Isnin, September 12, 2016
Bermalam di kandang unta
Apabila raya Haji, mereka-mereka yang sudah naik haji begitu nostalgik. Masing-masing teringatkan pengalaman masing-masing mengerjakan haji.
Husin pun nostalgik juga teringat pengalaman mengerjakan Haji pada Oktober tahun 2011.
Antara tulisan di blog lain ada menceritakan pengalaman ketika dalam ihram. Memang luar biasa hehehe.
Petang semalam waktu Malaysia adalah wukuf di Arafah. Beberapa jam lepas itu, jemaah mula bertolak ke Mina.
Dalam perjalanan itu diwajibkan bermalam di Muzdalifah. Semasa singgah bolehlah kutip beberapa batu untuk lontar jumrah kelak.
Tidak semesti pungut semua 63 bijik batu untuk lontar tiga hari di situ. Syarat sahaja. Di tepi hotel di Mekah pun boleh. Di tepi khemah di Muna pun okay.
Ibadat haji ni senang saja - wukuf di Arafah, malam di Muzdalifah, baling jumrah di Mina, dan balik untuk tawaf dan saei di Mekah.
Cara, hukum dan syarat-syarat kena belajar dan tanya-tanya.
Dipercayai ramai jemaah kita sekarang sedang berada di Muzdalifah. Husin ada peristiwa yang melucukan yang belum dicerita.
Lepas kami di tinggalkan bas di Muzdalifah, kami di "kurung"kan dalam kawasan ternakkan unta yang siap berpagar.
Sesampai isteri Husin berkata, "Itulah abang. Tulis blog suka sangat petik peristiwa cerita P Ramlee.
"Akhirnya buat haji kena masuk kandang unta."
Husin jawab, "Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini pula suami isteri. Di Mekah kita buang yang keruh. Ambil yang jernih.
"Cerita P Ramlee tu kandang kuda la...."
Isteri pintas membalas, "Kandang kuda ... kandang kuda lah ...bang."
Kami bertiga bentang tikar dan duduk situ. Sambil-sambil itu, cari-carilah batu.
Tapi hampeh ... kebanyakkan tahi unta yang kering mcm batu akibat terik matahari padang pasir. Bila dibersihkan, dia rapuh dan hilang.
Berdekatan tempat kami ada seorang Makcik dari Soromban yang begitu peramah. Suara kuat.
Sembang-sembang akhirnya tahu mana rumah dia. Ada jiran kami pun dia kenal.
Orang Nogori orang Melaka memang peramah, suka melawak dan senang buat kawan. Kami cepat mesra.
Ketika itu, Husin dan kakak ipar asyik batuk-batuk.
Makcik kata kesian. Dia syukur tak batuk. Adiknya yang hari tu batuk-batuk.
Husin kata, "Kita semua kesian ... baru lopaih di bosihkan tuhan di Arafah, dilotak kek kandang unto.
" Dugaan ..."
"Yo ko?" bertanyo Makcik tu.
"Yo ... semalam sayo lalu sini dengan Tabung Haji. Sayo sukarelawan tapi mahu lalui seperti jemaah Muasasah dan jalan sama isteri dan kakaknya."
"Baik-baik boleh naik van, sanggup ekau naik bas, beratur dan bersompit-sompit." kata Makcik.
"Sikit sajo. Sapo nak nolak badan bosa macam sayo dalam sompit-sompit. Makcik lagi bosa dugaan," Husin kato.
"Camno lak tu," dia bertanya.
"Cubo bayangkan sekarang ni. Jika di kampong, Makcik tongah rayo. Tadi sibuk masak lomang dan rondang, tukar langsir dan sapu laman. Nak rayo ...
"Ni tak ... duduk atas tikar, tengok langit di kandang unto. Ha ha ha ..."
Ketawa kami semua. Beberapa jemaah berdekatan ikut ketawa bersama.
Tak boleh lupa juga di Muzdalifah kami tertinggal solat subuh.
Masa tunggu nak naik bas begitu obersesak hingga tiada ruang untuk keluo dan solat. Beratur dari sebelum subuh hingga siang.
Namun kami sudah diajar Tabung Haji niat menghormat waktu. Sampai Mina, buat juga solat qada.
Wow! Dulu dugaan, kini kenangan manis ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Bro, mana ada solat hormat waktu dlm Islam.
Bagusla husin mengenang kembali ibadat haji.
Agar dpt mengingatkan nilai islam dlm diri.
Andai batil terbentang jelas didepan mata.
Masihkah perlu mencari seribu alasan utk sama merosakkan diri
8:26 PG
Apa yang kau dengki sangat?
Sini blog satira. Nak berdebat, bersindir pergilah blog lain. Di sana hujahlah dengan bijak, bukan maki2, pusing fakta dan tuduh dedak macam kanak2 main gasing.
Bila kalah, suruh saman ... Kalau nak bawa mahkamah, takyah berhujah, jual rumah dan kasi duit pada loyar.
Catat Ulasan