Sabtu, September 07, 2013

Menampung kenaikan minyak


SMS ni Husin terima...

ELAUN SARA DIRI/COLA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA. PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Sep 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.



Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.


Kakitangan awam dan swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan,
4. 80 penutup botol "Coca-Cola".


Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola. Keh.. keh.. keh.. Kalau pasal duit, semua mata sanggup baca sampai habis.

Alamak! Husin pun turut kena jual....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Heheheheheheh !! Good Job

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah... dem you pak husin.. terbersin teman... tampor kang.. (jangan le maroh.. guror je)

Tanpa Nama berkata...

Apalah pak husin ni...baca perenggan pertama tu terus saja sy sms kat suami yg dlm perjalanan buat kerja kat pejabat... lepas tu sambung baca balik... aduhhhh! marah suami saya nanti sebab dia pasti sms kekawan dia lak...pak husin punya pasal la ni...

rosmelati

jebat berkata...

Dr. j. usin

Pancing bukan sebarang pancing,

Pancing berjoran buluh betong;

Kencing bukan sebarang kencing,

Kencing Pak Husin baunya ahncing melantong.

raismazzadam berkata...

Org kerajaan...BANTAI KERAJAAN NO.1....KIKIS DUIT KERAJAAN NO. 1...BILA MINTA PANGKAH KERAJAAN..SUNYI SEPI...UTK ORG KERAJAAN DAH BANYAK JASA DAN BANTUAN DI BERIKAN....APA BALASANNYA....

Tanpa Nama berkata...

kah..kah.er nak tanya pak husin..tutup botol coca cola susah nak cari..kalo bawok tin coca cola boleh tak....?