Penat Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin usahakan kerjasama dengan PAS.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir pula beri kata dua dan tetapkan tarikh akhir sertai Pakatan kepada PAS.
Sampai masa, Mahathir pula isytiharkan PPBM perlu menentang PAS.
Beberapa pemimpin PAS anggap Mahathir angkuh dan tidak beradab.
Mahathir bukan lagi PM. ISA sudah tidak ada lagi.
Menyedari susah untuk kalahkan BN dalam perlawanan tiga penjuru, maka Mahathir U turn kali ke 21.
Berhasrat hantar Mukhriz untuk pujuk PAS.
Jika isteri, yang hanya anak polis hutan, pun tidak boleh pujuk untuk duduk di Alor Setar ketika dia MB, mampukah Mukhriz?
Sepatutnya serahkanlah pada Muhyiddin. Hmmm ... kenapa tidak?
Cara mereka untuk sedia bekerjasama dengan BN dan PAS untuk selamatkan Malaysia.
Selamatkan Malaysia atau selamatkan Lim Guan Eng?
Kalau mahu selamatkan Malaysia, kenapa tidak sokong PAS yang mahu BMF disiasat?
DAP yang berdekad perjuang isu BMF dan forex kini berdiam dan pertahan Mahathir. Kit Siang menulis macam-macam buku tapi dah lupa.
Hakikatnya susah untuk Kit Siang pujuk PAS kerana mereka sudah berpatah arang tidak akan baik dengan DAP.
Bukan setakat itu saja, PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana pihak yang ikut telunjuk DAP seperti PAN.
DAP perlukan PAS untuk dapatkan undi dan mudah tipu Melayu. PAN dan PPBM tidak cukup kuat.
PKR pun tidak kuat tanpa jentera PAS. Jangan berlagak.
Walaupun tahun ini adalah tahun ayam kepada kaum Cina, kenapalah Kit Siang hantar "ayam jantan" dari Seputih ....
Nak pujuk orang, bukan cara tunjuk kejantanan.
Apa pula nak ugut mahu saman jika sememangnya sepanjang sejarahnya Kit Siang anti-Melayu dan Islam.
Wow! Leher dan kaki ayam Teresa menakut
1 ulasan:
Sudahlah boboi
Dengan abang aku pun kalah ketua pemuda bahagian
Lepas menang exco pemuda umno, tak pernah biboi menang apa jawatan dalam umno.
Ok lah ... kalah naib presiden umno dapat jadi timbalam presiden ppbm.
Tunggu pak dia cantas din pagoh, sekali lagi dapatlah boboi jawatan tanpa bertanding.
Jika panjang umur madey, kita tunggu bule ke boboi jadi perdana menteri pertama menang tanpa bertanding
Catat Ulasan