Isnin, Mei 13, 2019

Bermaaf-maafan ala Cap Bunga


Satu trend akhir-akhir beberapa tahun ini untuk kita memohon maaf dalam ucapan hari selamat berpuasa.

Eloklah tu sentiasa bermaaf-maafan untuk lebih menyedari tindak tanduk dan tingkah laku terhadap orang lain.

Tapi bila meminta maaf digunakan sebagai hujah politik, mesti ada tak kena.

Teringat penyokong-penyokong PPBM yang guna taktik pujuk ketika Atoq diserang bertubi-tubi.

Mereka tak terdaya pertahan kesalahan-kesalahan, kegagalan-kegagalan projek berbillion-billion, dan transaksi-transaksi yang disyaki rasuah dan menyamun yang lepas melibatkan Atoq.

Lalu penyokong Cap Bunga guna taktik lembut untuk mohon dimaafkan sebagai sesama orang Islam.

Bila ditanya boleh percaya ker? Mereka kata dah tua. Pasti dia menyesal tak mahu buat lagi. Kan dia dah minta maaf.

Betul dia minta maaf tapi dia cuma kata maaf jika salah anggap dia bersalah tanpa sebut dan perakui kesalahan.

Puak-puak ini minta dimaafkan supaya Atoq boleh Selamatkan Malaysia sambil bibirnya berjuih-juih melakunkan tangisan.

Kalau gitu, bolehkah betul-betul bermaaf-maafan sesama kita.


Dato Najib pun sedang maafkan Malaysia dari ditipu, diseleweng dan ditindas kerana fitnah, pembohongan dan kezaliman yang berleluasa.

Wow! Tak semulia mana, trick serba tak menjadi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelabur2 tempatan, unit trust, pelabur TH dah rugi beribu2 malah berpuluh2 ribu, nak maaf macam tu je ke? Tak kita lagi susahnya hidup selepas dibuang kerja!