Isnin, November 05, 2012

Rais bohong ala zaman Wayang Pacak


Zaman kecil-kecil dahulu, satu acara yang Husin gomar bilo balik kampung adalah tengok wayang pacak dari Unit Wayang Gambar, Jabatan Penerangan. Ia dipanggil wayang pacak pasal skrinnya main pakai pacak kayu batang pokok atau buloh.

Padahal Husin duduk di bandar dan rumah ada TV. Setiap kali balik kampung rumah Dato dan ada wayang pacak datang ke kampung, Husin seronok untuk turut serta.

Bukan pasal wayangnya pun, selalunya drama RTM ajo, tapi seronok duduk ramai-ramai atas tikar dengan sepupu-pupu dan pakcik makcik serta jiran tetangga yang kebanyakkannya kaum keluarga sama-sama bentang tikar tengok wayang atas padang.

Lecehnya adalah tongah babak-babak yang best best dan suspens, maso tulah tayangan tergendala. Ado sajo alasan. Masaalah projector lah apo. Sambil itu, kono donga kojap ceramah Jabatan Penerangan.

Wayang free kono lah donga iklannya.

Macam tu zaman takdo TV dan Internet di kampung-kampung. Yang ado, cumo radio.

Inilah maso orang-orang kampung mendonga khabar dari kerajaan mengenai polisi, dan usaha-usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, penyelesaian masaalah rakyat dan lain-lain.

Sebaik habis sajo penceramah bercakap, maso tu lah projector tibo-tibo dah baik. Babak best atau suspens diulang sedikit dan disambung semula cerito sampai habis.

Perkara lucu yang Husin tak boleh lupo hingga  ke tuo adalah setiap kali hujan tiba-tiba turun,  mencecet-cecet orang bangun, gulong tikar dan lari  balik dalam keadaan tongah-tongah malam  golap gulita.

Yang paling lucu bila ado yang tertidor masa tengok wayang dan lambek sodar hujan turun. Dengan  baju basah, menceret lari balik.


Itulah kisah-kisah manis masa kanak-kanak yang tidak boleh dilupo.

Ada orang sekarang kata propaganda atau bohong rakyat, tapi Husin kata tidak juga. Buat apa-apa berita-berita tak baik nak dihebuhkan dan menyusahkan hati rakyat.

Lagi pun, khabar angin bukan selalunya betul. Buek apo nak dibantu sebarkan berito buruk yang dah tentu tersebar sendiri.

Ianya tak membantu rakyat pun. Rakyat kampung sibuk dengan harian mereka membanting tulang cari makan untuk besarkan anak dan baiki kehidupan. Buat apa kita resahkan hati mereka dan huru harakan keadaan.

Bila dia tahu kerajaan sedang berusaha, tidaklah mereka risau. Maso tu banyak komunis dan ejen mahu kucar kacir negara.

Kini zaman komunikasi dan maklumat. Tak perlu lagi tayang wayang. Kadang-kadang majlis belum solosai, kenyataan seseorang yang bolum habis tapi inipati kenyataannyo dah tersebar sebagai SMS,  email, laman web dan lain-lain.

Kecepatan dan banyaknya butiran dalam maklumat yang tersebar tak membolehkan maklumat salah disebarkan, dan pembohongan tak dapek kokal lamo.

Ditambah lagi, seperti pernah dikatakan Ketua Pengarah JASA, Dato Fuad Hasan, masyarakat sekarang tidak lagi anggap kebenaran itu mutlak tetapi hanya kebenaran relatif. Orang tak main donga dan akur sajo apo dikatakan pemimpin dan pihak berkuaso. Orang kampung tau kato den pun ado pendapek dan pandangan tersondiri.


Ini semua rakyat tahu dan sedar, melainkan Menteri Penerangan yang mana JASA dibawah bidang kuasanyo.

Apo cerita Dato Rais nak arah-arah dan akur-akur ni? Kita bukan duduk Zaman Batu, zaman wayang pacak pun dah takdo. Apo bondo nak arah orang perlu akur?

Kenapa Husin tegur begitu sekali?


