Sabtu, November 03, 2012

Hikayat 'Sadik Sigaraga' bersambung: Enggan letak jawatan


Husin teringat Hikayat Sadik Sigaraga lama yang mengisahkan seorang menantu menjual begitu banyak harta negara hingga rakyat marah kepada ayahanda mertuanya.

Serupa pula macam kisah saudagar penipu bernama Sadik Sigaraga dalam cerita P Ramlee. Cuma kelainan sedikit adalah si Penasihat dengan Menantu orang yang sama. Menantu pula bukan jual harta bapa mertua. Akhirnya ayahanda letak jawatan akibat dari tekanan rakya.

Nampaknya Hikayat lama Sadik Sigaraga boleh disambungkan.

Semua Sadik Sigaraga kuat tidor dalam majlis

Baik Sadik Sigaraga dulu dan Sadik Sigaraga baru, semua kuat tidor dalam majlis.

Kali ini, watak  Sadik Sigaraga itu bertukar jadi Tuan Nik 'Sadik Sigaraga.' Kalau Sadik Sigara dulu saudagar penipu, Tuan Nik Sadik adalah ulamak palsu yang kuat menipu. Dia hanya umarak dan selalu tak jaga adab mulut. Kuat salahguna ugama untuk politik.

Menantu pun ada dan pernah diberi jawatan tinggi dalam kerajaan.

Lain dari Hikayat Sadik Sigaraga sebelum ini, kisah-kisah menantu Tuan Nik 'Sadik Sigaraga' menyamun sudah berlaku.

Dah diberhentikan dan berhadapan dengan siasatan. Nasib dia baik kerana penyaisat adalah peminat Tuan Nik Sadik dan diusahakan cara dengan membetulakn dokumen lepas hingga terlepas.

Orang Kelantan kata Tuan Penasihat pun ada.

Bagi yang tidak tahu helah dan polisi yang hanya propagandanya, mereka kata dia  pakar ekonomi dan kewangan.

Dia juga telah didedahkan. marah dia didedahkan macam-macam, Tuan Penasihat sudah kemaruk kerja saman orang sana sini. Orang lain menyaman pun dia bantu untuk dapat kenakan orang yang dedahkan salahlakunya.

Dalam kisah Tuan Nik Sadik, Tuan Penasihat juga adalah Menteri Kutip Royalti.

Hikayat Sadik Sigaraga baru akan bermula dengan hal Tuan Nik Sadik berhadapan dengan tekanan untuk berundur.

Tuan Nik Sadik marah dengan tuntutan undur. Tak dipeduli dia pernah berjanji akan berundur jika Mamak Bendahara yang sudah mentadbir 22 tahun letak jawatan.

Sudah 9 tahun Mamak Bendahara letak jawatan.

.. akal yang bijak dan tajam ...

"Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat, kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu," kata Tuan Nik Sadik beberapa hari lepas.

Betul tidak kita kata Tuan Sadik ni kuat menipu.

Penyakit Tuan Nik Sadik sudah tidak mengizinkan. Setiap hari kena pergi tabib untuk disinarkan cahaya. Banyak kerja dah diberikan orang lain uruskan. Tunggu masa dia akan hilang kawalan dalam mentadbir negeri.

"Badan sihat pemikiran yang tajam dan matang perlu demi memartabatkan slogan negeri ini, Membangun Bersama Islam. Kami selalu berbincang berbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya," katanya dalam sidang media.

Memang dia tengah lalok, bak kata orang Minang.

Tak sedar agenda negara Islam dah ditukarkan Presiden parti menjadi Negara Kebajikan atas kehendak Sheikh Aljuburi. Hukum Hudud akan menaikkan kemarahan peguam Benggali hingga terpaksa buat perangkap dan fitnah parti Cina pihak lawan sebagai anti hudud.

"Saya tidak akan layan desakan daripada mana-mana pihak supaya saya lepaskan jawatan lebih-lebih lagi dari 'pemimpin buangan', kecuali dari parti (Pas)sendiri."

Marah Tuan Nik Sadik didesak melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.


Katanya, sebagai ketua kerajaan dan Menteri Besar beliau boleh menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir kerajaan kepada pegawai di bawah asalkan minda cergas.

"Setiap ketua ada orang di bawahnya, jadi kita boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan kerja-kerja (tadbir) kepada orang di bawah walaupun saya uzur fizikal.

"Sihat atau tidak inilah saya...nak lawan Umno bukan perlu ada pada tubuh sihat tapi perlu pada otak betul," katanya.

Minda dan otaknya masih cergas

Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin minda dan otaknya masih cergas walaupun dari segi lahirnya kelihatan uzur atas faktor usia.

Dibelakang Tuan Penasihat toleh ke arah Menantu dan mengenyit mata. Menantu tersenyum dan angkat tangan menunjukkan dua dan lima dengan jarinya.

Tuan Penasihat faham bahawa dia perlu banyak menjual. Dia angguk-angguk kepalanya perlahan-lahan sambil mulutnya kumat kamit tanpa mengeluarkan suara, "Ya, setuju 25% untuk mu."

Hikayat satira baru bermula ...

