Selasa, Julai 23, 2013
Sempit-sempit pulang mengundi
Hari ini adalah hari kempen terakhir untuk kempen bag PRK Kuala Besut. Esok adalah hari pembuangan undi.
Adalah satu keluarga di Kuala Lumpur yang berasal dari Kuala Besut. Kebanyakan pengundi luar untuk Kuala Besut malas nak pulang mengundi. Dua bulan lepas dah balik mengundi maka malas merek anak balik tengah minggu dengan dua minggu lagi dah nak balik raya.
Keluarga ini adalah salah satu keluarga yang sedia balik untuk mengundi. Masaalah mereka adalah kereta yang ada cuma satu. Ahli keluarga ada tujuh orang.
Si ibu bersuara, "Guane nih....penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!"
Ayah baru sedar. "Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kapong.
Si ibu menerangkan, "Tujuh oghang dok leh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh."
Walaupun Besut adalah daerah dalam Terengganu, tapi daerah sempadan dengan Kelantan ini cakap telo Kelantan. Pengarah Pilihanraya BN orang Terengganu tapi kecek Kelate. Manakala Pengarah Pilihanraya PAS orang Kelantan tapi Presiden PAS orang Terengganu.
Ini menimbulkan satu sentimen yang menarik. Ni namboh ketegange antara puok-puok PKR berbaloh denge PAH dale Terengganu. Namun, keluarga yang nak pulang mengundi ini cakap Terengganu.
Ahli-ahli keluarga sedang memerah otak memikirkan macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang.
Tiba-tiba anak mereka yang bongsu teriak, "Abah, Umi ... Awang tau doh guane nok buak. Kite sekarang ade tujuh oghang.
"Tambah la soghang lagi, baru jadik 'LAPANG' ...!!!"
Hehehe ... elok bena mung besa belajar Injin nering. Sampai kapong, mung caghi dema-dema ni (SINING dan SINING) untuk wang.
Wow! Makang ikang makang untang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Mung jalang-jalang cari makang. Lebih dua marhaloh bule buko, Seng.
mana orang sebut unta sebagai untang hehehe
Salang, Pak Haji Using,
Ambo dang kawang perempung ambo namo Dang Bulang, jalang-jalang ke Kuala Besuk nak cari kepok lekoh. Dah penak jelang kami dok minung air.
Begitulah cerita kawab (bukan kawang) saya yang ke Terengganu (bukan Tengganu) baru-baru ini.
Ha ha ha ha
Salang, Pak Haji Using,
Ambo dang kawang perempung ambo namo Dang Bulang, jalang-jalang ke Kuala Besuk nak cari kepok lekoh. Dah penak jelang kami dok minung air.
Begitulah cerita kawab (bukan kawang) saya yang ke Terengganu (bukan Tengganu) baru-baru ini.
Ha ha ha ha
Catat Ulasan