Sabtu, September 10, 2016

Akram perlu jelaskan status keahlian


Permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah diluluskan dengan segera oleh ROS. Maka tiadalah tomahan pihak kerajaan sengaja melambatkan kelulusan.

Cuma Tan Sri Muyiddin merasa agak kecewa kerana singkatan BERSATU tidak boleh digunakan. Difahamkan akan menimbulkan kekeliruan dengan parti-parti politik yang ada. Hanya PPBM dibenarkan guna.

Pasti mereka akan terus usahakan satu nama singkatan yang catchy di kemudian hari.

PPBM harus mulakan penghijrahan penyokong-penyokong mereka daari UMNO dan PERKASA ke PPBM. Sana sini mereka hebahkan tunggulah ramai akan keluar serentak sebaik pendaftaran.

Oleh kerana demikian, singkatan BERMADU adalah catchy dan  bermakna manis. Tambah lagi, ia sesuai bagi mereka-mereka yang masuk parti kedua dan sering akan berlaku penceraian dengan parti pertama.

Masaalahnya ia bakal jadi bahan lawak-lawakkan.

Suatu masa GKCM mengaku mereka ada 1,200 Ketua Cawangan UMNO menyokong mereka. Satu kepala bawa 100, maka PPBM boleh bawa 120,000 orang.

Selama ini, Perkasa kata keahlian mereka antara 300,000 - 500,000, mengikut orang yang buat kenyataan. Jika Dato Ibrahim Ali, dia akan kata 500,000. Manakala pemegang jawatan lain kata 300,000. Angka sebenar pihak pentadbiran terkapai-kapai nak selesaikan.

Jika separuh masuk PPBM, maka bertambah dalam 150,000 ke 250,000. Pastinya segera 100,000 ahli. Buat-buat tanya-tanya pula Ibrahim tentang hala tuju

PPBM telah lantik Akramsyah Ubaidullah Tan Sri Sanusi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian PPBM.

Ini pilihan bijak kerana Akram mempunyai pengalaman bertanding untuk AJK Bahagian UMNO, dua kali untuk exco Pemuda UMNO dan akhir sekali untuk Ketua Pemuda UMNO. Bapanya pula adalah bekas Setiausaha Agong UMNO.

Bakal sibuklah Akram dengan kerja-kerja yang bakal dilakukan. Pernah berlaku keahlian sebuah parti tidak diurus tadbir dengan baik hingga terpaksa ditutup parti itu dan hakim-hakim persekutuan dipecat.

Keahlian yang bakal diuruskan hampir serupa kerajaan Pakistan mendaftar warganegara baru selepas ia berpecah dari India untuk tubuh kerajaan keling sendiri untuk orang Islam.

Sebagai Pengerusi parti baru, Akram perlu menjawab persoalan nakal yang ditimbulkan di media sosial samada Dato Nika Gee boleh jadi ahli. Semua pihak hanya berdiam, tidak mempeduli soalan dan hanya tahu serang "dedak, dedak!"

Soalan yang tidak dijawab hanya menimbulkan sangka sangka atau sangka buruk, atau tomahan.

Sebelum ini, Muhyiddin ada menjelaskan bahawa mereka terbuka pada semua kaum. PPBM adalah parti Pribumi maka ahli biasa hanya terbuka kepada kaum Melayu dan lain-lain kaum Pribumi di Sabah dan Sarawak.

Kaum lain boleh sertai sebagai ahli Bersekutu yang tidak mempunyai hak mengundi. Maka Nika Gee sepatutnya boleh memohon menjadi ahli dan jika diluluskan permohonan, boleh ia menjadi ahli.

Perlu Akram tekankan bahawa tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan PPBM untuk kategori khas bagi ahli Bersekedudukan.

Wow! FAM dulu ada Pengerusi Seumur Hidup

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tak beri harapan tinggi pada parti Mahathir ni dalam usah mereka nak jatuhkan Umno /BN ,tak kemana sampainya nanti.Dulu usaha begini sudah di buat oleh S46 di mana tema mereka juga bukan calang orang menyokongnya,Ku Li, Pak Lah,Tunku,Tun Hussain dan ramai lagi veteran Umno.Dari luar pula bukan hanya DAP ,tapi PAS dan Pati Berjasa, Pairain Kitingan pun join sekali,itu pun gagal.

Sekarang siapa yg datang sokong Mahahtir ?.Tak ada tokoh besar veteran yg tampil selain pentaksub seperti Sanusi J,yg ada hanya lah Mahahtir yg mencari sokongan ,sapai musuh lama macam Anwar pun tanpa segan silu dia melutut utk dapat sokongan.Dah bermacam cara beliau berusaha ,tapi hampa ,itu lah yg berliau kehilangan idea ,sehingga sanggup menjuilat ludah kahak pekat ,utk mendapat sokongan.Sebenar nya kalau orang nak sokong Mahahtir dah lama dmereka sokong.Macam masa Anwar dulu belum tubuh PKR org dah berpusu-pusu tolak Umno dan keluar dari Umno.Sekarang utk Mahathir sunyi sepi,walau pun parti baru dah di tubuhkan.Yg ada hnya katakata syok sendiri dari kalangan penyokong nya yg sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

cerita pasal rumahtangga orang pulak, cerita UMNO RASUAH yang kau sajung tu takde ke?

Tanpa Nama berkata...

Akram banyak pengalaman bertanding tapi goofy tiada pengalaman menang dan pegang jawatan.

Asyik dok cerita UKEC zaman sekolah

Tanpa Nama berkata...

munkin orang tak paham, bukan keahlian ramai penentu kemenangan. MCA ahli ramai, MIC pon ramai. UMNO lagi claim ramai ahli. Kalu semua ahli undi, BN akan dapat undi majoriti senang2 je. Tapi itu tak berlaku sebab penentu pilihanraya nanti ialah undi orang atas pagar.

siapa berani kata yang undi atas pagar menyebelahi BN sekarang ni...dah buat bancian belum? MIO dan SB kata apa?
kalau BNB hilang Kedah, Trengganu, sedikit perubahan di Johor dan Sabah apa jadi?

jangan dabik dada dengan PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar, ingat sikit dulu kat PRK Ijok pon BN menang.

Dua kali dah BN tak dapat 2/3, kita tengok kali ni.

Tanpa Nama berkata...

ROS dah sabotaj. PPBM tak.dapat guna akronim Bersatu. Pembangkang akan terus berpecah.

Tak dapat umno 2/3. Popular vote bn pun turun. Tapi masih terus memerintah.

Tanpa Nama berkata...

ROS dah sabotaj. PPBM tak.dapat guna akronim Bersatu. Pembangkang akan terus berpecah.

Tak dapat umno 2/3. Popular vote bn pun turun. Tapi masih terus memerintah.

Tanpa Nama berkata...

ROS dah sabotaj. PPBM tak.dapat guna akronim Bersatu. Pembangkang akan terus berpecah.

Tak dapat umno 2/3. Popular vote bn pun turun. Tapi masih terus memerintah.

Tanpa Nama berkata...

10.19
Nak komen pasal popular vote tapi tak perintah....banyakkan membaca lagi
Jangan hanya duduk di kedai kopi duk dengar ahli politik air liur
Jgn macam ASWJ dan SR...fm realiable sources dan Those familiar with the casse
Selagi Persempadan Pilihanraya tidak diubah,selagi tu lah Oppo gigit jari
Kwsn Puchong sebagai contoh,jumlah pengundi dekat 90 ribu dan ini bersamaan dgn 3x jumlah kwsn Parlimen di luar bandar.
Ini bermakna 1 Kwsn Oppo menang,BN menang 3
Apa,akronim bolih menentukan kejayaan ke?....Jangan memperbodohkan diri sendiri
Skrg ni Oppo dah lintang pukang,ni tambah satu lagi.....