Ahad, November 17, 2013

Ahli politik mengenai IT, Pakar IT mengenai hati


Simpulan bahasa Melayu berkata hanya jauhari mengenal manikam. Komala Devi lebih mengenali Maniam. Begitu juga dalam siber dan Internet, biarlah pakar IT yang bercakap.

Dato Ahmad Shabery Chik baru berkata Malaysia berdaya menghadapi pencerobohan siber. Ini adalah usaha untuk menyedapkan hati orang ramai yang dikhabarkan mengenai pencerobohan siber besar-besaran terhadap sistem-sistem kerajaan Singapura. Pelakunya beroperasi dari Malaysia.

Bulan lepas pula, terdedah kisah Amerika dan Australia mengintip perbualan talipon pemimpin tertentu Malaysia dan 135 negara lain. Jawapan kerajaan agak kurang tegas dalam hal ini lalu Shabery memberitahu kerajaan akan kemaskini sistem yang ada dan tingkatkan keselamatan sistem.

Isunya berkenaan IT tapi ianya hanya ahli politik sedang mengurus persepsi dan hati orang ramai. Maka janganlah pula pakar IT ingat Shabery bercakap berkenaan hal luar kemampuannya dan mereka pula mahu bercakap pasal hati pula.

Bagi pakar IT, nanti dikatakan hati perempuan macam WIFI. Hanya orang yang ada PASSWORD boleh buka. Manakala, hati lelaki macam BLUETOOTH. Bila dekat dia sentiasa CONNECT, tapi bila berjauhan dia akan TRY TO SEARCH A NEW DEVICE....♡

Wow! Saudagar Cairo mengenal unta

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin, WiFi yg bagi orang guna free tu camna?
Dan kalau password tu boleh hack, camna pula..

jebat berkata...

Salam takzim, tuan haji,

Pada pendapat saya WIFI yang free itu cuma indah khabar dari rupa.

Semuanya BIDAAH TM sahaja sebagaiman saranan SKMM.

Sedangkan yang berbayar perkhidmatan nya - HANCAI !!

Serupa dengan kampung tanpa wire (wayar)

Janganlah perasan wahai TMNUT dan SKMM.

Diam !! Dan balek kampong !!

wan jamak berkata...

apela punya bodo jebat ni. kalau tak paham maksud, jgn komen..

Tanpa Nama berkata...

wan jamak

ko pandai sangat ke?

mana yang tak betul wifi kampung tak berfungsi... kerja batuk di tangga?

jebat berkata...


Wan jamak,
tanpa nama 6:51 pagi,

Terima kasih atAs komen anda.

Saya cuma meluahkan perasaan saya jer dan kemungkinan orang lain juga.

Perkhidmatan TM.NUT memang tak memuaskan.

Dalam sebukan 4 atau 5 kali BREAKDOWN !!(sekurang-kurang nya)+

Tiap kali breakdown mengambil masa l/k 24 jam untuk puliah itu pun menunggu kita report.

Dah lah tu. tiap kali report akan di sambut dengan CERAMAH TM.NUT, surh tekan itu tekan nombor ini, kalau nasib baik 10 minit kemudian barulah di jawab.

10 atau 15 minit menggunakan hand fon adalah 'belanja' !!

Bagi yang berpendapatan tetap mungkian tak jadi apa.

Bagi saya OKU dan duduk di kampung besar maknanya

SKMM pula separuh tidur.

Kementerian Penerangan asyik di bulu oleh ASRO !!

Ini lah nasib kita penghuni desa . Menteri, termasuk PM, wakil rakayat pun tak pandang sebelah mata.

Wakil rakyat cuma pandang kita waktu hampir hari mengundi !!


NASIB OH NASIB,
Itu tak taermasuk BREAKDOWN oleh Sayrikat TAK NAK BERDAYA MAJU !!

OH MALAYSIAKU !!