Isnin, Februari 13, 2017

Firefly tak turun Muo


Tin tun yu tun Tin tun yu tun .... berbunyi henfon Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

"Assalamualaikum ... hah Leman," Muhyiddin menjawab.

"Mualaikumsalam. Ramai Tan Sri, ramai ... kita tanding Pagoh sajalah. Tak payah nak pindah-pindah ke Muo. Kawasan pun ramai Cina."

Bekas pegawai Tan Sri dah macam histeria.

"Sabo Man, sabo... ko ni apa kena?" tanya Muhyiddin.

"Saya balik Batu Pahat semalam. Lalu sekejap kat Parit Jawa. Nampak ramai orang, ada program saya jenguh.


"Razali ada program basikal. Beribu orang. Dikatakan 10 ribu. Saya congak pun dah dalam dua tiga ribu. Semua budak-budak muda pelbagai kaum. Berat Tan Sri nak tanding situ."

"Oh... ye ke? Kita pun selalu buat program. Tak kita, Amanah turun, PKR, dll. Tapi tu kire ramai ...", jawab Muhyiddin.

"Kita kena lakukan program hampir serupa," cadang si Leman.

"Ni kerja pengundi muda, kita kasi Syed Saddiq", kata Muhyiddin.

"Baik jangan, program guna mulut pun budak tu merapu. Ini nak kerah orang abenda dia tahu."


"Hari tu di Seberang Prai, budak-budak dia buat program moto. Mukhriz pergi ada 10 ribu," jelas Muhyiddin.

"Tapi itu bukan program Bersatu tapi program moto. Mukhriz enter frame ..."

"Oh ... aku pun tak tahu Leman. Saddiq kata program Bersatu. Rupanya bukan ...", Muhyiddin baru tahu. Duit dia kena kelepit kot.


"Tak boleh bawa Mukhriz ... dia ni boboi. Posing masak pun kuali tak ada api. "

"Tidak Tan Sri ... tidak. Bawa Mukhriz. Kurang-kurang dia boleh juga tarik sikit-sikit orang muda. Kenang Pak dia skit ...", menurut Leman.

"Mukhriz ni pun adakala bukan boleh harap buat apa-apa. Masaalah harga getah rendah pun tak boleh selesai masa MB.


"Susah sikit nak suruh dia buat program di Muo," Muhyiddin jelas.

"Hal sikit tu Tan Sri ... Ini hal politik. Dapatkan dia ke sini dari habis takde orang muda langsung belah kita. Pengundi kita orang tua-tua", desak Leman.

"Masaalahnya Mukhriz susah skit nak ke Muo..."

Muhyuddin cuba jelaskan tapi Leman dah tanya.

"Apa susahnya? Tiap-tiap hari orang turun nak Muo- KL."

"Hmmm .... Firefly tak turun Muo, Leman."

Tiap-tiap hari pergi balik Alor Setar hari kerja

Wow! Muo takde airport, bikin airport. Takde kawasan, bikin kawasan.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Br semalam sembang psl aib, pahit, negatif, angin dll.
Tp haji mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

Muo takde Firefly! lawak beno ko ni Usin!!

Tanpa Nama berkata...

Nak kata turun naik alor setar hari2 naik firefly itu aib, pahit, negatif, kaba angin dll, ia kena amalan yg salah dan tak benar.

Mukhriz kata tak salah buat tu dan dia tak nafi kata tak benar. Apa ko nak kata?

Tanpa Nama berkata...

Nak kata turun naik alor setar hari2 naik firefly itu aib, pahit, negatif, kaba angin dll, ia kena amalan yg salah dan tak benar.

Mukhriz kata tak salah buat tu dan dia tak nafi kata tak benar. Apa ko nak kata?