Apabila dia kato wayang Tanda Putera ditangguhkan penyiaran kerana Lembaga Penyiaran Filem (LPF) tidak luluskan penyiaran, Husin tahu tu bohong.


Peminat filem, peminat sejarah dan orang ramai tahu ianya bohong. Orang kampung dan orang tak pandai pun tahu ada sesuatu di sebalik.


Takkanlah filem tu boleh ditayangkan terbuka kepado media di panggong wayang The Curve pado Julai 18hb jika takdo kelulusan LPF.




Takkanlah wayang sudah belanjo buek poster dan gezet tapi takdo ceritificate PG13 dari LPF? Lagu Awie pun ado.


Wayang dah nak ditayangkan pada September 13. Tibo-tibo Ketua Pengarah FINAS kata maso tak cukup nak kempen pemasaran untuk filem sejarah begini. Maso tu dio kata sibuk rayo dan merdeka. FINAS nak promosi ke sekolah dan universiti.

Cakap ajo. Tak dibueknyo.

Husin tahu perkara ini timbul pasal Rais takut pada tekanan yang dibuek DAP komunis dan dipengaruhi Presiden Gerakan yang tiada telor sampai Penang kalah. Tan Sri Koh Tsu Koon nak tutup sejarah lamo gerakan maso 13 Mei. Alahai Gerakan ni tunggu maso nak berkubur.


Rais ni pun banyak sifat dengki dan kuek ngampu tunjuk pandai. Pakar dalam hal baling batu sorok tangan. Tak ko gilo hari ni Timbalan Rais pertahan filem Tanda Putera dalam Dewan Negara. Sehari dua lopeh tu dah konar cerito lain.

Malu Kementerian Penerangan.


Dasar orang tangan sotong dan kuat taichi suka bebankan tanggungjawab atau salahkan orang lain di atas keputusan yang dibueknyo sendiri. Dahlah itu, suka pula menyusahkan orang bawah dia.

Perkara ini dibawa ke Mesyuarat Kabinet dan ditetapkan bahawa biar LPF buat keputusan. Lepas dihantar sekali lagi, pertama kali dalam sejarah filem tempatan kena permohonan LPF dua kali, dan LPF tetap luluskan.


Akhirnya dipersetujui dan diumumkan akan tayang pada November 15hb, 2012. Poster sudah keluar pun. Hujung poster bosar ditulis kelukusan P13 dengan nombornya sekali.


Apo ceritonya tak dapek kelulusan LPF ni, Rais?

Sebonarnya Husin dah tulis cerito ni banyak kali. Ado sampai 9 kali, huh! [Maaf bahasa Inggeris, bacolah di sini, sini,  sini, sini, sini,  sini, sini, sini dan sini.] Maklumlah orang sayang dan merasa jaso budi Tun Razak.

Kawan-kawan den beritahu pada 17hb Oktober baru-baru ini, Mantan PM dan dalam majlis lain, PM dan Menteri kabinet pun tengok filem ini. Menangis dan sayu mengenangkan pengorbanan Tun Razak dan Tun Ismail menyelamatkan negara yang dikucar kacir pengacau dan pengganas. Dato Najib kata filem mengenai bapanya bagus.

Kalau tak kasi nak tayang tak payahlah Rais nak bohong. Sendiri sudah arahkan FINAS usah kasi panggung tayangkan filem, ngaku sajolah. Orang tak cayo FINAS tak ikut arahan Rais.

Biarlah filem Tandaputera dilihat takyat jelata. Dah ado kelulusan LPF tu, biarlah tuan punya filem cari makan dan tayangkan kek mano dia suko. Tak kiro lah dia nak tayangkan sebagai wayang pacak atau tertutup kepada penonton terjemput.

Kenapo Rais bonci bonar kek Tun Razak tapi nak jadi Montori dalam kabinet anak Tun Razak?

Apo pulak disalahkan LPF  yang di bawah Kementeriaan Dato Hishamuddin, anak saudara Tun Razak? Dalam hal ini, Dato Hisham usah biarkan Rais burukkan namonyo. Sebagai Naib President jangan dikasi Ketua Bahagian yang patut pencen ni naik kepalo. Perlu kasi amaran dalam negeri.

