Khamis, September 26, 2013

Kenapa abu Chin Peng tak boleh dibawa pulang?


Kisahnya ada orang kata tiada undang-undang untuk tahan abu Chin Peng dibawa pulang. Tidak faham Husin kenapa susah sangat nak faham. Cuba baca MyKMU sini.

Maka diguna sebagai alasan dan helah untuk kaum Cina mahu merampas sejarah dan mengaku kaum merekalah pejuang kemerdekaan dan bukannya orang Melayu, khususnya UMNO.

Nak lawan fakta sejarah boleh, cuma tak guna dan membuang karen. Mereka bukan nak dengar.

Bukan faham pun istilah kedaulatan untuk kata Chin Peng berjuang untuk merdeka.


Pemimpin kiri yang ada juga sumbangan pada proses pembinaan negara tapi hakikatnya mereka bukan pejuang kemerdekaan tapi hanya anti-British.

Dibawah pentadbiran tentera Jepun, mereka jadi kampetai.

Mereka kerjasama dengan komunis yang bukan rakyat tapi nak merdeka untuk takluk negara. Komunis itu konon anti British tapi Bintang Tiga dibekalkan senjata oleh British dan PKM ditubuhkan oleh agen British.

Ketika melawan Malayan Union, sekejap bersama untuk lawan tapi kemudian jumpa Gabenor Inggeris dan sokong Malayan Union.

Masa nak merdeka, puak kiri sekejap suruh lupuskan kedaulatan negeri-negeri yang sedia ada dan buat perlembagaan baru. Sekejap lagi laung sentimen Melayu dan gagasan Melayu Raya tapi hakikatnya bawah kongkongan Indonesia.

Mereka hanya suka dijajah dan hanya mahu tukar dari penjajah British ke penjajah lain. Yang pelik perangai mereka ini, UMNO yang dituduh sekongkol dengan British. Padahal UMNO yang dapatkan kemerdekaan hingga boleh beri betul-betul punya amaran, "Buy British Last" pada bekas penjajah.

Sujud beb!!!

Penjajah-penjajah yang tinggalkan negara akhirnya akui negara ini serta usaha mahu kerjasama. Chin Peng tidak dan diberi ruang memohon warganegara pun tak mohon. Dia tak akui dan tak pernah akui mana-mana kerajaan yang memerintah melainkan dia.

Anihnya Chin Peng ada beritahu Tun Hanif selepas Perjanjian Hatyai bahawa bila dia pulang, dia mahu masuk politik dan ahli DAP.

Nak terangkan macam Husin, kenalah faham dan tahu butiran sejarah. Tapi nak penjelasan yang senang kenapa abu Chin Peng tak boleh dibawa pulang ke Malaysia, ada caranya. 

Maklumlah nak jelaskan pada orang PAS yang lebih sanggup ziarah majlis keugamaan kematian pengganas komunis Chin Peng dari mantan Menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan tanpa berfikir komunis mana percaya tuhan

Sebut saja... Abu Jahal atau Abu Lahab

Wow! Kalau tak faham, layak dijual

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ape la usin slow sgt.. ahli pas kompom sorga..
Xyah melawat pun xpa.
Chin peng ni yg kene utamakn. Sbb sblm mati xsmpt nk bertahyol serasi dgn pas..

azman berkata...

Assalamualaikum sein..

Aku nak tanya kaum Cina & penyokong PR yg tak faham faham bahasa.

Cin peng sendiri tak hingin jadi rakyat Malaysia,buktinya,dia tak buat permohonan lengkap untuk jadi rakyat Malaysia.

Sikalang itu abu sulah tak guna lagi,kasi buang maaa lalam itu lawut,olang cina cakap"nang botinang kui botikui"...haiyaaa