Isnin, November 21, 2016
Siapa pecah undi siapa?
UMNO ditubuhkan untuk satukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan.
Sebaik mesyuarat agong pertama, puak lebai tuntut lebih kerusi dalam jawatankuasa.
Bila Haji Ahmad Fuad tidak dapat dan disogok British dengan jawatan di Pulau Pinang, dia keluar dan bersatu dengan puak Hisbul Muslimin untuk tubuh PMIP yang kemudian jadi PAS.
Dari situ, PAS jadi pemecah undi Melayu UMNO. Namun begitu, suara Melayu perlu di sebelah pembangkang.
Setiap kali ada pergeseran dalaman UMNO maka muncul parti baru seperti Semangat 46, Adil (PKR) dan Pribumi Bersatu untuk pecahkan undi UMNO.
Beberapa tahun lepas, timbul pula PAN untuk pecahkan pula undi PAS yang selama ini untuk pecahkan undi UMNO.
Kini Perkasa pula muncul sebagai pemecah undi Melayu terbaru.
Katanya dia nak tanding kawasan yang DAP dan PH tanding. Nampaknya macam pemecah undi kepada pemecah undi Melayu UMNO dan PAS.
Tetapi ahlinya atau potensi pengundi adalah dari ahli-ahli UMNO dan sedikit sebanyak PAS.
Jika dia tanding kawasan yang ditandingi DAP dalam kawasan majoriti Cina, Perkasa hanya pecahkan undi minoriti Melayu.
Pening nak faham strategi Perkasa sebab dulu banyak betul cakap tentang penyatuan Melayu.
Anggap saja halatuju politik Perkasa itu unik dan berlainan. Maka Husin tertanya pula jika demikian, siapa pula akan pecahkan unfi Perkasa?
Wow! Banyak duit nak tanding 50 kerusi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Apa nk melayu sgt.
IPP dh let go ke china.
Biasiswa student kena potong.
Subsidi minyak masak kena potong.
Gas memasak naik harga.
Hosp kerajaan pun naik charge.
Pengangguran masih tinggi.
Projek kerajaan bnyk xle jalan.
Apa yg rakyat perlukan?
Keretapi laju ke pantai timur.
Ini logik apa tuan husin lempoyang?
Mcm mn xpecah..
Dh ada pemimpin kantoi abes. Dh kantoi urat malu plk hilang.
Yg blakang duk sokong kemungkaran dan kebatilan.
Yg sokong pun xcerdik mana.
Ada pulak gangster berdarah hidung.
Ada plk haji gadai iman dan akal.
Haji mabrur ke melebur?
PERKASA bakal jadi PEKASAM.
Tungga saja PRU14
Permainan politik Akta355 sudah lama digunakan UMNO untuk memancing undi orang orang islam/melayu sejak tahun 1986 lagi....
Permainan politik ini diteruskan dengan memperbodohkan PAS sebagai macai baru. Sudah berbelas kali Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan, pi mai pi mai tang tuuu jugak.
Umno memerlukan macai baru untuk "re-fresh" permainan isu ini. Kesian ahli ahli PAS berketuakan macai UMNO.
Permainan politik Akta355 sudah lama digunakan UMNO untuk memancing undi orang orang islam/melayu sejak tahun 1986 lagi....
Permainan politik ini diteruskan dengan memperbodohkan PAS sebagai macai baru. Sudah berbelas kali Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan, pi mai pi mai tang tuuu jugak.
Umno memerlukan macai baru untuk "re-fresh" permainan isu ini. Kesian ahli ahli PAS berketuakan macai UMNO.
Elok disarankan PM Singapore menggunakan kaedah kelepek untuk membolehkan KDNKnya berada di tahap minima+4%.
Malaysia pula sepatutnya berada pada taraf KDNK +8% jika lebih telus tanpa perlu menaikan kos sara hidup rakyat.
Pendekatan Singapopre ialah tidak menaikan kos sara hidup rakyatnya ketika dalam kedudukan - tetapi Malaysia yang + sedang menggila dengan BN (Barang Naik)
Bila agaknya semua ini akan bee end.
Pencapaian 4.30% tu ok lah banding negara lain yang hanya negatif...capai 8%?... tak mustahil akan tercapai insya Allah.
Catat Ulasan