Khamis, April 13, 2017

Diktator diakhir hayat ....


Mereka yang berfikiran diktator berpakaian sama.

Khabarnya akan tinggalkan PPBM untuk pegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan ekoran Lim Kit Siang tidak sedia memegang jawatan tersebut. Sedia diterima setelah anggap Lim Kit Siang yang biadap macam komunis sebagai patriot.

Mat Sabu rasa syok sekejap sahaja mempengerusikan mesyuarat tetapi akhinya bukan dia menjadi Pengerusi. Seteru lama puluhan tahunnya juga yang diterima.

Jika menang, dia bakal kembali menjadi Perdana Menteri.


Sudah berangan mahu kembalikan pengswastaan. Ramailah penjawat awam bakal dibuang atas kehendak "think tank" DAP. Itulah bakal akibatnya jika pegang jawatan tanpa cukup kerusi dibelakang.

Dengan cara pengswastaan, boleh salahlaku dipulihkan kembali - cronyism, power abuse and corruption, false efficiency, rising cost of living, and easy money from stock market play.

Dengar sahaja arahan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dia pun sedia terima.

Lupakanlah nak jadi diktator kembali. Hasrat DAP mahu berkuasa. Bukan Lim Kit Siang untuk kota janji. Lihat saja pengkhianatan yang  dilakukan terhadap PAS. Semua boleh nampak dan tak perlu teka-teka macam fitnah 1MDB.

Sampai kini tiada akhbar disaman atas "fake news". Tiada perlu berdalih-dalih. Bacul?

Janji kamu pada orang Melayu masa dahulu masih dicapati. Wawasan bakal tinggal warisan. Dahulu berdegar mahu membela Melayu. Diakhir 22 tahun, kamu salahkan orang Melayu di atas kegagalan kamu.


Mengikut rancangan, jawatan itu pula akan diserahkan kepada Anwar Ibrahim setelah terima pengampunan dari Agong.

Satu pengakuan salah memenjarakan Anwar atas salahlaku liwat bukan kerana salahlaku meliwat tetapi demi untuk kekal lama sebagai Perdana Menteri. 

Semua sudah persetujui dalam perjanjian sulit di suatu ketika. Si anak pun suka bekas diktator dikembalikan untuk jadi PM boneka.
 
Wow! Seorang diktator mengakhiri hayat dalam kehinaan

1 ulasan:

Raja Kumbang berkata...

Jangan jadi bodoh, stail tu dipanggil Nehru Jacket. Tahu ke siapa Nehru?