Khamis, Februari 16, 2017

Empat petua Mat Aziz untuk hidup selamat


Husin ke Johor Baru mendengar Dialog Negara dan Kenegaraan anjuran ADUN Kempas.

Semasa pembukaan, Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamed Aziz memberi empat petua bagaimana nak hidup selamat.

Pertama, Tan Sri yang sering digelar Mat Aziz, beritahu jangan lawan Ketua.

Kedua, jangan lawan mereka yang Berkuasa.

Ketiga, jangan lawan mereka yang bakal jadi Ketua atau bakal Berkuasa.

Petua keempat Mat Aziz nasihat jangan lawan isteri.

He he he ... dalam makna dan maksud.

Bagi ulat politik yang faham latarbelakang dan sejarah, pelbagai tafsiran boleh dibikin dan peringatan yang boleh dianggap.

Mat Aziz mungkin sindir anak atau sindir orang yang beristeri. Boleh jadi ada terlebih faham sebagai jangan lawan yang bakal menang.

Yang pastinya, di Johor, Speaker tidak lawan ahli Dewan Undangan Negeri.

Wow! Begitu cara bila Kak Zah jadi ADUN

7 ulasan:

anon berkata...

salam tuan,

empat petua tu untuk selamatkan diri tapi bukan untuk orang yang tersayang, saudara mara, sahabat handai, orang yang ditindas, orang yang dizalimi, dbl...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya najib mmg mengamalkan keempat empat petua yg dikongsi mat aziz.

Malangnya petua no4 tu yg bnyk mkn diri

Hantu Gigi Jarang berkata...

Macam tulah UMNO beroperaai...jangan lawan. Feudal.

Husin Lempoyang berkata...

Sahlah tukang komen tiga2 ni ulat. Dia ingat politik sajer ....

Tanpa Nama berkata...

Tak kisahlah nak politik Sin. Tapi jgn pula politik gampang sampai kaitkan bini yg bukan dlm politik.

Tanpa Nama berkata...

sin dalam otak ulat semua politik. nak berak pun masih ingat politik. nak dapat idea2 bernas masa tengah meneran. tak caye? tanya ahmad razali bekas pegawai khas dap.

Rabbit berkata...

Petua #4 tu yang paling penting