Khamis, Januari 19, 2017

Dato Bendahara menghantar wakil


Lebih seminggu sejak Datok Bendahara bertemu rakan-rakan, terasa berhajat untuk menghantar seorang wakil untuk bertemu Bendahara Seri Perdana untuk menjelaskan tindak tanduknya.

Maka dipinta Dato Kelana Kerap Nyampai, Ketua Balairong Seri yang serba mengenali pembesar-pembesar di Putrajaya untuk mewakilinya.

Sebaik sampai ke rumah Bendahara Seri Perdana, ketika itu waktu makan tenggahhari, Maka langkah kanan sekali dilawa Bendahara Seri Perdana makan bersama.

Memang itu peluang baik untuk bercakap.

Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, Bendahara Seri Perdana bertanya, "Apa gerangan Dato Kelana datang hari ini?"

Dato Kelana menjelaskan, "Hamba datang ini ingin menyampaikan hasrat Dato Bendahara Melaka yang telah menghantarkan utusan mohon diperjelaskan sesuatu.

"Maka sudah kita sedia maklum, Melaka bukan lagi kerajaan yang besar dan hebat seperti suatu masa dahulu. Adalah menjadi hajat Dato Bendahara untuk hidupkan kembali pelabuhan Melaka dan ditebus tanah yang hilang terlepas dari tangan."

Bendahara Seri Perdana mengangguk. 

"Adalah keadaaan di Melaka kini amat sedih sekali. Bukit sudah Cina punya. Tanjung sudah jatuh kepada Keling. Kampong jadi tempat Jawa duduk. Ayer diswastakan pada si Molek. Alor sudah dilalui gajah. Paya hanya ikan yang upaya tinggal.

"Tiada apa yang dipunyai. Maka perlulah dilakukan sesuatu dengan apa cara sekali pun. Maka dipohon supaya diberi peluang lagi anak muda itu."

Mendengar penjelasan Dato Kelana, Bendahara Seri Perdana memberitahu dia faham apa yang dimaksudkan. Mohon masa untuk berbincang dengan Dato Temenggong.

"Dalam dua hari, jemput berkenan ke pejabat."

Dato Kelana memahami.

Lat dua hari kemudian Dato Kelana datang bertemu Bendahara Seri Perdana. Selepas 15 minit berbincang hal ehwal di Balairong Seri, Bendahara Seri Perdana mohon beredar.

Ketika berjalan bersama, dia memberitahu:   


Maka segera Dato Kelana nak kereta kuda ke Melaka untuk menyampaikan pesan kepada Dato Bendahara.

Setelah mendengar pesanan dari Bendahara Seri Pedana, Dato Bendahara menjawab dengan spontan, "Sungguh Dato Kelana, hamba tidak langsung mengenali Yusof Soros ....


Wow! Betul kata-kata Inggeris, satu gambar melakarkan seribu perkataan.

5 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Tulisan terbaik sempena kong hee pat choi

Tanpa Nama berkata...

"Pesan dia. Rakyat punya jgn ambik. Arab kasi lain"

Di USA tmpt najib bermain golf masa pantai timur banjir besar sudah mengesahkan bukan dari arab tp dari 1MDB.

Disingapura pula tmpt bdk tngkt 4 membesar dah sahkan jho low yg masukkan duit ke dalam akaun ambank.

Tp tuan haji boleh saja memilih cerita derma yg smp skrg pun xtau nama penuhnya.

Tp yg hairannya kenapa bendahara yg diserang.
Bukankah di kementerian belia dan sukan kecoh hilang 100 juta.
Bukankah ada menteri jpm merangkap penjaga ruu355 sambut tahun baru di kasino vegas.
Kedua2 org ni dikenali dibenci oleh husin lempoyang.

Adakah husin juga sudah u-turn?

Ahlil Nujum Pak Belalang berkata...

1.45

Ada tuduhan tuan tidak tepat pada butiran. Dan ada tuduhan tuan hanya fitnah semata-mata. Siasat dulu hingga faktanya jelas baru menuduh sesiapa.

Setakat dengar dan ulang Y Amat Berbahagia tidak boleh gitu. Hanya pentaksub saja yang main ikut.

Selalunya dia menipu bila syok berpolitik. Nak naikkan anak jadi PM hingga sedia beri kit siang TPM dan MOF.

Banyak tuduhan terhadap Pak Lah bohong. Cuma nak projek. Jangan tertipu lagi Tipah. Masa isra mikraj tuhan dah tunjuk balasan fitnah diakhirat makan daging busuk.

Masaalah Pak Lah leka dan tidor.

Ahlil Nujum Pak Belalang berkata...

1.45

Ada tuduhan tuan tidak tepat pada butiran. Dan ada tuduhan tuan hanya fitnah semata-mata. Siasat dulu hingga faktanya jelas baru menuduh sesiapa.

Setakat dengar dan ulang Y Amat Berbahagia tidak boleh gitu. Hanya pentaksub saja yang main ikut.

Selalunya dia menipu bila syok berpolitik. Nak naikkan anak jadi PM hingga sedia beri kit siang TPM dan MOF.

Banyak tuduhan terhadap Pak Lah bohong. Cuma nak projek. Jangan tertipu lagi Tipah. Masa isra mikraj tuhan dah tunjuk balasan fitnah diakhirat makan daging busuk.

Masaalah Pak Lah leka dan tidor.

Tanpa Nama berkata...

Tidak tepat bagaimana tu?
Anda sudah baca dosier pertuduhan doj?
Itu badan yg mempunyai locas standi utk mnyisata berbanding apandi yg hanya membuang kes.

Anda sudah baca laporan perbicaraan dimahkamah singapura?

Kenapa anda begitu katak dibawah tempurung sekali?

Nk baca laporan audit dh kena OSA.
Maklumlah demi menjaga kesucian dan kesusilaan wasatiyah.