Wow! Tunggu Tuan Nik Sadik Sigaraga marah untuk dijual.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husin Lempoyang dah dapat sasaran.

Selamat kembali dan hiburkan kami dengan kisah Sadik Sigaraga terbaru.

jebat berkata...

Tuan Haji Husin kueh Lompang,

Cerita tuan itu adalah dari Hikayat Tiga Abdul,

Kata orang Teonghua 'SAM DOL'

Cerita iai sangat menarik. Lebih-lebih lagi versi teonghua atau sam dol.

Harap dapat dengar cerita sambungan nya.

Tanpa Nama berkata...

Mu kena bubuh juga Sin..
ADUN PAS Gaal SINDIR Tuan Nik dalam DUN.

Muahaha..

hassan siakap berkata...

KJ penasihat 25% bila nak kena lelong.....

Tanpa Nama berkata...

Apekah KJ kena lelong bru nik ajis & penasihat nak letak jawatan. Jgn nak klentong la wak. Dasar parti Penipu Rakyat semua nak tipu. Pastu bgi alasan. Orng dh muak dgn PR punya tektik.

Tanpa Nama berkata...

sebelum kj muda, lelong dulu dato kj kroni anwar. sapu masa dlm umno, lompat masuk pas piss pusssy . . .

Tanpa Nama berkata...

Ada baiknya tuan sadik terus mentadbir....

Tanpa Nama berkata...

klu setakat ini aja hujah utk lemahkan pr....xterbanding dgn kereta yg diperolehi secara ehsan oleh anak nazri aziz..

Tanpa Nama berkata...

cik husin kalau nak buat lawak pasal burukan pakatan rakyat pun biarlah nampak cerdik sikit..dengar cerita kau ni belajar tahap double mejor,tapi tulisan kau tahap SRP..

Tanpa Nama berkata...

nak hujah2 tak yah baca husim lempoyang, pergi dgranwar juburi.

husin bukan double major, master dia pun double major

apa susah nak tadbir kelantan. yg susah cuma nak urus org kelantan yg dah terbiasa dibohong dan ditipu.

mereka lebih suka tuan penasihat dan menantu kaya raya dari hidup mereka senang.

Tanpa Nama berkata...

jangan marah nanti kena jual..ha.ha

Tanpa Nama berkata...

Itu la..jangan usik si husin tu..kan unta dia dah marah dahh.wow! suka bela orang dari bela unta.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Nik perabis duit, beli nombor kereta plet Kelantan D 1. Menantu ka punah sihat yang bagi nasihat.

Tuan Nik sakit kepala, fikir fasal budak-budak dia mahu bergantung harap pada dia lagi.

Memang betul lah, dalam parti dia..mana ada bijak pandai, kalau tak dah lama dia boleh bersara.

Sebab tu ada seorang budak nakal dalam parti dia berfantun,

"Yang tua tua bersaralah,
bagi pula kepada generasi muda mentadbir urus".

Nasib ADUN Gaal lebih baik dari bekas timbalan, kalau tak ada yang kena Celako, Celako, Celako..Ambo bue sekali lagi..Celako!".

kalau ditanya Tuan Nik, pandangan dia dari kenyataan Adun gaal.. pantas di jawab.."Ambo tok tahu, ambo sakit perut".

macam mana Tuan Nik nak lepas jawatan, sebab dah 22 tahun dia di bangku MB, dia tahu budak2 dia sorang pun tak sebijak dia.

Tanpa Nama berkata...

Apa susah2,bior aje tuan haji husin ganti nik berabis tu..husin kan ada major master lagi pun dari sudut islam pun haji husin lebih islam dari nik perabis tu..cuba tanya haji husin,mesti dia guling2 seronok.

Tanpa Nama berkata...

Hussin Palat berkata.......

mu buat cerita gapo pulak nih...

Tanpa Nama berkata...

Biasa la hanya orang yg tak berapa nak cerdik aje,mengaku dia pandai dan orang yang jahil je mengata dia lebih islam dari orang lain.agak2nya kau tahap level mana sheik haji al husin.

Tanpa Nama berkata...

pencacai PR ni kalau x tulis fitnah x tido mlm gamaknye... sape tah yg munafik?kalau hari ini pm letak jawatan sy pun akan letak jawatan... ni kubo dah panggil mari2 mari ... masih x nak tinggal jawatan tu... nak bwk ke liang lahad ker?????

Tanpa Nama berkata...

Kelebihan yg ada pada si husin ni,dia ada unta yg boleh ditarik kehulu hilir dan kuda tungangan yg dengar cakap tuannya.wow.. beruntung sihusin,aku apa pun tak daa..hu.hu

Tanpa Nama berkata...

sihusin tokey unta doh tulis tu,ada betul wahai sahabat budiman? kalau sahabat kata itu betul alangkah malangnya otak yg tuhan berikan.atau yg sihusin dok tulis tu bukan fitnah.renung2kan dan fikir2kan,selamat merenung.

Tanpa Nama berkata...

tapi usin, menantu si sadik segaraga yg baru si Kera J tuh idup lagi, siap dpt jd Pengerusi PUNB.. camno usin??