Jumaat, Mei 10, 2019
Syed Saddiq teringin kahwin
Setelah setahun jadi Menteri dan rasa dirinya sudah stabil hidup, Syed Saddiq teringin nak mendirikan rumah tangga.
Kalau boleh, lepas Raya dia nak langsungkan sebelum saham jatuh bila Dr Mahathir tidak lagi Perdana Menteri.
Ibunya cadangkan seorang anak gadis Pak Imam Masjid disebuah kampong di Johor Baru. Lalu Syed Saddiq minta orang merisik.
Dia diberitahu sudah ramai tanya-tanya tapi masih sempat. Pak Imam buka peluang untuk semua. Datang hari Sabtu lepas asar untuk "interview".
Rupa-rupanya ada tiga calun yang dipanggil pada masa yang sama.
Pak Imam: Anak ni namanya siapa?
Calon 1: Nama saya Yusof.
Pak Iman: Haaaaaa, cantik nama. Nama nabi tu, cuba kau baca Surah Yusuf. Pak Imam nak dengar.
Lalu lelaki tersebut pun membaca surah Yusuf dengan lancar dan tenang. Maklumlah lulusan Empat Senawi dari salah sebuah sekolah pondok yang agak terkenal di Selatan Thailand. Alhamdulillah kata Pak Imam.
Kini tiba pula giliran calon ke-2 untuk di interview.
Pak Imam: Nama kau siapa nak?
Calon 2: Nama saya Ibrahim, Pak Imam.
Pak Imam: Alhamdulillah, cantik nama. Cuba kau baca Surah Ibrahim, baca dengan betul ye.
Tanpa masalah, calon ke-2 pun memperdengarkan bacaan Surah Ibrahim di depan Pak Imam. Sungguh merdu suaranya, betul bacaan tajwid beserta dengan taranumnya sekali.
Alhamdulillah, maklumlah calon ke-2 ini lulusan dari Universiti Al-Azhar.
Kini tibalah giliran Syed Saddiq. Berpeluh-peluh dahi dan tangannya bila disalam oleh Pak Imam.
Dalam hati, Syed Saddiq tertanya-tanya surah apa yang akan disuruh baca sebab tiada surah Saddiq dalam Quran. Dahlah tu sejak khatam masa kecik, langsung tak sentuh lagi Quran.
Terasa menyesal habiskan masa muda clubbing.
Pak Imam: Nak, nama kau pula siapa?
Syed Saddiq: Errrrrrr...... nama betul ikut IC, Saddiq, Pak Imam. Tapi kat rumah, mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahu Ahad....
🤣🤣 Pandai mengelat
Wow! Fatihah tu yang kena betul bacaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Wow!
Menghina para Habaib Rasulullah Saw sama seperti menghina Rasulullah Saw
Catat Ulasan