Bangang bonar ko Montori sampai tak tahu filem dah dapek kelulusan? Takkan Rais nak guno alasan tak tahu? Montori apo tertidor macam atas tikar di tongah penayangan Wayang Pacak? Yo lah kalau gitu orang kato otak dia masih zaman Wayang Pacak.

Jago kau tido tu, hujan nak turun.

Ni bawah Husin tunjukkan sijil kelulusannya sokali dari kawan den orang Tampin ni ...


Tak nampak takpo, Husin bosarkan kasi nampak sijil asal LPF.



Hujan dah turun tu, baik ko cirit lari balik ke Maznah. Jangan pulak ceret lari ke Indonesia. Apo pulak orang kato nanti?

Wow! Kalau untung jual unta, ingin nak sponsor wayang pacak Tanda Putera.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Nak tanya satu.

Adakah PM ada kuasa tak nak letak nama menteri-meneteri half-past-six macam dalam tulisan Tuan Saudagar ni ?

Atau dah jadi tradisi PM akan ikut je PM terdahulu ?

Tanpa Nama berkata...

Apa lah Rais membohong???

Kami di Sabah dah ingat Rais ni Timbalan perdana Menteri.

Muka dia lebih selalu dilihat dari Tan Sri Muhyiddin.

Rosmah pun dah kalah dengan rais dan maznah

Tanpa Nama berkata...

Salam hormat sin tulisan terbaik dari tuan haji husin.ini baru orang yg bertaraf major master namanya.point dan ilmu tu ana dapat.

Sulaiman Akhlakan berkata...

Padan teruk sangat penerangan umno dan kerajaan.

Barangan muzium diberi jawatan.

Padanlah.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah rais tu balik jadi cikgu bahasa malaysia.

Tak nampak pandainya sebagai loyar dan menteri.

Cerdik menipu adolah. kaki mendengki dan berdendam tu adalah.

ENtahlah isterinay tu Maznak ke Mona affendi. macam serupa plak ...

Tanpa Nama berkata...

sin...ckp wayang pacak ni kembalikan nostalgia mase aku kecik2 dulu....selalu ikut abah aku masuk kampung sbb dia keje dgn unit wayang gambar Jabatan Penerangan...ape pon sin article mantap!

Tanpa Nama berkata...

Den pun heran ngan Dato Rais ni. Dio ni montori penorangan ko apo? Tok Rais oi...tengok-tengok tegur-tegur pantau-pantaulah...buatlah etika berpakaian kepada artis2 wanita kito yg masuk tv atau festival.Tok Rais takut ko ngan artis2 tu tak takut kek Allah? Takkan Tok Rais tak nampak poho tododah lurah tersorlah. Ko nak join saham dodah dodah kek akhirat?

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Husin,ini pertama kali ana setuju dgn.article ente..kalau kita nak perbetulkan orang kita kena perbetulkan diri kita dulu.macam tu la.. dalam politik,tiada guna kita dok maki hamun parti lawan,sedangkan parti kita pun tunggang langgan.kalau betul cara dan kena pada tempatnya ana sokong perjuangan tuan haji usin.

jebat berkata...

Tuan Haji Husin,

Rais berbohong?
Salah siapa?
Kenapa ia berboghong?

Kita kena cari jawaban nya.

Memang selalu Rais berbohong !!

Salah orang yang melantik/memilih dia termasuk PM.

Dasar Badut Nasional Penjual Ubat Jalanan memeng begitu.

Jadi janganlah hairan.

Mudah-mudahan ia tiada lagi selepas PRU13'

Tanpa Nama berkata...

byk menteri tua kutuk tu pilihan era pak lah yg x tau apa apa, Rais tu dulu da bakar Jambatan ketika dia joint semangat 46 da lupa dia kutuk umno..lupa kah semua..cukup cukup lah pak rais ..bodek,,,tak ada muka lain ke kat jelebu tu ooop ket kuala klawang tuu

Husin Lempoyang berkata...

Anon 8:12 PG

Takkan baru kenal Husin Lempoyang.

Dah berapa tahun rasmi Husin adalah boleh tibai mana-mana pihak.

