Rabu, September 14, 2016

Tidak, SPRM tidak zalim ...


Pada Jumaat lepas, September 9hb, Pengarah Eksekutif (pengurusan projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur diatas sembilan pertuduhan berkaitan rasuah RM2.9 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1.5 juta.

Maka ketahuiah kita siapa Dato Seri yang dilaporkan sebelum ini mempunyai kereta-kereta mewah, wang tunai,  31 buah kondominium, dan lain-lain harta diluar kemampuan.



Kesian juga melihat Syed Afendy perlu berhadapan dengan 18 dakwaan. Setiap dakwaan itu bakal memerlukan perhatian dan difikirkan bukti, hujah dan teknikaliti undang-undang.

Jika semua kalah, Syed Afendy berdepan dengan hukuman hingga 20 tahun penjara atau/dan denda berjumlah lima kali ganda jumlah aset yang terlibat.

Selalunya satu-satu kes memerlukan masa 3-5 tahun sebelum mahkamah membuat keputusan. Bila dikalikan 18 kes, ia bakal memakan hingga jumlah masa 54 tahun.

Dari laporan portal FMT, Syed Afendy telah mengambil beberapa peguam untuk mewakili dan mempertahankannya. Semua ini bakal melibatkan belanja besar. Tidak hairan dia bakal menghabaiskan RM1 juta untuk duit yuran peguam.


Kalau dia bersalah, berbaloi untuk dia belanja banyak itu untuk mengelakkan hukuman penjara. Jika dia tidak bersalah, kesian kena belanja duit banyak itu.

Inilah hakikat kehidupan. Jika tidak ada duit, keadilan boleh dinafikan. Disini agak kesian pula. Kalaulah tidak bersalah tetapi didakwa SPRM, boleh jatuh miskin untuk mengelakkan dari penjara 20 tahun. Nampak macam zalim dan agak tidak adil.

Syed Afendy juga dikenakan mahkamah ikat jamin sebanyak RM1 juta. Jika tidak bayar, tunggu dalam lokap sepanjang perbicaraan. Kelihatan lagi zalim.

Dilaporkan Syed Afendy berupaya bayar RM400,000 pada hari Jumaat dan bakinya RM600,000 pada hari Rabu semalam.

Banyaknya duit pegawai tinggi DBKL, taklah zalim SPRM

Wow! Tahu sama tahu, tak faham lembablah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sian.. baru puluh2 juta husi dh sedih mcm ni..

Kalau 2.6B mau menitik air mata darah husin dibuatnya..

Quantum Metal Consultant berkata...

Masa inilah kita kenal siapa kawan dan siapa lawan.
Cash Is King tidaklah selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

tanah di sebelah LTAT apa dah jadi... dah pindahmilik .... utk pembangunan super mewah..

Tanpa Nama berkata...

Ringgit ka sorga. Miskin pi neraka.