Khamis, Januari 12, 2017

Oooo haa ... Adenan Satem


Dalam bahasa Sarawak, Oooo haa ... bermakna saya sayang Sarawak.

Kemunculan mu hanya sebentar, tetapi kesan kehadhiran mu berkesan.

Hanya seorang sahaja pemimpin yang Husin boleh bandingkan dengan Tan Sri Dato Patinggi Adenan Satem. Orangnya adalah idola Husin iaitu Tun Abdul Razak.

Husin dapat peluang makan malam semeja dengan Allahyarham di sebuah kedai makan sebelum PRU Sarawak 2011.

Tujuan ke Kuching bukan untuk bertemu beliau. Atas permintaan orang terdekatya, kami luangkan masa untuk bertemu.

Orangnya tidak banyak bercakap. Beliau lebih banyak mendengar. Dan beliau hanya bercakap hal yang perlu. Setiap yang dikatakan berisi dan padat. Dia begitu terus terang.

Ketika itu, tidak nampak beliau boleh berseluruh dan berjenaka.



Siapa boleh sangka ketika itu bahawa dia bakal menggantikan Pehin Seri Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Sebaik dia naik menjadi Ketua Menteri, baru dapat lihat betapa hebatnya Adenan Satem. Boleh nampak keikhlasan. Bersungguh untuk membela rakyat. Memperjuangkan hak rakyat Sarawak. Fokus untuk menyelesaikan masaalah tertunggak.



Husin tidak membantu sangat PRU Sarawak ke 12 2016 tetapi menghabiskan lebih 2 minggu mengembara ke pendalaman mengenali Sarawak dengan lebih dekat.

Ketika itu, Husin sedar betapa rakyat Sarawak sayangi Adenan, mengharapkan pada Adenan dan mahukan Adenan memimpin Sarawak.

Gelaran mereka kepadanya Apai Besar. Ia membuat Husin tidak sampai hati untuk beritahu kesihatannya tidak mengizinkan. Nyawanya belum tahu panjang ....

Adenan Satem bekerja seolah-olah dia tidak cukup masa. Rupanya ada juga yang sedar perkara sama.


Husin tahu Dato Najib tidak kecil hati langsung akan keterbukaan dan terus terang Adenan kepadanya hingga kadang-kadang macam mengusik dan memerlinya di khalayak ramai.

Ada kala, ianya dirancang bersama sedemikian.

Najib mahu meneruskan kembali usaha ayahnya lebih 40 tahun dahulu yang tertangguh sebab pengganti tidak sempat diusahakan dan ada pengganti yang buat tidak tahu.

Janji perlu dikota dan setiap hak perlu dikembalikan dengan bijak dan adil.

Tok Nan sudah pergi dan jangan pula pengganti lupa usaha yang telah dimulakan.

Pembetulan MA63 sedang diusahakan. Tan Sri James Masing baru nak jumpa bincang pasal tanah NCR. Dalam 2 tahun, ada 55 perkara dilakukan. Bayangkan jika dia ada 5 tahun.

Bukan sahaja pengganti, anak muda perlu teruskan usaha Tok Nan.


Tersentuh Husin akan pemergiannya.

Walaupun tiada gambar diambil ketika makan malam di tahun 2011 sebagai ingatan, masa singkat bersamanya akan sentiasa dingat hingga ke akhir hayat. Keluarga, rakan dan rakyat Sarawak pasti akan sentiasa merinduinya.

Untuk penggantinya, rasanya perlu giliran dari kaum Iban. Namun itu, terserah kepada rakyat Sarawak untuk menentukan.

Siapa penggantinya pasti rakyat Sarawak akan bersatu dan bersama menyokong. Tidak macam orang Malaya.

Wow! Cubalah ada Ketua Menteri tu contohi Ketua Menteri ini

Tiada ulasan: