Apabila Nurul Izzah sebuta Melayu sepatutnya bebas berugama seperti orang bukan Melayu bebas berugama, takkanlah maksudnya orang Melayu tak bebas dalam amalan agama Islam.
Dalam konteks soalan yang ditanya kepada Nurul oleh seorang peguam aktivis hak asasi manusia Melayu bernama Siti Kassim, maksudnya jelas. Tapi Husin cadangkan anda baca tulisan YB Dato Zulkifli Nordin di sini.
Husin tak mendalam dalam pemahaman ugama dan Quran tapi tahulah sedikit-sedikit dari belajar bapak ana yang merupakan seorang Imam dan Naib Kadhi.
Hairan Husin apa perlu orang Islam sibuk sangat nak jadikan Islam sama dengan ugama lain. Apa perlu kita lihat Islam dari kacamata orang bukan Islam? Apa perlu kita terima pakai cara-cara pemikiran dan weltanschauung dari barat?
Apa itu weltanschauung? Saja Husin nak eksyen sedikit guna bahasa-bahasa Jerman. Maksudnya pandangan (atau world view).
Macamlah orang cakap pasal hak asasi manusia. Buat apa nak ikut pemikiran barat. Islam dah pandang lebih lama dan jauh mengenai hak binatang, pokok, dan alam sekitar masa orang putih masih makan tiada beradab sopan macam binatang.
Renaissance di Eropah lahir selepas Perang Salib dan ditiru dari tamaddun Islam.
Islam itu lebih hebat dari ugama lain. Kita harus sentiasa menyedari kehebatan tuhan yang disembah. Faham dan amalkan ayat kursi.
Ertinya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yangAllah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).Bila disebut Kursi, bukanlah Kerusi. Dari memeningkan bukankah baik Tuan Nik Sadik Sigaraga katakan arash saja.
Selepas ayat Al Baqarah 255 ini, ayat Al Baqarah 256 pula. Ayat ini yang "Ustazah" Nurul Izzah sudah main hentam saja cakap.
Ertinya:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Kalau dibaca seluruh ayat ini, tiada paksaan dalam berugama (Islam) bermaksud tak perlu paksa orang masuk Islam. Kesempurnaan dan kehebatan ide dan mesej yang dibawa Islam sudah cukup untuk menarik orang kepada kebenaran Islam.
Tak perlu orang bukan Islam dipaksa masuk Islam macam orang Sepanyol paksa orang Islam dan orang Tempatan di Amerika Selatan dan Filipina masuk Kristian.
Maka bukanlah maksudnya tuhan benarkan orang Islam murtad masuk ugama lain. Tak lojik bagi tuhan membenarkan makhluknya mengengkari perintahnya. Takkan Allah 'flip flop' sekejap tayangkan Tanda Putera dan sekejap lagi tak boleh atas macam-macam helah?
Sebagai orang Islam, mana boleh dianggap Islam itu sama dengan ugama lain? Takkan setanding tawhid dan lain-lain aspek Islam dengan ugama yang lain.
Menurut perlembagaan pun, kedudukan Islam itu lebih tinggi tarafnya dari ugama lain hingga ianya bukan uagam rasmi dan ada peruntukan-peruntukan undang-undang yang ugama lain tidak ada.
Lagi satu pula ialah, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di tanah Malaysia. Hanya orang Melayu saja dalam dunia yang ada takrifan legal dan ditakrif bahasa, cara hidup dan ugama Islam.
Orang Melayu yang murtad dan masuk ugama lain itu mungkin sekali hatinya belum Islam dan imannya begitu rapuh hingga boleh terkeluar Islam atau tak pernah Islam.
Itu sebab arwah ayah selalu pesan pada Husin supaya amalkan baca surah Kursi banyak supaya kita hayati kebesaran tuhan dan kuatkan iman. Dengan demikian, macam mana orang yang perasan cerdik pandai cakap dan putar, kepercayaan kita pada Islam tetap kuat.
Hairan orang Melayu lebih fikirkan pasal bangsa lain dan ugama lain dari kepentingan bangsa dan ugama sendiri. Takpa kita berusaha adil kepada bangsa dan ugama lain tapi jangan sampai kepentingan dangsa dan ugama sanggup digadaikan.
Ini hanya fenomena yang hanya berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dah hampir-hampir ke pilihanraya, banyak yang sudah berhenti amalkan Ayatul Kursi.
Yang amalkan ayat Kerusi.
Wow! Lebai yang segan pertahan Islam patut dijual pakai kati.
17 ulasan:
Tuan Haji.., Kalau benih baik, jatuh ke laut jadi pulau. Kalau hampeh, jatuh ke laut jadi puako. Buang jerlah tudung tu. Go and join Alvin (NUS Law student) & his girlfriend, Vivien. At least they are proud and don't feel guilty of doing it. Tak saman sesiapa pun. Ini tak, Malaysiakini punya hal tak fasal-fasal Utusan nak kena saman, UMNO pulak disalahkan. Osman Baku (TV2) cakap : "Puan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.. he..he.." Sesungguhnya suatu petunjuk dari Allah swt untuk kita sama-sama fikirkan. Wallahua'lam.
Sepatutnya kita bersyukur, lahir aje berbangsa Melayu secara auto Islam. Keluar aje, terus di azan dan qamat.
Pkr ni kerana undi/kuasa sanggup gadaikan akidah dan agama.. Pas sentiasa sokong... sbb dua2 parti 2x5
murtad tak penting dibolehkan..
kebebasan agama utk org melayu anut itu biasa, disokong..
seks songsang boleh itu hak..
semua agama sama..
Pas/Pkr semakin songsang kerana kuasa/undi/putrajaya, agama pun sanggup dijual
tu lah asil anak yg bekas lobang taik, papa dia cucuk belakang mak dia..pas tu terus pancut lobang depan mak dia maka jadi lah anak otak mcm ni. ..otak taik,
kenapa takde orang pkr dan pas hentam ko, husin?
tak yakin mereka nak hujah dng ustaz hj husin
salam tuan hj usin
mcmni lah keadaan kita yg hidup di akhir zaman,yg terselamat hanyalah krn Allah nak kita selamat,..
teringat kata guru di kampung...
"kita tertipu kerana kita penipu"
"penipu akan lebih percaya kpd penipu"
percaya atau tidak,kta je yg tau kebenaran kata2 guru tu...
mmg jual org lagi bagus...
memang haram.. haram jadah punya pas dan pkr. Yang penganut kristian sebuk2 nak bincang tentang islam dalam gereja kenapa. Ada ka umat islam bincang dan kutuk agama mereka dalam masjid. memang harami sungguh
Tuan haji husin,memang betul dunia dah akhir zaman.kerana politik fitnah berluasa,umat islam dah tak jaga tutur dan kata dan tak tahu syurga dan neraka.ohh nasib bangsa dan agama ku.
Salam sin.skrg semua org.nak tunjuk pandai ugama lebih2 lgi islam.sebab tu timbulnya tuan2 guru mcm cendawan tumbuh lepas hujan,salah sorangnya yg top skrg ni..tuan garu chua so lek yg asyik mengajar agama dgn aktif dan mengeluarkan fatwa yg bermacam2.menjadi rujukan kepada iman muda.wow ana mahu mengaji agama lahh..
Apa kata kalau husin panggil nik aziz dan nurul izzah belajar islam dengan husin.Ana tahu husin berkelayakan untuk mengajar mereka,anak naib kadhi tak kan tak boleh tambahan lgi husin pernah berguru dgn YAB. Dato Sri Najib.
Kelab generasi baru kalau nak komen,biarlah menunjuk kan kita berakhlak dari yg menulis blog.
Puak2 pembangkang salahkan umno bila berlaku sesuatu isu,hakikatnya umno lah yg membela melayu dan islam selama ini.sebab tu lah kalau kita pusing satu malaysia kita dapati masjid lebih banyak drp orang dan ramai melayu merempat drp bangsa lain.ohh..malaysia tercinta!
Salam,
Ada seorang Ustaz ajar saya baca Ayat Kursi beberapa kali (3 atau 7 kasli) dan tiup kat gambar orang yang puaka supaya nanti lagi hura hara jadinya orang itu. Sekiranya orang itu orang yang baik kita buat begitu akan bertambah pahalanya.
Masa ana mengaji pondok dulu pernah guru ana perpesan kepada anak muridnya,janganlah kau buka keburukan orang lain.kerana nescaya Allah akan buka keaiban kau.betul tak tuan haji maulana shaik al husan kata guru ana tu?
Betul. Lihat saje aib2 puak pembangkang yg terus terdedah dan didedah. Bukankah hasil dari keceluparan, keseronokan mereka mendedah, memaki, mengumpat sejak dulu hinga kini. Akhirnya aib mereka dan pemimpin mereka didedahkan Allah. Itu pun masih ade yg tak nampak balasan Allah sebaliknya menyalahkan UMNO.
kalau betul shaik husin,tak payahla kita dok kata aib orang sana!kalu sana dok kata kita pun.biarkan lah,kalu betul kita ikhlas dan berjuang demi kepentingan agama dan bangsa,rakyat dapat menilai semua tu.yang tak sedap hati den ni..betul ke mereka tu ikhlas.Bila saya menyuarakan pendapat dalam musyuarat cawangan,mereka tuduh den talibarut pembangkang.
Catat Ulasan