleh.

Maka perlu ana peringat pada Tok Jib. Masa tengah jerit, "Sorang! Sorang!", tolong tengok belakang. Takut-takut, Tok Jib tinggal seorang diri di hadapan menyerang.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO bawah tok jib ni dah jadi penakut..kadang2 bodoh pun ada..

Tanpa Nama berkata...

tak pe la tok jib pandang belakang tak de orang. janji dah mula menyerang.
jangan jadi tok syeikh pandang belakang dan jerit "Sorong! Sorong!".

Ronn berkata...

UMNO nak menyorang!!
lawak, lawak..

Tanpa Nama berkata...

Najib TPM ... Najib Tak Pernah Muktamad

Terongpipit berkata...

Kesian dengan Tok Jib... banyak nak kena repair disebabkan punah ranah yang dilakukan oleh Tun Dol.

Wake UP! berkata...

Macamana nak serang bila Pemuda UMNO berketuakan pemudi pondan?

Harsher penalties.

Tanpa Nama berkata...


Alahai Tentera Cyberspace UMNO

"...Kalau Najib nak harapkan jentera UMNO lawan pembangkang di cyberspace, Najib seumpama harapkan pada pagar yang selama ni dok kenyang makan padi laaa.. Tapi kalau bab nak tunjuk hebat, laju saja puak ni mengaku semua blogger dibawah kawalan mereka..."

CSI Melayu
Read Also PILIHAN ANDA

Quantum Metal Consultant berkata...

Najib, UMNO - dah malas nak cakap, dah tak ada umphhh..

Serang?! Baru hunus keris sikit, dah minta maaf.

sonduk solaie ado berkata...

Memang nak sorang tapi bolom MUKTAMAD

allglam berkata...

Najib selalu kena serang, dah tak tahan.

Tanpa Nama berkata...

ALJUBURI

Gua tengok sekarang nie bloggers2 lagi berani dari menteri yg dtg dari UMNO la..sorry babe..kalo xdpt trima hakikat.

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum.
Dah MOKTAMAD ke nak serang nie hehehehhee!

Tanpa Nama berkata...

serang/serang / serang

jangan pandang belakang

kalau ikut cakap bola 'nobody home'

mampuih /mampuih/mampuih

Tanpa Nama berkata...

Presdin UMNO kata Seeeeraaaang!!!

Pemuda UMNO kata Laaaaariiiii!!!

Wanita UMNO kata Taaaahhaaan!!!!

Putri UMNO kata Hissssst......?

UMNO Terkulai menanti Terkulat....

anura berkata...

kalau najib jerit "samun - samun" dah tentu lah kat belakang dia dah tak ada orang - sebab semua dah lagi jauh kedepan dari dia.

hakikat warisan dari Dollah dan KJ.

'sahabat tua' berkata...

Bang Sen,

Memang betul kata abang sen tu. Tok Jib dah tinggal sorang. Kawan2 yang tolak dia naik pun dah hilang, yang jaga kiri kanan dia sekarang banyak penyamun. Agaknya sahabat dia dah bawa diri. Pagar penyamun lagi rapat. Pegawai keliling pun dah belajar menyamun kot?. Tok jib kena ingat balik kenkawan dia yang hilang bila sensorang.

Tanpa Nama berkata...

1.Nak serang macammana!!Itu arahan dari Najib!!
2.kalau Rosmah yang suruh serang,barulah puak umno akan serang!!
3.Oiii!!Rosmahtu!PM ka!!Dia pulak yang beria-ia jadi PM!!!
4.tenguk Najib!teringat Rosmah!!!nak termuntah oiii!!!

Melayu Pasir Gudang berkata...

Sin, Najib nak serang tu kena pastikan datok Rauf SUK UMNO ikut betul-betul serang, jangan biarkan dia di belakang nanti habis harta UMNO di gasaknya.....

Kulaan Niring berkata...

Kesian Tok Jib atau kesian kat kita. UMNO kalah sekalipun orang melayu bukan kembali senang. Orang melayu hanya akan menjadi pak pandir bila berketuakan Anuwar AlJuburi. Jika melayu terpinggir sekalipun janganlah disalahkan Tok Jib lagi sebab dia telah cuba lakukan yang terbaik untuk og melayu. Malangnya melayu yang ada hanyalah melayu yang suka memperleceh dan memperlekehkan bangsa sendiri. BN tumbang mungkin jadi sejarah, PR menang melayu entah kemana. Bergantung hidup pada PR yang didalangi DAP kelak seumpama nasib palestin dibumi sendiri. Jika benar itu berlaku, saya percaya melayu masih tetap akan menyalahkan pemimpin UMNO/BN sedangkan undi yang diberi pada PR. Padan muka semuanya.

Tanpa Nama berkata...

Kita pulun dulu
kasi habis
baru serang
kalah pun
dah tak ralat
tujuh keturunan
makan tak habis

...mat ngantuk....

sahabat kaka berkata...

Hai sahabat tua,
Begitulah,lumrah alam. Tugas kita nak naikan dia dah selesai. Pandai-pandailah Tok jib menjaganya.sammy vellu kata bila tanah runtuh " saya tadak kuasa mau tahang itu hujang". Kita buatlah hal kita. Kita pun dah tua penat.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang nak ikut menyerang? Hishamudin lembik,KJ rakus,Shahrizat gedik,Mohd Noor Yaakob ,Zaid Hamidi.....akhirnya tinggal Najib sorang saja...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang nak ikut menyerang? Hishamudin lembik,KJ rakus,Shahrizat gedik,Mohd Noor Yaakob ,Zaid Hamidi.....akhirnya tinggal Najib sorang saja...

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,

Aku dok survey kot-kot ada konsesi lagi boleh sapu......Hutan Balak dah habis, AP pakai banyak duit up front, Tapak Kem Askar Taiping dan Cator Avenue, Ipoh (Zaid dah booking), Tanah KTMB (CSL dah booking), Rumah Urut Halal (Hishamudin dah booking, Tapak Parlimen (Nazeri dah booking)....Fening-fening jadi bangsawan pada abad ke 21, semua konsesi dah kena sapu...

Meor Kamaluddin Meor Razali
Lenggong

mohamed berkata...

"Kadang-kadang kerajaan ingat masaalhnya kentut tapi sebenarnya masaalah hidung tak bau dan telinga pekak"

Munkin ini lah sebabnya DEB dipersalahkan penasihat economy kerajaan

Tanpa Nama berkata...

salam,

dalam keluh kesah, semua orang inginkan keamanan, keselamatan, kesenangan hidup & jaminan hari tua. tapi ramai yg hanya suka mengeluh, menunding jari ke arah orang lain jika gagal mengubah nasib. berapa ramai yg sanggup bertekad utk sama2 membantu pm mengubah nasib bangsa? jika telah sama2 berjuang, berapa ramai pulak yg senantiasa berdoa moga Allah SWT memberikan rahmat kepada kita semua?

malang sekali, nampaknya semakin ramai yg membiarkan pm berjuang sorang2, hanya menunggu masa ingin melihat pm dijatuhkan lawan tanpa mahu bersungguh2 membantu dgn ikhlas. ramai bloggers pro-bn telah menunjukkan jalan kpd pm apa yg rakyat inginkan dari kerajaan & pm dalam banyak perkara telah cuba memenuhi kehendak rakyat.

namun, menteri2 yg ada di keliling pm seolah2 mambawa haluan masing2, pekerja perkhidmatan awam pun ramai yg melepaskan pucuk masing2, kerja buat macam sungai mengalir lesu, banyak masalah rakyat masih belum diselesaikan & kesudahannya, rakyat terus menyalahkan pm. di manakah akujanji yg perkerja perkhidmatan awam bisikkan semasa mula memegang jawatan? apakah akujanji tersebut sekadar ucapan manis di bibir? siapakah yg benar2 menyempurnakan tugasan masing2 hingga mendapat kepuasan sendiri dlm bekerja? mengapakah akujanji ini tidak di hayati kerana jika kerjabuat kita betul, bekerja sebagai satu ibadah, jentera kerajaan akan kukuh & rakyat akan kembali mempercayai khidmat yg kerajaan berikan. kerana banyaknya nila tumpah, habis rosak nama baik kerajaan & pm khususnya...memang kesian pm!

silalah kotakan akujanji yg di ikrarkan selama ini - cikgu-cikgi, kerani2, pegawai2, pengurus2, penolong2 pengarah, pekerja2 jabatan kerajaan yg lain, pegawai2 ptd, pengarah2, kementerian2, menteri2 di peringkat tertinggi - marilah sama2 menyahut seruan pm utk meningkatkan khidmat kpd rakyat terutamanya yg memang memerlukan khidmat terbaik dari kakitangan kerajaan. betulkanlah nawaitu kita...
jgn pulak jadi anjing tersepit...

mengenangbudi

kembara putih berkata...

Najib tak keseorangan, biasa ada pendamping yang sentiasa mendahului, tak kecik tapi pendek, tak lain dan tak bukan, Kah Mah ku.

Duit penjimatan dari penarikan subsidi terbaru banyak tu, Kah Mah tak nak rembat? Buat la program Suami ku ke, ada la alasan untuk dapatkan peruntukan.