Isnin, Julai 01, 2013
Boss yang terus dijual PEMANDU
Dua orang bos besar sedang lepak-lepak sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya PEMANDU punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia".
Dia memanggil PEMANDU dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo".
Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.
Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!".
Leman berlari ke bosnya, "Apahal tuan?".
Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak".
Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya.
Bosnya berkata kepada bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni memang bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yang saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".
Petang itu, bertemu laa dua orang PEMANDU tadi.
Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".
Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".
PEMANDU yang pandai pun tahu arahan boss dia bodoh.
Sekarang ramai PEMANDU yang pandai-pandai dan kerja dalam makmal yang membelanjakan jutaan ringgit untuk dikendalikan. PEMANDU ini begitu hebat dan sempurna KPI masing-masing sampai undi Cina semua lari ke pembangkang. .
Ingatkan cerita habis, rupanya PEMANDU yang sudah jual boss masih diberi kepercayaan untuk menjual boss sekali lagi.
Biarkan! Biarkan! Kata SI Luncai
Wow! Jual boss memang untung, lagi untung PEMANDU jual boss dua kali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
husin kalau berkias, memang makanannya....
sin, dah terang lagi bersuluh pun najib tak faham2...apalagi kalau berkias !!!
kalau nak berkias gi jumpa mukhriz..sekali kau suluh, sekali kau kias, dia balikkan 10 kali..berkilau.
Ku ingat lalu ku undi. Rupanya bebal.
najib lagi teruk dari pak lah
satu saja silap cerita ini
mana ada driver cina di msia ini?
Apa susah, PRU14 kita boikot BN. Ada berani?
Najib pernah berjanji untuk membenarkan pertandingan presiden UMNO dlm perhimpunan yg akn dtg.
JANJI no 1 yg perlu ditepati.
Bila dah menang, janji dicapati.
Najib labih bebal dari paklah..mana nya tidak..cina tipu dia hidup hidup.. mana nakra dan KPI dan Report Card yg dia bangga bangga kan itu., Rakyat lebih caya nuar brahim dari najib. Paklah , nuar tak tukar nama melayu ke Cina tp Najib Al jib Ngor.....PM palin byk buang dui dgn Perunng yg tikam jubur najib bukan nuar brahim..Harap ada cabaran pemilihan persiden Umno tahun. Ini
Tak penah ada laaa dalam dunia macam cerita Hussain tuuuu... Yang aku tahu 'RAJA TERKENA DENGAN PAK BELALANG'. Nasib pak belalang ada anak nama belalang, dah nak kena pancung Pak Belalang menangis tak terkira kerana tak tahu dalam tangan raja lain tu ada belalang.
Tak penah ada laaa dalam dunia macam cerita Hussain tuuuu... Yang aku tahu 'RAJA TERKENA DENGAN PAK BELALANG'. Nasib pak belalang ada anak nama belalang, dah nak kena pancung Pak Belalang menangis tak terkira kerana tak tahu dalam tangan raja lain tu ada belalang.
11 SoalanLagiUntukNajib.
Kita dah tanya 11 soalan untuk PM. Kita naktanya 11 soalan lagi.
1. Siapakah Azman Awaluddin yang jadi CEO Zeal High Tech Solutions yang tipu UMNO RM70 juta? Macam mana dia boleh buat begitu? Mesti ada orang kuat UMNO di belakangnya –Jamaluddin Jarjis atau Raof? Dia guna Khalid Mohd Botak untuk negotiate dengan Utusan cetak manifesto dengan harga RM1.17 sen tapi charge UMNO RM12. Sebanyak TUJUH JUTA (7 juta) buku manifesto dicetak, kalau Zeal sapu RM10 satu buku, Zeal dapat RM70 juta! (Tujuhpuluhjuta Ringgit).
2. Demi jaga nama baik UMNO, apakah Najib dah arahkan SPRM siasat kes ini? Ahli UMNO nak tahu hasil siasatan SPRM. Apakah SPRM bertindak professional dalamhal ini?
3. Ahli UMNO nak Tanya berapa banyak kereta baru dan rumah baru yang dibeli oleh orang-orang keliling PMselepas PRU-13. Betulkan Farid beli Porsche dan Raof pergi Australia untuk agih-agihkan duit dengan 40 penyamun?
4. Apakah cerita di sebalik perletakan jawatan Sufi Yusof, Pegawai Akhbar Tun Mahathir dari National Communication Team (NCT) beberapa hari sebelum PRU-13? Betulkah dia yang dedahkan hanky panky dalam Zeal menyebabkan Azman buang dia. Betulkah Najib tak tahu Sufi dibuang sehingga lepas PRU-13?
5. Betul atau tidak tokoh-tokoh perniagaan Cina yang “rapat” dengan Najib beli polisi insurans dengan bagi wang pada pembangkang? Ada di antara mereka Tan Sri yang rapat dengan Najib dan Rosmah. Harap dedahkan nama-nama mereka sebelum kami dedahkan pada umum.
6. Betul atau tidak ketua pengarang sebuah akhbar Inggeris jadi double agent – bagi rahsia dalaman pada pembangkang masa PRU-13. Dia hadir dalam perbincangan sensitive strategi media yang dipengerusikan oleh Khalid Botak sebagai ketua NCT. Bila orang mula suspek dia jarang dating lagi ketaklimat itu.
7. Kami ahli UMNO nak Tanya macam mana Najib tergamak biarkan adiknya Nazir sokong Rani Air Asia yang kata Utusan akhbar rasis. Kat luar, Najib sokong Utusan, tapi adiknya sokong perbuatan budak Melayu yang biadab.
8. Kami nak tahu apa jasa Khairul Anas Jusoh yang dapat Datuk dari Agung baru-baru ini. Dia dapat Datuk juga dari lima negeri lain. Orang ini pernah kahwin dengan anak Datuk Syed Rahman dan isterinya minta cerai sebab dia gay. Takanlah orang gay dapatDatuk? Balas budi sebab diabawa Samsul jumpa PM?
9. Nak Tanya Najib kenapa biarkan Datuk Seri Alis, bekas Setpol PM membisu? Dia orang baik. Mengapa biarkan PM dirosakkan oleh Raof, Jamaludin Jarjis dan Khalid Botak? Takada conscience lagi ke Datuk Seri?
10. Bagaimanakah seorang samseng dan kaki pukul boleh jadi Pengerusi Tabung Haji? Siapa tak kenal Datuk Azeez Putra? Orang macam ini jadi Pengerusi Tabung Haji? Takada orang lain lagi ke? Kami yang simpan duit di Tabung Haji gerun sebab Tabung Haji di tangan penyangak dan perompak Ali Baba Bujang Lapok!
11. Kenapa Najib lantik Dracula di Tabung Darah? Siapa tak kenal TS Nor Mohd Yaakob? Mamak ini sapu licin apa yang ada depan mata. Sekarang diadilantik Naib Pengerusi Khazanah. Dracula dah duduk dalam bank darah. Habislah duit rakyat!
Harap Najib jawab. Kita ada 11 soalanlagi.
Jikalau kita pekena BN kita nak pangkah apa...PAS...PIS...PUS atau PKR..tuihhhh. DAP?? mati hidup balik pun talak pangkah lu..la.. Habis nak pangkah sapa..
Ya....PERKASA kena daftar jadi parti politik. Aku percaya banyak orang Melayu akan menyokong Perkasa kerana tersangat hampa dengan NAJIB....
Catat Ulasan