Bukan saja BN atau Pakatan, NGO dan sesiapa kita jual hehehe ...

jadi takde cerita betul kan sini dahulu dan kemudian kritik sebelah sana.

Sini pun hontam, sana pun hontam. Kalau perlu balun, balunlah. Kalau perlu sinis, sinislah.

Tapi Tuan Nik Sadik Bakal sedap jadi lauk. Mulut tak jaga.

Tanpa Nama berkata...

jago2 tuan using, ni oghe semangat pak puloh ne nih!!

Tanpa Nama berkata...

sana hentam,sini hentam..kalo nanti orang hantam kau punya belakang sin!baru kau tau apa macam rasa..

jebat berkata...

Ho kici !! (tanpa nama 8:44)

Belakang tarok ka ??

itu belakng jangan main oo
itu gormen punya !!

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan kali ertama Si Rais tu berbohong Husin Kuih Lompang oiiii.... Orang UmnoBN jo yang buto hati tak nampak. Hari tu tipu pasa twitter merdeka, tipu pasa program kerajaan di PP guna bhs inggeris je, tipu pasa maid nyer...

Orang yang dah bakar jembatan dengan umno, kemudian buat jambatan baru... Akan sentiasa menJAMBANkan orang umno balik... Tak soda2, aku tak tahu lah... Jual minyak unta lah korang.

Zaidi berkata...

Haji Husin marah sampai karate Pak Menteri. Wah, abang haji semenjak balik haji cepat bonar marah. Mungkin kurang dapat urut lembutkah? Atau kurang berenang kuak perut di malam Juma'at di bawah cahaya bulan mengambang? Marah Haji Husin lempoyang tu bukan apa - marah orang tua. Cubit2 sikit pun dah nak mengaduhh ke Pak Menteri?

damansaraman berkata...

Cukup-cukup la tu Sin oi. Buang maso yo

Si Rais tu ghaso dio tu pemogang amanah moral malaysia

Dio tu masih ghaso diolah paling geligo seantero Malaysia, walaupun realitinyo tahap pikir si Rais ni masih zaman wayang pacak lagi.

Wayang pacak tu pado Rais samolah dongan FB

Cumo satu ingatan ikhlas pado Najib.

Orang leh terimo laei baris montoghi dio sekarang sobab kito tau dio warisi barisan pemikiran PM Leno (adik sepupu sepapat Nemo)

Tapi lopeh pilihanrayo kalau dio masih tayang barisan lamo yang tahap IQ yg shapalih bangang macam arini, alamat aruah lah BN

Dan jangan pulak dio tayang jambu mudo yang prasan dio tau segalonyo macam Saipuddin....parah kito besok

Kito mau barisan montoghi yang DALAM JATIDIRI MELAYU, PAHAM AGENDA ANAK BANGSO, CORDIK DENGAN CABARAN DUNIO MASOKINI, BERWAWASAN DALAM MEMAJUKAN NEGARO dan IKHLAS DALAM AMANAH.

Anything less (perghh speaking aku Sin)....kito samo-samo berdoa setiap saat Malaysia selamat dinodai si Peliwat.



Tanpa Nama berkata...

Kini Islam di serang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak di tanahair kita.

Dibawah ialah link untuk video yang agak menarik untuk kita tontoni tentang bagaimana Islam adalah sebenar-benar nya agama yang suci di akhir zaman.

Ketepikan pertikaian politik dan mudah-mudahan kita dapat menonton serta mengambil ikhtibar dari video ini. Insyaallah.

Video Yusuf Estes - Bekas Preacher Kristian yang memeluk Islam setelah mendapat hidayat

Tanpa Nama berkata...

Menteri yang akan "ditransformkan"...p la mana kementerian di mau masuk..semua looser..lagi lama dia dok kat situ,lagi manyak masalah yg timbul..

Tanpa Nama berkata...

Undeniably consider that which you said. Your
favorite justification appeared to be on the internet the simplest factor to bear in mind of.

I say to you, I certainly get annoyed at
the same time as other people think about worries that they plainly do not realize about.

You managed to hit the nail upon the top and
defined out the entire thing without having side effect , other people could take a signal.
Will likely be again to get more. Thanks

Look at my homepage :: bankruptcy laws in florida