Sabtu, Februari 04, 2017

Abang Sudin 20 sen, tak bagi pecah rahsia


Pengumuman mengenai harga minyak adalah satu urusan kerajaan tiap-tiap bulan.

Ada kala naik sedikit dan banyak kali turun sedikit. Tidaklah lagi naik 70 sen serentap macam suatu ketika dahulu.

Apa yang nak dihairankan?


Sistem baru sudah diapungkan harga minyak.

Apabila minyak mentah naik, minyak pam pun naik dan hasil negara pun naik.

Maka jika mereka mahu minyak pam turun, maknanya mereka turut mahu hasil pendapatan negara kurang.


Harga minyak di Malaysia masih tidak setinggi minyak di negara lain termasuk ahli OPEC seperti Indonesia.

Bila minyak di pam dinaikkan dan cytro cuba hebuhkan untuk dipolitikkan, nampak sangat cytro mereka tidak bersekolah tinggi, cetek pemikiran dan kemungkinan masih kebudak-budakkan.

Berbulan-bulan minyak turun, tidak pula mereka letak berapa sen yang turun di Facebook Dato Najib. Ketika itu, cytro suka sebar "fake news" minyak naik.

Setelah berbulan-bulan main "fake news" minyak naik, tercapailah harapan mereka.

Puak-puak ini juga yang bersungguh melakukan sabotaj ekonomi dengan menyebarkan berita negatif mengenai ekonomi Malaysia dan bayar wartawan asing tulis untuk bina persepsi buruk terhadap negara.

Ia seolah-olah cita-cita politik mereka untuk lihat Malaysia bermasaalah, pelabur lari dan negara jadi mundur. Mereka ini seolah-olah kurang cerdik dan intelek untuk timbulkan isu yang lebih bermakna dan berkesan untuk politikkan mereka.

Adakah mereka ada penyelesaian setelah menjahanamkan ekonomi?


Jika begitu sikap mereka, maka teringat babak filem P Ramlee. Abang Sudin 20 sen. Aku tidak ada duit. Tidak bagi pecah rahsia.

Hal minyak naik 20 sen isu kompleks. Bayaran beg plastik 20 sen yang simple pun pihak yang disokong cytro pun tidak boleh jelas.

Tujuannya konon untuk pelihara alam sekitar tetapi tidak boleh jawab bila ditanya adakah bayaran 20 sen itu masuk ke dalam satu dana untuk program pelihara alam sekitar?

Dalam banyak faktor yang mencemarkan alam sekitar, kenapa beg plastik di pasaraya saja yang ditumpu?

Akhirnya mengaku duit 20 sen itu untuk peniaga. Kemudian kata ianya tidak dipaksa ke atas peniaga untuk caj pembeli. DItanya lagi, tidak mahu jawab lagi.

Seperti ditanya satu blogger, adakah caj 20 sen itu untuk dana pilihanraya?

Wow!  Al Fatihah buat Abang Sudin!

17 ulasan:

Anon berkata...

Abg x paham atau buat2 x paham....hahahahhahaha

Rabbit berkata...

Bila harga minyak naik mulalah nak meroyan. Tapi hisap juga rokok 2 kotak sehari. Munafik!

Labu8455 berkata...

Nasib baik ko ni cuma tunggang unta aje jadi tak terasalah beban kenaikan ni.

Tanpa Nama berkata...

Nk komen jugaklah.

Dibanding dgn negara jiran2 xtermasuk brunei.
Itu 1st trick.

Dlm 8 negara tu hanya msia dan indon jdk pengeluar mnyk maka hanya boleh dibanding dgn indon shj. Lain2 ti bleh masuk bakul sampah.
Ini trick no 2.

Indonesia walaupun pengeluarannya lebih sedikit shj dari kita tp bila bahagi per kapita ianya jauh lg rendah dr msia. Hampir 10x lbh rendah.
Itu trick no 3.

Saya hairan dgn pengalaman 30 tahun bermain forex husin masih lemah dlm membuat analisa. Padanlah sanggup mnyokong kemungkaran.
Sudah tidak mampu berdikari

Tanpa Nama berkata...

lebih baik tunggang unta dari tunggang chinadoll

Husin Lempoyang berkata...

Mana yg lemah?

Mari kita debate

Tanpa Reverse Gear berkata...

lebih baik tunggang unta dari asyik U turn

Tanpa Nama berkata...

Itukan dh ditulis list dia.
Trick no 1 hingga no 3.
Husin jawab lah kenapa analisa lemah tingglkn 3 point itu

Husin Lempoyang berkata...

Itu ke hujah ekonomi kah kah kah kah

Husin Lempoyang berkata...

Itu ke hujah ekonomi kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Minyak dijual dlm US dollar. Bukan mengikut kemampuan atau puchasing power sesuatu negara.

Tak payah berhujah guna akal kadir jasin senior canbridge.

Tanpa Nama berkata...

Minyak dijual dlm US dollar. Bukan mengikut kemampuan atau puchasing power sesuatu negara.

Tak payah berhujah guna akal kadir jasin senior canbridge.

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan hujah ekonomi.
Seperti dikata analisa husin lemah.

Jawablah 3 point itu kenapa xdimasukkan kedalam analisa?

Tanpa Nama berkata...

Sembang mcm gagah hebat. Marah bila kata analisanya lemah.
Tp xle jawab 3 soalan kenapa analisanya lemah.

Knp brunei xmasuk dlm list negara jiran tersebut?

Dlm negara jiran hanya msia dgn indon shj pengeluaran yg besar. Utk apa masukkan negara lain tp tidak brunei?

Walaupun pengeluaran indon besar tp banding dgn perkapita msia jauh lbh besar.

Soalan mudah shj mengenai analisa husin. Tp mcm biasalah pengikut wasatiyah. Cerita mesti kuat. Sokongan mesti ramai walaupun #respectmypm with fake account.

P/s: husin dh tau lum ada lg sebijik jet beli guna duit 1mdb kena sita kt spore.
Dh pergi haji blum tentu hati dh jdk suci dan ikhlas

Tanpa Nama berkata...

Husin

tidak payah jawab komen budak pass spm yang cilok dari blog editor pass senior cambridge dan berniaga gagal.

bukan level kamu nak jawab.

abendalah hujah gitu ... ngok ke? minyak tidak didagang di dunia ikut kemempuan. nak murah kena keluar subsidi. editor jutawan yang dah kaya pun nak minyak subsidi, tak maluke?

bior dia baca berikut:

http://theunspinners.blogspot.my/2017/02/minda-tak-maju-dapster-cap-bunga-9.html

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/02/kenapa-tak-banding-dengan-kemampuan.html

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/02/minyak-zaman-madey-lagi-tak-mampu-dari.html

ada tu dalam bahasa inggeris, paham ke??? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kikikiki..
Kantoi husin xboleh jawab.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 11:07 pg,

Kita boleh bercakap pasal perbandingan dengan pendapatan per kapita tapi nanti puak2 ni akan putar balik pada hujah, negara Thai bukan pengeluar minyak tapi Malaysia pengeluar minyak. Pusing kot mana pun diorang juga nak menang.

Saya redha je dan pandai2 la kita nak berjimat. Pakai motor pegi kerja dan kurangkan penggunaan kereta. Memang banyak sangat2 kita boleh berjimat. Tapi nanti ada pulak yang komen "pakai motor merbahaya lah, kita negara kaya apa barang pakai kapchai."

anakbochek.