Khamis, November 21, 2013
Drama kes dera di mahkamah Shah Alam
Husin dapat cerita ni dari Outsyed the Box lalu bantu terjemahkan.
Alkisahnya seorang budak lelaki berumur tujuh tahun sedang berada tengah drama di mahkamah Alam Shah semalam. Ia melibatkan seorang budak yang pernah didera ibu bapa.
Budak ini mencabar keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan dirinya.
Selepas ibu bapa, dia pernah dijaga ibu saudaranya. Di mahkamah semalam, budak ini mencabar keputusan mahkamah untuk beri hak penjagaan kepada ibu saudaranya. Lalu hakim cadangkan datuk dan neneknya.
Kanak-kanak itu berteriak juga memberitahu mereka pun memukulnya.
Selepas menimbangkan baki keluarga terdekat yang ada dan cara didikan anak-anak dalam keluarga budak ini, hakim mengambil tindakan meminta budak lelaki ini cadangkan siapa yang dia mahu ikut.
Selepas panjang lebar mahkamah berhujah dan hingga memakan masa dia kali rehat untuk membuat rujukan undang-undang dan kes-kes lepas serta berbincang dengan pegawai-pegawai kebajikan, hakim memberi hak penjagaan sementara budak ini kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Pada pandangan hakim, budak lelaki selamat dari dipukul sesiapa. Dalam bahasa Inggeris, "the Malaysian national football team are not capable of beating anyone."
He he he .... budak tak kena pukul tapi macam mana keselamatannya? Gawang gol pun tak selamat dan asyik bolos saja!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Bagi kat pasukan bolasepak kebangsaan akan kagi teruk... Asyik-asyik kena belasah je.
Bagi kat pasukan bolasepak kebangsaan akan kagi teruk... Asyik-asyik kena belasah je.
joke ni tak menjadi dalam bahasa melayu
kalau dilanjutkan kontrak...aku tak nak komen...seram
Salam tuan haji,
Siapakah hakim itu ?
Ia tentu Yang Naha Arif President FAM. Oh GEMBALA RAJAH !!
Salam Tuan Haji,
Siapakah hakim itu ??
Ini tentu Yang Maha Ariff Presiden FAM.
OH GEMBALA RAJAH !!!
Catat Ulasan