Ahad, November 13, 2016

Husin Lempoyang ramal ringgit kukuh


Menurut ahlil nujum iktisad dan punahsihat propaganda Mahathir, Dato Abdul Kadir bin Jasin, polisi kewangan Donald Trump akan menyebabkan matawang ringgit jatuh.

Pada hari-hari Khamis dan Jumaat selepas diumumkan Donald Trump memenangi jawatan presiden, ringgit turun ke tahap 4.50 ke satu dollar amerika

Namun begitu, ia bukan sebab polisi kewangan Donald Trump. Itu akal putar alam orang tidak sekolah tinggi.

Adalah kebiasaan pelabur untuk melunaskan untung rugi portfolio pada suku ke 4 untuk menutup akaun pelaburan tahun.

Itu yang pasaran kewangan sering volatile di akhir tahun. Tambah lagi, dagangan yang nipis pada bulan Disember. Maka November masa sesuai untuk jual pelaburan.

Akhbar perniagaan melaporkan RM8 billion kegiatan pengambilan ambil untung dalam bon perbendaharaan Malaysia pada bulan September. Mereka telah menukar 'proceed' ringgit ke US dollar.

Mereka menjangkakan US dollar akan kukuh dari aliran wang masuk disebabkan janji Trump untuk batalkan "repatriation tax".

Ada pihak menganggap ada konspirasi Soros untuk mengaturkan bank-bank menjual ringgit serentak.

Mungkin ia dendam di atas kekalahan Hillary dan mahu pastikan dia tidak gagal di himpunan revolusi berwarna Bersih 5.0 di Malaysia.

Tambah lagi, Mahathir sudah belot dan sama berdendam kerana Boboi tak akan merasa jadi PM.

Lalu Soros dipercayai berani tekan ringgit menjelang Bersih 5.0.

Harga barang akan naik dan Soros mahu membuat rakyat marah hingga sedia undi bekas diktator serta legasi, dinasti dan kroni.

Sebenarnya ramalan ekonomi Kadir Jasin agak donggol. Dia sentiasa salah fakta dan hujah tidak munasabah. Standard bawah dari Rafizi.

Sebagai wartawan, dia hanya pelapor. Setakat kelulusan hanya Senior Cambridge dari St Michael, Alor Setar, tidak cukup ilmu untuk analisa dan ramal.

Dalam menerbitkan majalah Malaysian Business pun rugi. Muhyiddin tak faham tulisannya dan perlu baca The Edge.

Fakta pertama Kadir salah adalah Presiden Amerika tidak boleh campurtangan dalam polisi kewangan.

Federal Reserve bebas membuat polisi kewangan sendiri berasingan dari polisi fiscal kerajaan. Buat masa ini, keadaan ekonomi menuju "recession" dan inflasi terkawal. Tak perlu naikkan kadar faedah.

Kedua, janji "repatriation tax" yang merupakan tarikkan pelabur balik ke dollar.

Ketiga, janji Trump kepada pengundi adalah pertumbuhan ekonomi yang lebih cergas dan potongan cukai yang banyak.

Jika Trump berupaya meyakinkan Governor Federal Reserve untuk kerjasama, pastinya stimulus yang sesuai adalah kadar faedah yang rendah.

Pada jangkamasa sederhana dan panjang, ringgit boleh kukuh kembali selepas permintaan dollar dipenuhi Bank Negara yang ada rizab sebanyak RM400 billion.

Prospek pelaburan FDI banyak nak masuk. Motorola akan melabur balik di Malaysia.

Jika penyangak matawang, Soros dengan bantuan penyangak tua yang ingat dia saja betul cuba juga nak jatuhkan ringgit dan ranapkan ekonomi, Najib boleh minta tolong China.

China boleh jual dollar dan beli ringgit hingga kedua mereka terduduk jatuh fakir. Pasti mereka mahu pertahan kepentingan strategik di Malaysia.

Namun Najib tidak perlu lakukan. Tahulah pembangkang akan spin.

Nanti disama Malaysia macam Zimbabwe yang ekonomi hancur kerana kediktatoran, ketidak cekapan mentadbir dan amalan rasuah kawan baik dan sama tua dengan Mahathir, Robert Mugabe. Jika si tua kembali berkuasa, itu pasti berlaku.

Najib berkawan baik serta main golf sama-sama dengan Trump. Dia tahu Trump ada kepentingan di Malaysia.


Pasti dia akan segerakan pelaburan berbillion-billion ringgit untuk besarkan Trump Enterprise dari kedai barangan am ke sektor hotel, golf resort, casino, permainan gameshow Apprentice, steakhouse, jual tie dan lain-lain barangan mewah.

Jika Soros dan Mahathir tetap berdegil, Trump boleh guna kuasanya sebagai Presiden untuk perangi dua terroris ini seperti ISIS dan dibina tembuk wall.

Atau senang sekali, Trump boleh cengkam "anak kucing" cucu-cucu Soros dan Mahathir. Berhentilah mereka.

BNM cepat kali ini untuk menyedari kejatuhan yang melampau dan segera bertindak. Tidak macam Governor dulu yang dilahirkan tanpa telor.

Wow! Ana main forex dari lebih 30 tahun dulu beb ...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat husin the forex trader.

Ringgit jumps in offshore markets after BNM warning

http://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2016/11/14/ringgit-jumps-in-offshore-markets-after-bnm-warning/

Naik betul ringgit

Tanpa Nama berkata...

30 tahun dh main forex. Tahniah.

Sejauh mana impak kes 1mdb yg disiasat dipelbagai negara terhadap pengukuhan ringgit?

Tanpa Nama berkata...

Ringgit dah mcm daun kering husin gara2 najib.

Tanpa Nama berkata...

Sin, ringgit jatuh lg.
Sekarang punahsihat kader jasin yg betul atau husin dgn reputasi 30 tahun main forex yg betul?